Pentadbir Sekolah dan Ciri Kepimpinan (Part 2)
Kerajaan telah memperuntukkan berbilion-bilion
ringgit untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah kita di seluruh Malaysia.
Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi , Sekolah Kluster dan sebagainya jelas
menunjukkan betapa tinggi komitmen kerajaan amnya dan KPM khususnya terhadap
peningkatan kualiti sistem pendidikan di
negara ini. Di samping meningkatkan kadar celik LINUS dan menambahbaikkan logistik sekolah, pihak
berkuasa juga meningkatkan taraf hidup guru-guru dengan meningkatkan gaji dan
menyediakan pelbagai insentif lain supaya guru-guru kita terus meminati
profesion perguruan dan mengajar anak bangsa dengan penuh dedikasi.
Harapan kerajaan yang ingin melihat bangsa Malaysia
sebagai suatu bangsa yang maju menjelang tahun 2020 mungkin hanya tinggal
utopia sahaja. Hal ini kerana terdapat
satu trend masa kini iaitu stakeholder dan mungkin guru-guru mendapati sesetengah pihak pentadbiran
sekolah tidak selari dengan aspirasi kerajaan kita. Di kebanyakan sekolah,
iklim kepimpinan sekolah tidaklah sebegitu positif seperti yang dijangka dan
diharapkan oleh pihak stakeholder, KPM, JPN, PPD dan komuniti. Perkara ini
berlaku kerana kepimpinan yang
diperlihatkan oleh pentadbir sekolah, tidak membantu meningkatkan
penghasilan dan performance guru mahupun pelajar.
Oleh itu pentadbir atau pemimpin sekolah perlu
memperlihatkan beberapa traits yang dianjurkan oleh ahli-ahli sosiologi
pendidikan dan kepimpinan pendidikan. Antaranya
komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan perlu wujud antara
pentadbir dengan guru. Melalui komunikasi ini, mereka berdua boleh berkongsi
pengalaman, pendapat dan idea-idea baharu.
Di Jepun ketua sering mendengar pandangan dan teguran pekerja bawahan
mereka. Hal ini berlaku setiap kali mereka duduk makan bersama sewaktu makan
tengah hari. Dengan adanya komunikasi ini maka mesej yang ingin disampaikan
oleh majikan kepada pekerja ataupun sebaliknya mudah berlaku.
Keduanya, nilai kemanusiaan perlu diterapkan dalam
kalangan pentadbir kita. Mereka hendaklah bersikap simpati, ehsan dan gunakan
kata-kata lembut atau manis untuk menggalakkan pekerjanya melakukan sesuatu
arahan. Arahan jangan sesekali mesti datang dari atas ke bawah semata-mata.
Walaupun kita mempunyai prosedur tertentu apa salahnya sesekali menunjukkan
perasaan belas ehsan kepada pekerja yang ditimpa masalah peribadi atau masalah
keluarga. Memberikan sedikit kelonggaran pada sesuatu ketika tidak akan
menjejaskan kualiti ataupun produktiviti sekolah.
Tuntasnya komunikasi berkesan dan nilai kemanusiaan
adalah dua ciri yang penting daripada beberapa ciri yang lain dalam kepimpinan
sekolah. (akan bersambung)
No comments:
Post a Comment