Sunday, May 3, 2020

latihan Masa Cuti BM Ting 4/5 Siri 6


LATIHAN BAHASA MELAYU CUTI PKP TING 4/5 SIRI 6

(a)Gabungkan ayat-ayat di bawah supaya menjadi tiga ayat  yang sesuai tanpa mengubah maksud dan struktur asalnya.

  Kerajaan  negeri  telah meluluskan peruntukan yang besar melalui pejabat daerah bagi melaksanakan  rancangan tebatan banjir. Peruntukan itu diberi di seluruh negara.  Ramai penduduk terjejas kehidupan dan mata pencarian mereka akibat banjir. Banjir melanda beberapa buah negeri. Pembinaan tebatan banjir diharapkan dapat meminimumkan kesan kepada mangsa banjir. Pembinaan tebatan banjir diharapkan dapat meminimumkan trauma kepada mangsa banjir

(b)  Kenal pasti satu kesalahan ejaan dan imbuhan
(i)     Setiap penduduk sesebuah taman perumahan harus meluang masa untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama demi mengukuhkan tali silaturrahim.

(ii)            Syarikat otomotif yang diusahakan oleh Puan Juliani telah beroperasi semenjak tahun 1998 dan berjaya mencapai sasar jualan sebanyak 95 peratus pada tahun lalu.

(iii)          Tuan Haji Ibrahim bercadang mengadakan janjitemu dengan doktor gigi untuk membuat perawatan gusinya yang sering sakit.

©kenal pasti satu ksalahan istilah dan kesalahan bahasa
                     (i)Banyak kerajaan di dunia mengambil keputusan tidak akan membuat tambatan mata wang mereka  dengan kadar semasa Dolar  di dalam menghadapi konflik kewangan antarabangsa.

(ii)            Jati diri dan integriti merupakan genggaman utama  Encik Abdul Samad dalam melaksanakan tugas yang majikan amanahkan kepadanya.

(iii)          Peristiwa pendaratan tahi bintang di kawasan kebun kelapa sawit itu telah menjadi buah mulut sejumlah besar penduduk-penduduk berhampiran kawasan kejadian.

KARANGAN BAHAGIAN A
Negara-negara Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk
kerjasama yang boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan
bidang pelancongan sebagai pendapatan utama.

[100 markah]

PENDAHULUAN

Rantau Asia – antara rantau paling “hidup” dan “bernyawa” – banyak
bidang yang sedang mengalami pembangunan pesat – bidang
pelancongan menjadi nadi kehidupan penduduk rantau ini – negara-
negara Asia – bergantung pada kerjasama antara negara di sini –
menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama

ISI PENTING

1. Pemimpin negara serantau perlu mengadakan persidangan –
rundingan meja bulat untuk membincangkan keperluan dan
kemaslahatan industri pelancongan – merangka dasar pelancongan
serantau – menghapuskan penggunaan visa – menarik pelancong asing
– melawat di Asia – menguntungkan negara yang terlibat



2. Kerjasama dari segi kemahiran memajukan pelancongan perlu
dijalankan – mengadakan perbincangan tentang produk pelancongan –
memastikan setiap negara yang terlibat memiliki produk istimewa –
menampilkan keunikan dan kelainan – mengelakkan konflik tarikan
pelancong – meningkatkan pendapatan negara – memajukan negara



3. Perkongsian ilmu – perlu dijalankan di rantau Asia – ilmu
pemanduan pelancongan – ilmu promosi pelancongan – ilmu
pemasaran produk pelancongan – menarik perhatian pelancong –
membeli pakej pelancongan melalui laman web pelancongan serantau
– keuntungan sama dibahagikan – pendapatan negara yang utama



4. Ejen pelancongan serantau – memiliki portal pelancongan tersendiri
– menjadi pusat pengumpulan data pelancong – berguna untuk tujuan
promosi – memudahkan penyebaran maklumat kepada pelancong –
memiliki sistem yang mesra pelanggan – mengutamakan kemudahan
pelancong – memilih Asia sebagai destinasi pelancongan yang utama

PENUTUP

Industri pelancongan – sumber pendapatan utama negara – mesti
dimajukan dengan sedaya upaya – menjenamakan Asia sebagai
destinasi pelancongan termasyhur – pasti dapat meningkatkan
ekonomi negara – peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka luas – di
mana ada kemahuan, di situ ada jalannya – sama-sama berusaha
membentuk kerjasama – pelancongan ialah sumber pendapatan utam


No comments:

Post a Comment