Pentadbir Sekolah dan Ciri Kepimpinan
Pentadbir yang efektif hendaklah sentiasa memikirkan
kemajuan organisasi. Progresif
menentukan pencapaian. Setiap pencapaian perlu diukur dengan menggunakan KPI
yang telah dianjurkan. Kajian-kajian separuh penggal adalah perlu untuk melihat
sejauh manakah organisasi mereka mencapai sasaran. Dalam memastikan organisasi
tersebut berjaya atau tidak, strategi yang berkesan hendaklah difikirkan. Tanpa
strategi yang berkesan apa jua rancangan yang diatur tidak akan terlaksana.
Setiap strategi perlu dinilai keberkesanannya dari semasa ke semasa. Kata itu kota dan setiap janji yang dibuat
kepada stakeholder hendaklah ditunaikan. Jadi nilai integriti dan amanah perlu
dipupuk dalam diri pemimpin. Pemimpin perlu memikul sikap pertanggungjawaban
dan responbiliti terhadap setiap keputusan
dibuat. Menuding jari atau
menyalahkan pihak lain dan sistem memperlihatkan betapa dangkalya jati diri
seseorang pemimpin. Setiap modus
operandi hendaklah dilakukan secara telus. Dalam bukunya “In The Magic Of Thinking Big”, karya David
Joseph Schwartz (PhD), 2006, penulis berhujah bahawa strategi yang dilaksanakan
perlu ada pengukuhan dan penilaian semula dari semasa ke semasa. Kata beliau,
menurunkan kuasa kepada orang bawahan tidak menjamin apa-apa kejayaan kepada
organisasi. Pemimpin hendaklah komited terhadap setiap keputusan dan
pelaksanaan yang dilakukan. Pemimpin yang
efektif hendaklah melihat sesuatu masalah dari kaca mata pekerjanya.
Pemimpin yang gagal melihat masalah dari kaca mata pelaksana, sudah pasti jahil
terhadap apa yang berlaku dalam organisasinya.
Natijahnya,
David Joseph Schwartz (PhD) merumuskan empat elemen dalam pentadbiran,
iaitu pemimpin hendaklah bijak membujuk/menghimbau (bukan memujuk) pekerja, jadilah manusia yang
bertimbang rasa (be human), sentiasa memikirkan progres dan akhirnya
melihat/menampak sesuatu masalah dengan kaca mata orang lain. Jika keempat-empat
elemen yang dianjurkan ini dijadikan pegangan, maka mustahil pembentukan sebuah
masyarakat maju menjelang tahun 2020 tidak dapat direalisasikan oleh pemimpin
sekolah.
No comments:
Post a Comment