INPUT KEPIMPINAN GURU CEMERLANG TERHADAP
KEBERKESANAN SEKOLAH
ABSTRAK
Guru-guru cemerlang (GC) sering dilihat sebagai
pakar dalam sesuatu mata pelajaran dan sumbangan mereka hanya diukur dari segi
output pelajar. Jarang sekali terdapat kajian mengenai kepimpinan guru
cemerlang. Mengikut terma dan rujukan Guru Cemerlang, mereka bukan sahaja hebat
di bilik darjah malah mereka juga perlu memberi sumbangan sebagai pemimpin di
sekolah untuk membantu sekolah merangka dan melaksanakan program-program
pembangunan sekolah. Guru-guru cemerlang juga mewakili sekolah di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan untuk membuat keputusan-keputusan tertentu.
Mereka juga merangsang perkembangan profesionalisme rakan-rakan guru. Mereka
juga menjadi penasihat kepada tugas-tugas guru dan membantu memperkukuh proses
membuat keputusan di sekolah. Kajian yang dijalankan ini dapat menjawab
beberapa persoalan kajian iaitu a) apakah itu kepimpinan guru cemerlang? b)
sejauh manakah kepimpinan ini menyumbang kepada keberkesanan sekolah? dan c)
bagaimanakah kepimpinan guru cemerlang ini dapat dibentuk?. Kajian ini adalah
berasaskan Model Kenneth Leatherwood. Beberapa input kepimpinan guru cemerlang
telah dikenal pasti oleh penyelidik seperti Ciri-Ciri Tersendiri GC, Keupayaan
GC, Amalan-Amalan GC dan Penghasilan GC. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat
sejauh mana keempat-empat input ini dapat memberikan sumbangan terhadap
keberkesanan sekolah. Keempat-empat input tersebut akan dibahagikan kepada
beberapa dimensi yang kecil. Setiap dimensi akan diubah suai sebagai item
soalan dalam satu set instrumen kajian. Instrumen ini akan diedarkan kepada
seramai 200 orang GC di seluruh negeri Pulau Pinang. Kesemua jawapan daripada
responden akan dianalisis mengikut peratusan, kekerapan dan min. Bagaimana pun,
secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa kepimpinan GC adalah satu konsep
yang baru dan amat berguna terhadap pembangunan dan keberkesanan sesebuah
sekolah.
No comments:
Post a Comment