LATIHAN KARANGAN TINGKATAN 4 &5 SIRI 10
Untuk memastikan rakyat dapat menikmati
kualiti hidup yang lebih tinggi dan bersaing di peringkat global, kerajaan
perlu memainkan peranan yang sangat dominan. Huraikan penyataan ini.
Pendahuluan
-rakyat berhak menikmati kehidupan yang lebih
baik-tidak seseorang pun terlepas daripada arus pembangunan negara- rakyat
mesti hidup dengan dibekalkan segala kemudahan dan prasarana yang
berkualiti-langkah perlu diambil supaya Malaysia berdiri sama tinggi dan dududk
sama rendah dengan negara-negara lain
Isi-isi
-kerajaan hendaklah membangunkan
kawasan kediaman yang berdaya maju dan menarik-mempengaruhi bentuk dan
ciri kawasan yang boleh menjadikannya tempat yang menarik untuk didiami,
bekerja dan beriadah-kawasan yang bebas daripada pencemaran dan jenayah-rakyat
patut berasa puas dan bahagia tinggal di kawasan itu- menyediakan jalan di
tempat kediaman yang lebih selamat
-kerajaan hendaklah menyediakan
sistem pengangkutan awam yang mengutamakan rakyat-menstrukturkan semula
sektor pengangkutan yang sedia ada- memastikan pelaburan yang berterusan dalam
infrastruktur supaya pengangkutan awam menjadi pilihan utama-kerajaan boleh
menswastakan sektor pengangkutan yang tidak menguntungkan-rakyat berasa selesa
dan kondusif mengguanakan pengangkutan awam
-kerajaan juga boleh mentransformasikan
penjagaan kesihatan untuk mempertingkat kualiti hidup rakyat-kita
mahukan rakyat bebas penyakit- jangka hayat rakyat ditingkatkan-kadar kesuburan
wanita meningkat- kesihatan warga tua dan kanak-kanak sentiasa dijaga-sistem
penyampaian kesihatan seperti di hospital, klinik dan pusat rawatan
dipertingkatkan dan diperbaiki-menekankan rawatan kepada pencegahan penyakit
dan gaya hidup sihat
-kerajaan haruslah memastikan
akses kepada perumahan yang berkualiti dan mampu milik-rumah perlu
dibina dengan banyak untuk memenuhi keperluan rakyat- ada sesetengah rakyat
kita menjadi gelandangan- masalah tidur di tepi bangunan atau jalan hendaklah
dikurangkan- di kawasan yang kekurangan tanah, rumah pangsa boleh dibina-
kerajaan sentiasa mengawal harga perumahan- jangan sehingga menjejaskan
golongan tidak berada
-kerajaan sewajarnya menyediakan
utiliti dan perkhidmatan awam yang lebih cekap-lebih mengutamakan kecekapan
perkhidmatan- menyediakan bekalan air yang bersih khususnya di kawasan luar
bandar-di kawasan bandar pula sistem pembentungan hendaklah dikawal
selia-menyediakan bekalan elektrik dan jalur lebar yang lebih efisien-kerajaan
juga meningkatkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
Penutup
-secara
keseluruhan langkah-langkah yang disarankan dapat menjamin kemampanan kualiti
hidup
rakyat Malaysia- kerajaan hendaklah komited untuk
memastikan kualiti hidup rakyat-
sama
ada yang tinggal di kawasan bandar ataupun
di kawasan luar bandar-selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi sebuah
negara maju
PELAJAR-PELAJAR DIMINTA MENGEMBANGKAN HURAIAN DENGAN CONTOH DAN PERIBAHASA YANGS SESUAI
No comments:
Post a Comment