Sunday, May 10, 2020

LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 7



LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 7

KARANGAN

Walaupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah ditunda, namun pelajar-pelajar hendaklah meneruskan usaha-usaha menelaah pelajaran dari sekarang. Huraikan kaedah-kaedah yang lebih berkesan untuk menelaah pelajaran.

Pendahuluan

Masa yang singkat untuk mengulang kaji sering membuatkan pelajar berasa tertekan- pelajar terpaksa berjaga malam demi mengulang kaji pelajaran pada saat akhir-keadaan ini pastinya menambahkan kegelisahan- jika keadaan ini tidak terkawal, pelajar mungkin jatuh sakit-pelajar bijak memanfaatkan masa terhad yang ada dengan teknik menelaah yang bereksan.

Isi-Isi

1.membaca nota secara fokus dan pantas- di samping mencatat serta mengingati hanya isi-isi penting-fokus ialah tonggak utama kala belajar pada saat akhir-tanpa kosentrasi yang sepenuhnya, mental pelajar akan mudah dipengaruhi oleh rasa kurang yakin-mengganggu usaha untuk menjawab peperiksaan dengan baik pada hari menghadapi peperiksaan-jangan biarkan fikiran bercelaru atu kusut-tiada gangguan media sosial atau media elektronik yang lain.

2.membuat latihan pengukuhan dapat membantu penguasaan sesuatu mata pelajaran-terutama daripada segi teknik menjawab soalan peperiksaan-melakukan banyak latihan kala pelajar dihimpit masa yang singkat-menguji kefahaman pelajar-memberi penilaian  kasar terhadap keupayaan pelajar menjawab kertas peperiksaan-ukuran sebegini dapat menjadikan pelajar untuk lebih fokus kepada persoalan-sama ada yang sukar atau topik yang kurang dikuasai-  pelajar dapat membaiki kelemahan diri dalam sesuatu topik.

3.menganalisis kekerapan soalan tahun-tahun lepas-mendapatkan gambaran tentang corak dan gaya soalan yang diajukan-membantu pelajar mengingati informasi yang banyak dengan cara pantas dan mudah-dapat dilakukan-menyediakan peta minda atau carta alir- membantu memori menyimpan maklumat dengan lebih lama melalui kesan  visual terdapat pada nota ringkas berkenaan-mewarnakan perkataan penting dengan warna yang terang-menggunakan pen atau menggariskannya merupakan salah satu elemen grafik-membantu pelajar mengingat dengan lebih baik-menjimatkan masa dengan hasil yang berkualiti.

4.pembacaan yang pantas dan efektif- sesuai dilakukan jika sesuatu subjek yang diulang kaji itu ialah sesuatu yang mudah difahami-pembacaan dibuat hanya mengukuhkan lagi ingatan terhadap mata pelajaran-belajar dalam kumpulan dapat menjana percambahan idea tentang sesuatu topik yang diulang kaji-perkongsian maklumat menjadi lebih berkesan berbanding belajar bersendirian-membebankan minda terutama jika ada sesuatu yang tidak difahami-mengadakan perbincangan secara tidak formal-mendapatkan pandangan serta nasihat  daripada guru-guru yang mengajar.

Kesimpulan

tidak kira sesingkat mana pun tempoh ulang kaji-masa perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya-penyumbatan padat dan berkesan mampu dilakukan dengan teknik yang betul-perlu merancang teknik pembelajaran-lebih bersistematik sejak awal lagi mengelakkan ulang kaji pelajaran secara teruburu-buru-perancangan ini membantu pelajar mencapai akademik yang cemerlang.

LATIHAN BAHASA

Tukar ayat susunan biasa berikut kepada ayat susunan songsang

(a)Program Strategi Kecemerlangan Akademik anjuran SMK Convent itu dihadiri oleh ramai pelajar tingkatan lima.
(b)Menurut Kementerian Kewangan, pendapatan pekerja sektor swasta sudah setanding dengan pendapatan sektor awam.
©Sanak saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual-bual mesra semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini.
(d)Pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan.
(e)Amalan minum air mineral, makan buah-buahan dan bersenam dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan supaya tubuh kekal sihat.
(f)Menteri Kewangan mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini.
(g)Dia menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah ke tempat yang baharu kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan penduduk kampung.
(h)Ibu rindu akan anaknya yang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit walaupun baru sebulan anaknya ke sana.
(i)Hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesies hidupan laut dan ekopelancongan serta kawasan perlindungan burung perlu dikekalkan.
(j)Kegiatan pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi telah menyebabkan spesies flora dan fauna diancam kepupusan.

tukar ayat susunan songsang berikut kepada ayat susunan biasa.

(a)Membersihkan kawasan kediaman mereka penduduk taman perumahan itu untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
(b)Telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah seorang guru sekolah kami kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
(c)Mengakibatkan kualiti udara merosot di beberapa kawasan kegiatan pembakaran secara terbuka.
(d)Telah dibaca oleh Hashim majalah berkaitan sejarah Malaysia pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.
€Seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat amalan kitar semula demi penjagaan alam sekitar.
(g)Dapat merapatkan hubungan sesama manusia dan membentuk diri supaya lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain kemahiran bersosial.
(h)Berpeluang untuk memilih mana-mana barangan elektrik seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu.
(i)Telah menyebabkan kesesakan lalu lintas kemalangan yang berlaku di Jalan Teratai itu.
(j)Sedang mengedarkan risalah tentang Covid-19 kepada orang ramai para petugas kesihatan itu.
(k)Akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk lupus plastik yang dibuang ke merata-rata tempat kerana sukar diurai secara semula jadi.

tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan dari segi imbuhan.

1.Restoren Kak Uda menawarkan bufet bagi sajian tengah hari dengan pelbagai hidangkan tempatan dan barat oleh tukang masak yang berpengalaman.
2.Walaupun waktu  bersekolah sudah lama tamat, murid perempuan itu tetap tidak bergenjak dari tempat duduknya sehingga ibu bapanya tiba di sekolah.
3.Produk herba negara kita mempunyai pontensi untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana dimiliki khasiat yang tinggi.
4.Strategi pengurusan haruslah diaplikasikan untuk jaminan industri memanafaatkan sumber modal insan khususnya golongan profesional secara optimum.
5.Kumpulan orkestra di oditorium itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton setelah selesai lakukan persembahan.
6.Kerajaan akan memperhalusi Peraturan-peraturan Makanan I985 yang melarang pengilang menggunakan bahan pengawit yang berbahaya.
7.Dalam masyarakat Cina, kelender memainkan peranan penting untuk penentuan tarikh perkahwinan dan membuka bangunan baharu.
8.Pihak polis telah berjaya menumpaskan sendiket pemalsuan wang dengan tangkapan ketua mereka dalam sekatan jalan raya malam tadi.
9.Kempen Cintailah Sungai Kita perlu dipergiat demi menyadarkan masyarakat tentang kepentingan sungai sebagai sumber pembekal air bersih.
10.Pembacaan yang luas melalui majalah pendidikan, surat khabar, ensklopedia boleh membantu murid untuk meningkat ilmu pengetahuan.
11.Kerajaan menyerukan rakyat untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi merialisasikan hasrat negara sebagai negara mesra alam.  

No comments:

Post a Comment