Sunday, May 24, 2020

LATIHA MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 9

LATIHA  MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 9

Cerakinkan kepada dua ayat tunggal

1.Kebiasaan baharu kehidupan sebenarnya mengajar masyarakat nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi dan hormat-menghormati adalah teras utama dalam menjalani kehidupan.
2. Perhubungan sosial antara masyarakat mampu dieratkan melalui hubungan dua hala dengan menggunakan teknologi terkini.
3 Kerajaan melarang solat sunat Aidilfitri di surau dan masjid di negeri-negeri
4. Orang ramai dinasihatkan untuk melupakan hasrat merentas negeri untuk balik kampung kerana menyusahkan diri sendiri apabila diarahkan untuk berpatah balik.
5.Mahkamah mengesahkan bahawa sekumpulan pendatang asing tanpa izin dikenakan hukuman.

Cantumkan dua ayat berikut menjadi satu ayat

1.Kerajaan sentiasa mengingatkan orang ramai. Orang ramai berbelanja secara hemat pada waktu kemelesatan ini
2.Pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan peranan dengan memecahbelahkan perpaduan rakyat.
3.Kita dinasihatkan menjaga kebersihan. Virus tidak merebak.
4. Bahasa Melayu lambang kedaulatan negara. Bahasa Melayu menyatupadukan rakyat.
5. Pihak polis sering mengadakan sekatan jalan raya. Pemandu masih degil untuk pulang ke kampung.

Kesalahan ejaan dan imbuhan

1.Tiga orang laki-laki didenda kerana dimiliki dua papan mercun
2.Barisan bertugas hadapan dibenarkan menyambut hari lembaran
3. Pusat menahan pendatang asing disembur ubat nyah virus Covid-19
4.Seorang seleberiti didakwa di mahkamah kerana disokong rusuhan kaum.
5.Kebanyakan hotel di Melaka jualan kerana kemelestan ekonomi.
6.Seorang anak yathim mendapat bantuan lanjutkan pelajaran di universiti
7. Mereka yang melompat parti sepatunya meletakkan jawatan mereka.
8. Penyenaman dapat menyihatkan mencairkan bakuan darah.
9.Polis berjaya medamaikan dua kumpulan yang bergaduh di sebuah restoren.
10.Pemandu mabuk terlanggar harta awan semakin mejadi-jadi di negara kita.

Kesalahan bahasa dan istilah
1.Setiap kali tiba hari lebaran, terkenangkan rakan-rakan Melayu di kandang getah.
2.Dia bersila duduk di atas lantai menjamu kuih raya bersama kawan-kawannya.
3. Oleh kerana kemiskinan, ramai tidak meneruskan pelajaran menengah.
4. Hari raya pada tahun ini menyahut persahabatan silam tanpa terbuka majlis.
5.Kefahaman multi budaya sangat penting diamalkan di negara ini.
6. Intelek itu menghasilkan sebuah tulisan yang mempaparkan analisis yang mantap.
7. Pesakit itu terpaksa menjalankan dianalisis untuk mencuci darahnya.
8. Pak Kassim sudah sudah menjadi mendiang sejak lamanya puluhan tahun.
9. Usaha-usaha pembuatan filem terpaksa ditangguhkan kera bimbangkan penularan virus.
10. Kajian beliau memusnahkan mitos bahawa semua hantu berasal daripada kawasan kubur.

KARANGAN

Saban hari media sering memaparkan berita-berita mengenai jenayah dalam kalangan remaja. Huraikan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah jenayah remaja.

Intro
Masalah jenayah remaja kian mendapat perhatian masyarakat-. Media massa melaporkan insiden-insiden jenayah-menunjukkan peningkatan jenayah remaja semakin meningkat-senario ini akan menjejaskan matalamat melahirkan sebuah negara maju

Isi-isi
1.terpengaruh oleh media massa-ibu bapa harus sentiasa mengawasi program di kaca televisyen-pemaparan aksi-aksi jenayah yang ganas dan kejam-mendorong mereka melakukan perkara yang sama-rancangan, drama dan filem yang sebegini harus dihindari-ibu bapa memainkan peranan dengan memilih rancangan-rancangan-rancangan dokumentasi dan rancangan animasi yang memberi ilmu pengetahuan-harus dilatih sejak kecil untuk mengelakkan rancangan berunsurkan negatif ini-jenayah akan berkurangan dalam kalangan remaja.

2. ibu bapa juga meluangkan masa melayan kerenah dan kehendak anak-anak-mewujudkan suasana yang mesra dan harmoni dalam keluarga-membentuk keperibadian anak yang baik akhlaknya-menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak-saling menghormati, bertolak ansur dan berbudi bahasa harus diterapkan-bertanggungjawab untuk membimbing anak-anak ke arah kebaikan-segala kemungkaran seperti jenayah remaja dapat dihindari.

3. remaja sendiri bertindak bijak dan berhati-hati memilih kawan- tidak terperangkap dalam kancah jenayah- rakan yang mempunyai keperibadian yang buruk dihindari-remaja melakukan kes jenayah atas pengaruh dan ajakan kawan-mempunyai keinginan mencuba sesuatu yang bar-berhati-hati semasa berkawan supaya sebarang kes jenayah dan salah laku dapat dijauhi.

4.para remaja mempunyai masa terluang dan senggang menyertai program Rakan Muda -masa terluang digunakan dengan menyertai program-program yang berfaedah-remaja mempelajari pelbagai kemahiran-menghindarkan diri daripada sebarang gejala-gejala negatif-ibu bapa mendaftarkan anak-anak mereka yang berasa bosan di rumah mengambil bahagian dalam kegiatan dan aktiviti program ini.

5.media massa memainkan peranan untuk menyebarkan maklumat dan penerangan-akibat pembabitan diri dalam jenayah-disalurkan kepada para remaja melalui pelbagai cara-televisyen, majalah, radio dan akhbar- polis bertindak dengan menjelajah ke semua sekolah-memberikan ceramah keburukan dan kesan pembabitan remaja dalam kes jenayah-peranan media massa merupakan salah satu langkah bagi mengatasi jenayah dalam kalangan remaja.
Penutup
- semua pihak harus bertanggung jawab untuk menggembleng tenaga- kes jenayah remaja hendaklah diatasi-wujudkan masyarakat Malaysia yang bebas jenayah-masa depan negara yang gemilang terjamin.

PELAJAR HENDAKLAH MENYAMBUNG AYAT-AYAT DENGAN MENGGUNAKAN KATA HUBUNG DAN PENANDA WACANA YANG SESUAI. JANGAN SEKADAR CANTUMKAN RANGKA-RANGKA.

No comments:

Post a Comment