Tuesday, May 12, 2020

JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 7



JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP TINGKATAN 4/5 SIRI 7

LATIHAN BAHASA

ayat susunan songsang

a)Dihadiri oleh ramai pelajar tingkatan lima Program Strategi Kecemerlangan Akademik anjuran SMK Convent itu
(b) Pendapatan pekerja sektor swasta sudah setanding dengan pendapatan sektor awam menurut Kementerian Kewangan.
© Semasa sambutan Hari Keluarga yang diadakan di rumahnya baru-baru ini, sanak saudara Pak Hashim seronok berjumpa dan berbual-bual mesra
(d) Untuk menyertai pertandingan forum remaja peringkat kebangsaan pasukan forum remaja sekolah kami akan pergi ke Seremban
(e) Supaya tubuh kekal sihat amalan minum air mineral, makan buah-buahan dan bersenam dapat melancarkan perjalanan darah dalam badan
(f) Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa ini Menteri Kewangan mengingatkan ketua-ketua jabatan supaya mengamalkan perbelanjaan berhemat
(g) Kerana belum dapat menyesuaikan diri dengan penduduk kampung dia menghadapi pelbagai masalah sejak berpindah ke tempat yang baharu
(h) Walaupun baru sebulan anaknya ke sana ibu rindu akan anaknya yang melanjutkan pelajaran di negara matahari terbit
(i) Perlu dikekalkan hutan paya bakau yang menjadi tempat penyelidikan spesies hidupan laut dan ekopelancongan serta kawasan perlindungan burung.
(j) Telah menyebabkan spesies flora dan fauna diancam kepupusan kegiatan pembalakan haram yang semakin menjadi-jadi

ayat susunan biasa.
(a) Penduduk taman perumahan itu membersihkan kawasan kediaman mereka untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes.
(b) Seorang guru sekolah kami telah menerima anugerah tokoh guru peringkat daerah kerana berjaya melonjakkan prestasi sekolah.
(c) Kegiatan pembakaran secara terbuka  mengakibatkan kualiti udara merosot di beberapa kawasan
(d) Majalah berkaitan sejarah Malaysia telah dibaca oleh Hashim pada minggu lalu di perpustakaan sekolahnya.
€ Amalan kitar semula seharusnya dipraktikkan oleh masyarakat setempat demi penjagaan alam sekitar.
(g) Kemahiran bersosial dapat merapatkan hubungan sesama manusia dan membentuk diri supaya lebih berkeyakinan serta dihormati oleh orang lain.
(h) Pembeli yang memenangi cabutan bertuah itu berpeluang untuk memilih mana-mana barangan elektrik seperti ketuhar atau seterika yang dipamerkan.
(i) Kemalangan yang berlaku di Jalan Teratai itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas.
(j) Para petugas kesihatan itu sedang mengedarkan risalah tentang Covid-19 kepada orang ramai
(k) Plastik yang dibuang ke merata-rata tempat akan mengambil masa berpuluh-puluh tahun untuk lupus kerana sukar diurai secara semula jadi.

 kesalahan ejaan dan imbuhan.
1.Restoren [H1] Kak Uda menawarkan bufet bagi sajian tengah hari dengan pelbagai hidangkan [H2] tempatan dan barat oleh tukang masak yang berpengalaman.
2.Walaupun waktu  bersekolah [H3] sudah lama tamat, murid perempuan itu tetap tidak bergenjak [H4] dari tempat duduknya sehingga ibu bapanya tiba di sekolah.
3.Produk herba negara kita mempunyai pontensi [H5] untuk dikomersialkan ke peringkat antarabangsa kerana dimiliki [H6] khasiat yang tinggi.
4.Strategi pengurusan haruslah diaplikasikan untuk jaminan [H7] industri memanafaatkan [H8] sumber modal insan khususnya golongan profesional secara optimum.
5.Kumpulan orkestra di oditorium [H9] itu mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton setelah selesai lakukan [H10] persembahan.
6.Kerajaan akan memperhalusi [H11] Peraturan-peraturan Makanan I985 yang melarang pengilang menggunakan bahan pengawit [H12] yang berbahaya.
7.Dalam masyarakat Cina, kelender [H13] memainkan peranan penting untuk penentuan [H14] tarikh perkahwinan dan membuka bangunan baharu.
8.Pihak polis telah berjaya menumpaskan sendiket [H15] pemalsuan wang dengan tangkapan [H16] ketua mereka dalam sekatan jalan raya malam tadi.
9.Kempen Cintailah Sungai Kita perlu dipergiat demi menyadarkan [H17] masyarakat tentang kepentingan sungai sebagai sumber pembekal [H18] air bersih.
10.Pembacaan yang luas melalui majalah pendidikan, surat khabar, ensklopedia [H19] boleh membantu murid untuk meningkat [H20] ilmu pengetahuan.
11.Kerajaan menyerukan [H21] rakyat untuk bersama-sama menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam bagi merialisasikan [H22] hasrat negara sebagai negara mesra alam.  






 [H1]restoran


 [H2]hidangan


 [H3]persekolahan


 [H4]berganjak


 [H5]potensi


 [H6]memiliki


 [H7]menjamin


 [H8]memanfaatkan


 [H9]auditorium


 [H10]melakukan


 [H11]memperhalus ataupun menghalusi


 [H12]pengawet


 [H13]kalendar


 [H14]menentukan


 [H15]sindiket


 [H16]menangkap


 [H17]menyedarkan


 [H18]bekalan


 [H19]ensiklopedia


 [H20]meningkatkan


 [H21]menyeru


 [H22]merealisasikan

No comments:

Post a Comment