LATIHAN MASA CUTI BM Ting 2/3 SIRI 6
(a)Baca
ayat-ayat berikut dengan teliti, kemudian cerakinkan
ayat-ayat tersebut mengikut subjek
dan predikat.
(i)Kerajaan
telah menyarankan agar golongan muda menyertai
pasukan keselamatan negara.
(ii)Pada
masa ini, institusi pengajian tinggi di Malaysia semakin bersedia untuk
menghadapi
cabaran globalisasi.
(iii) Hendaklah
kamu sertai kegiatan kokurikulum untuk mengasah bakat kepemimpinan.
(b) Dalam
setiap ayat di bawah kenal pasti satu
kesalahan ejaan dan satu
kesalahan
penggunaan imbuhan.
(i)Sampah-sarap yang
dibuang dengan sesuka hati oleh penduduk disebabkan longkang
tersumbat.
(ii)Kaum wanita yang berhasrat untuk
mengambil pekej rawatan kecantikan muka dinasihatkan
agar berjumpa dengan pakar
kosmetik yang berkelayakan dan diluluskan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia.
(iii) Golongan
belia haruslah mempunyai penahanan diri yang kental demi mengikis gejala
negatif yang boleh mengkucar-kacirkan masa depan mereka.
(iv)Pihak polis telah berjaya menemui kereta yang ditinggalkan oleh
perompak-perompak itu
ditepi sebuah estet kelapa sawit.
(v)Pasaran saham tempatan mencatatkan kejatuhan
besar apabila Indek Komposit Kuala Lumpur
menyusut sebanyak 123.11 mata
semalam.
(vi) Walaupun
jumlah pemilik kenderaan persendirian didapati semakin bertambah, namun
pengangkutan awam masih dijadikan pilihan utama kepada sebahagian besar rakyat
di negara
kita samada yang tinggal di kota ataupun desa
(vii) Kesesakan
lalulintas yang agak teruk telah berlaku pada waktu puncak di Kuala Lumpur
ekoran tertutup terowong SMART.
(viii) Yang
Di-pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengingatkan semua penguat kuasa
menjalani tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.
(viv)Murtabak yang terjual di pasar malam boleh didapati dengan harga yang
murah
(c) Dalam setiap ayat di bawah, kenal pasti
satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah
(i) David Beckham telah diserahkan kad
kuning oleh pengadil dalam perlawanan bola \
sepak persahabatan antara
England dan Perancis.
(ii) Empat
sekeluarga warga Singapura maut apabila kenderaan serba guna yang mereka naiki
terbabas di kilometer 150.6 Lebuh Raya Utara Selatan.
(iii)Encik
Zainal telah membuat temu janji dengan pegawai bank untuk menyelesaikan masalah
rumahnya yang hendak dijual oleh pihak bank kerana gagal menyelesaikan bayaran
balik
pinjaman bank.
(iv)Majlis Perbandaran Pulau Pinang menubuhkan satu jawatankuasa
khas bagi menahan kegiatan
yang tidak bermoral di siber kafe.
(v)Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor telah mengunci 55 buah kenderaan dan
mengeluarkan
sebanyak 930 saman bagi pelbagai kesalahan trafik di dalam operasi
bersepadu yang diadakan
selamat tiga hari.
(vi) Sikap
tidak bertanggungjawab penternak lembu yang sering membiarkan ternakan mereka
berlegar-legar di lebuh raya boleh mengundang bahaya pada orang ramai yang
menggunakan
lebuh raya tersebut.
(vii) Ayam
yang disembelih oleh Pak Ali mengeletar beberapa ketika sebelum ia mati.
(viii) Banyak
pejalan kaki lebih gemar melintas jalan raya tanpa menggunakan jambatan dan hal
(ix)Menurut
jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, tiga gerabak terbalik apabila kereta
api
barang itu terbabas dari landasan
(d) Baca
ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.
(i)Sebelum
mengerjakan atau melakukan sesuatu hendaklah difikirkan masak-masak kesannya
terlebih dahulu.
(ii)Seseorang
yang semakin berilmu atau semakin berpangkat maka dia akan menjadi rendah diri
dan
tidak sombong.
(iii) Orang
yang ahli atau mahir dalam sesuatu bidang sahaja yang mengetahui bidang
tersebut.
(iv) Oleh
sebab tamak akan kekayaan, Sazali meninggalkan kerja tetapnya, tetapi kerja
baru yang
dipohonnya pula tidak berjaya dimiliki.
(v)Dengan
hanya berkelulusan Penilaian Menengah Rendah, Zaki mencuba nasibnya di ibu kota
untuk memohon pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan. Oleh
sebab
kekurangan ilmu dan berpendidikan rendah, dia menemukan kegagalan dan
pulang semula ke
kampung.
(vi) Zaidi
dinasihati oleh gurunya agar tidak menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan
jika dia
takut menghadapi cabaran dan rintangan
Berdasarkan rangka karangan berikut
tuliskan karangan lengkap
Ibu bapa berperanan menentukan kejayaan
anak-anak dalam peperiksaan.
Bincangkan usaha-usaha ibu bapa untuk
membantu anak-anak membuat persiapan menghadapi peperiksaan.
Pendahuluan
Ibu bapa
merupakan orang yang paling berpengaruh - peranan ibu bapa memberikan impak
yang besar terhadap masa depan anak-anak- Kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan amat dinanti nantikan oleh ibu bapa- ibu bapa harus memainkan
peranan penting membuat persediaan dalam peperiksaan.
Isi-isi
1.anak-anak membuat
persediaan awal bak kata pepatah ‘Sediakan payung sebelum hujan’-ibu bapa menyediakan
segala prasarana- menyediakan kawasan persekitaran yang kondusif- suasana harmoni
di rumah penting agar anak-anak dapat belajar
2.anak-anak mesti
bijak membahagikan masa- penyediaan jadual ulangkaji yang sempurna amat penting-
ibu bapa membantu anak-anak menyediakan jadual waktu ini- boleh memantau segala
aktiviti anak-anak - tidak menganggu proses persiapan anak-anak mereka menghadapi
peperiksaan.
3.pemakanan
makanan seimbang penting- otak yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas
dan sihat- makanan berkhasiat mempersiapkan diri anak-anak dari segi mental dan
emosi-. membantu mengeratkan hubungan kasih sayang dalam diri anak-anak
terhadap ibu bapa.
4.ibu bapa harus
memastikan emosi anak-anak tidak terganggu-tempat anak-anak berkongsi masalah
dan perasaan-harus dilatih memperbanyak doa dan sembahyang- semangat dan
dorongan oleh ibu bapa dapat menenangkan dan melahirkan keyakinan dalam diri
anak-anak.
Kesimpulan
Tuntasnya, orang
yang terdekat dengan anak-anak ialah ibu bapa- peranan ibu bapa sewaktu
anak-anak menghadapi peperiksaan amat penting - memberi sumbangan yang besar
dalam keputusan peperiksaan anak-anak- ibu bapa meluangkan masa dan tenaga
No comments:
Post a Comment