If you have teens or young adults, how are they doing with the COVID-19 news? They are taking it very seriously and don't let their parents leave the house. They keep telling them not to leave (whether it's for groceries or a short trip or to attend to some business). They are taking it most seriously than their aged parents.
Thursday, September 16, 2021
MULTITASKING
Bukan mudah bagi seseorang guru mengajar subjek yang berlainan di peringkat prauniversiti seperti di tingkatan enam. Jika mereka berminat dan suka mengajarnya tiada masalah bagi mereka. Namun persediaan bahan pengajaran sebelum masuk ke kelas adalah lebih penting. Katakan untuk enam bawah seorang guru mengajar tajuk Kenegaraan Malaysia dan pada masa yang sama untuk enam atas pula beliau mengajar tajuk Asean-penubuhannya dan pencapaiannya. Guru yang sama juga mungkin mengajar tajuk Fonologi untuk enam bawah. Jadi berapa banyak subjek yang diajar oleh guru tidaklah penting. Yang penting ialah adakah beliau mempunyai bahan atau pengetahuan yang mencukupi dalam kesemua subjek tersebut. Pelajar-pelajar pada hari ini mudah menilai seseorang guru. Untuk mengelakkan guru itu daripada diaibka, maka eloklah beliau menyediakan bahan pengajaran dan latihan untuk pelajar. Tabiat segelintir guru masuk ke kelas tanpa sebarang bahan rujukan di tangannya hendaklah dikikis. Walaupun mereka sudah menghafal fakta dan menguasai sesuatu topik dengan baik, tetapi masuk ke kelas tanpa sebarang latihan atau nota kepada pelajar adalah tidak beretika. Sebaik sahaja habis mengajar, guru hendaklah menguji kefahaman pelajar dengan memberikan latihan sama ada secara formatif atau sumatif, boleh diuji sama ada secara kuiz ataupun secara bertulis. Respons atau reaksi pelajar terhadap pelajaran hari tersebut akan membantu guru mengajar lebih baik lagi di samping menyediakan lebih banyak latihan kendiri kepada pelajar
POSTMODERN LIFE
in this postmodern life, it is difficult for us to maintain intellectual honesty at all times. It is difficult also to uphold the noble values that have been learned and practiced. What we are practicing now is a pseudo-life or living in hypocrisy. What we have been doing is for the satisfaction of others, not for our own satisfaction. As long as we have a family, we must sacrifice our every desire. We are Easterners. That is how we were educated and nurtured. We can no longer be self-centric. As long as you have your family you have to sacrifice for your family. This is taught by my religion. In an effort to satisfy the desires of every family member, I am also constantly questioning that am I a good or an effective father or husband? Do I feel accountable and truly dedicated myself to my beloved family? These are the questions that often hover in my mind. Whatever is I am praying to the Almighty to forgive me if I fail in carrying out my responsibilities. There is a quote in Bhagavad Geetha that a family head should be fully responsible for his family. And another quote I have been trying to follow in my life so far is "do something without expecting anything in return".I can not do it all for free. I'm also expecting a reward. I need material to continue this survival. I can’t do it all to someone who is not a member of my family for free. The heart feels satisfied and happy when someone benefits from my actions.
B40
Saya berasa agak simpati dan terkelindan kerana ada pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti sebarang kelas tuisyen berbayar disebabkan masalah kewangan dan kemiskinan. Boleh dikatakan pelajar yang mengikuti kelas bimbingan persendirian bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin. Mereka diberi latihan yang mencukupi dan dibimbing dengan pelbagai teknik menjawab oleh tutor mereka. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mampu? Saya merayu kepada guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar daripada golongan B40 agar mengadakan kelas bimbingan tambahan kepada mereka. Kita tidak mahu pelajar-pelajar yang tidak mampu tercicir atau kandas dalam peperiksaan awam. Seyogianya, cuti sekolah ini perlu dimanfaatkan oleh guru untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah dan miskin. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih sebab ada beberapa orang guru mengadakan kelas seumpama ini sejak awal lagi. Ada antara guru kita sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri untuk menambah data bagi pelajar yang tidak mampu. Tahniah juga diucapkan kepada mereka. Kelmarin saya telah menerima satu panggilan telefon dan meminta khidmat saya untuk membantu pelajar SPM daripada golongan B40 di Pulau Pinang. Tanpa berfikir panjang, saya telah bersetuju untuk membantu mereka secara percuma.
SEMANGAT NASIONALISME SAYA
SEMANGAT NASIONALISME SAYA PD 16 SEPTEMBER 2021
Hari ini dari pukul 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
membimbing seorang pelajar yang akan menduduki BM kertas Jun ( July Paper) pada
minggu hadapan. Memandangkan pelajar ini dari keluarga yang kurang mampu, saya
mengendalikannya secara percuma. Saya terkenang ketika saya menduduki SPM pada tahun 1977, tiada siapa membantu
saya sebab saya tinggal di ladang getah. Saya berasa bangga kerana pelajar ini
beroleh manfaat pada hari ini.
BAHASA DAN SASTERA
Saya masih meminati bahasa dan sastera kerana saya telah dididik dengan begitu teratur oleh para mahaguru saya ketika itu ( pinjam ayat Dato' Dr. Mohd Anwar Ridhwan) antara lain Abu Bakar Hamid (Penulisan), A. Wahab Ali (Kritikan Sastera), Dharmawijaya (Analisis Puisi Moden), Kak Anis (Teori Filsafat dan Logik) Umar Junus (Teori Sastera), Lutfi Abas (Teori Bahasa) Nik Safiah Karim (Teori dan Amalan Sosiolinguistik) dari UM, Shahnon Ahmad (untuk Masters Kesusasteraan) Ali Ahmad ( Sastera Tradisional) Dr.G.L. Koster (Tipainduk dan Penyelia Tesis saya) dari USM. Malah ada banyak lagi. Saya sudah berguru dengan hampir semua mahaguru yang tersohor di UM dan USM dalam bidang bahasa dan sastera. Oleh sebab itulah ilmu-ilmu ini sudah melekat di dada dan tidak dapat dilupakan. Kini saya sebarkan ilmu itu kepada generasi muda.
Wednesday, September 15, 2021
EJAAN YANG BETUL
A.Guru melibatkan Chong dalam projek. PELIBATAN CHONG
B. Guru menglibatkan Chong dalam projek PENGLIBATAN CHONG TIDAK WUJUD
C. guru menenteramkan chong – guru gagal dalam usaha penenteraman chong
D.Kerajaan melaksanakan program . pelaksanaan program menelan belanja yang besar
E. Kerajaan berlaksanakan program= perlaksanaan TIDAK WUJUD
Berburu= perburuan menambil
masa yang panjang
Mengebom pengeboman ….
Berlancong =
Perlancongan =TIDAK
WUJUD
Melancong= pelancongan
DEWAN SISWA /DEWAN MASYARAKAT
Saya menggalakkan pelajar membaca Dewan Siswa bukan kerana meniru dan menggunakan kosa kata atau kata-kata bombastik mereka. Bagi pelajar yang mencuba nasib dalam penulisan esei atau masih berjinak-jinak dengan penulisan esei, dapatkan flow atau kelancaran bahasa yang digunakan dalam majalah tersebut. Bagaimana sesuatu idea atau isu dikupas, diulas dan dihurai tanpa kekangan kelancaran. Bacalah Dewan Masyarakat untuk mengisi fikiran kamu dengan pengetahuan fakta dan data sementara bacalah Dewan Siswa untuk memantapkan penguasaan bahasa khususnya dalam aspek huraian idea.
pelajar perlu dibantu
Saya berasa agak simpati dan terkelindan kerana ada pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti sebarang kelas tuisyen berbayar disebabkan masalah kewangan dan kemiskinan. Boleh dikatakan pelajar yang mengikuti kelas bimbingan persendirian bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin. Mereka diberi latihan yang mencukupi dan dibimbing pelbagai teknik menjawab oleh tutor mereka. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mampu? Saya merayu kepada guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar daripada golongan B40 agar mengadakan kelas bimbingan tambahan kepada mereka. Kita tidak mahu pelajar-pelajar yang tidak mampu tercicir atau kandas dalam peperiksaan awam. Seyogianya, cuti sekolah ini perlu dimanfaatkan oleh guru untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah dan miskin. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih sebab ada beberapa orang guru mengadakan kelas seumpama ini sejak awal lagi. Ada antara guru kita sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri untuk menambah data bagi pelajar yang tidak mampu. Tahniah juga diucapkan kepada mereka. Kelmarin saya telah menerima satu panggilan telefon dan meminta mereka untuk membantu pelajar SPM daripada golongan B40. Saya bersetuju untuk membantu mereka secara percuma
Friday, June 25, 2021
Emile Durkheim
Dalam keadaan pandemik sekarang, banyak dicatatkan kes bunuh diri.Émile Durkheim, seorang sosiologis Perancis pernah mengatakan bahawa kadar bunuh diri meningkat bukan sahaja disebabkan oleh penyakit gila (mental) seseorang tetapi juga disebabkan oleh sosial dan persekitaran yang celaru iaitu kecelaruan nilai dan norma hidup. Covid-19 menjangkiti sebahagian kita dari semasa ke semasa. Kerajaan dan institusi-institusi berkepentingan hendaklah memastikan rakyat terus mendapat pembelaan dari segi keperluan hakiki. Kita tidak mahu lagi kematian. Semua pihak sewajarnya memenuhi tuntutan kelangsungan hidup rakyat kita.
Saturday, June 19, 2021
KERJA KURSUS PA TINGKATAN ENAM
TIADA KEJELASAN, KEPADUAN DAN KESATUAN DALAM KAJIAN KERJA KURSUS PELAJAR TINGKATAN ENAM
Saya cuma bincangkan bahagian DAPATAN KAJIAN sahaja.
Berikut ialah komen saya:
1.Pelajar dinasihatkan buat temubual dan YA atau TIDAK
kerana ini dapat membantu pelajar menulis alasan/sebab dalam perenggan dapatan kajian.
2. Kejanggalannya ialah dalam soal selidik SETUJU terlalu
tinggi peratusnya tetapi keputusan setelah EKSPERIMEN pula menunjukkan
penurunan. Sepatutnya meningkat kerana banyak responden nyatakan jawapan yang
positif dalam soal selidik
3. Perenggan-perenggan dalam dapatan kajian tidak
seimbang. Ada yang 5 baris dan ada yang berbelas-belas baris.
4. Jangan longgokkan sebab/alasan/pandangan
tokoh/pakar dalam sesuatu perenggan.
5. Sepatutnya semua perenggan dapatan kajian perlu dibincangkan sebab/alasan/pandangan
tokoh/pakar.
6.Dalam KK tingkatan enam, tiada satu bab yang asing
untuk SOROTAN KAJIAN. Pelajar dikehendaki gabungnya dalam perenggan PENGENALAN.
Jadi sebab/alasan/pandangan tokoh/pakar yang dibincangkan dalam PENGENALAN hendaklah
diguna pakai sebagai bahan sokongan apabila pelajar membincangkan statistik
dalam dapatan kajian.
7. Nama penulis/pakar/tokoh boleh berulang-ulang dalam
perenggan dapatan kajian tetapi sebab atau alasan atau pandangan yang diberikan
oleh mereka bolehlah pelbagai.
8. Dalam kajian yang sebenar, pendapat/alasan/sebab
yang diberikan oleh penulis/pakar/tokoh
perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam PENGENALAN (bab 1) sebelum menghuraikan pendapat/alasan/sebab tersebut
dalam dapatan kajian.
9. Tiba-tiba sahaja pelajar memasukkan pendapat/alasan/sebab
oleh seseorang penulis/pakar/tokoh dalam dapatan kajian, tetapi nama mereka tidak
disebut sama sekali dalam bahagian PENGENALAN (bab 1)
Harap dapat membantu
Thursday, June 17, 2021
BERSATU DEMI CORONA
Hanya satu kelebihan pandemik ini. Dalam situasi cemas berbahaya, kita semakin insaf akan keperluan saling bekerjasama sesama kita bagi mencari penyelesaian untuk terus bernyawa. Pengalaman cemas ini membolehkan kita bersatu untuk menangani musuh kita iaitu CORONAVIRUS.Albert Camus pernah mengatakan bahawa manusia dalam keadaan normal, tidak bersatu dan bermuafakat walaupun mereka sedar akan kekurangan masing-masing. Saya kagum dengan kerelevanan pendapatnya dengan situasi mutakhir. Kini pandemik perlu dijadikan inklusif dalam kehidupan kita.
Wednesday, June 16, 2021
ARWAH DATUK
Sewaktu saya dalam darjah 4 datuk saya meninggal di Teluk Anson (Teluk
Intan) Arwah datuklah memberi didikan yang paling asas kepada saya . Arawah
mengajar saya cara-cara memegang kalam (state) dan menggunakan jari untuk
menulis huruf-huruf Tamil di atas pasir sehingga hujung jari saya pecah dan
kadang kala berdarah. Dari sinilah mulanya pendidikan awal saya. Oleh sebab
arwah tidak bersekolah , arwah ingin melihat cucu-cucunya berpelajaran, paling
tidak pun pendidikan rendah.
Arwah seorang penyokong kuat Arinyar Anna (C.N. Anndurai) seorang
penulis, pemidato dan pemimipin parti DMK di Tamil Nadu. Setiap pagi bangun
daripada tidur pada wajah Arinyar Anna, saya tatap. Bagi saya Arinyar Anna
adalah “Tuhan” kerana setiap pagi saya diwajibkan menatap wajahnya sebelum ke
sekolah ataupun sebelum melakukan apa-apa selepas bangun daripada tidur. Arwah
amat menyayangi saya kerana saya bukan sahaja cucu bongsunya malah saya cerdik
sewaktu kanak-kanak. Arwah kerap membawa saya ke kedai kopi di estet untuk
minum teh. Arwah menghirup teh dari cawannya sementara saya pula menghirup teh
dari piring cawan tersebut. Oleh sebab itulah sehingga hari ini saya tidak
dapat lupakan teh tarik.
Tatkala saya di darjah empat, arwah kepingin ke Teluk Anson untuk melawat
adiknya. Setelah beberapa hari arwah di sana, kami di estet mendapat perkhabaan
bahawa arwah telah meninggal dunia di sana di sisi adik dan keluarga adiknya.
Sejak pemergiannya berjumpa dengan Illahi, kami dibesarkan oleh ibu dan nenek
kami.
Oleh sebab arwah tidak berpendidikan, arwah mengharapkan kami (seramai 3
orang cucu) belajar sepanjang hari dan tidak membuang masa untuk berhibur atau
perkara-perkara lain.
Ajaran daripada kitab-kitab lama memainkan peranan penting dalam didikan
kami. Sebelum masuk tidur pada waktu malam, saya sentiasa tidur bersamanya
kerana arwah menceritakan cerita-cerita fabel yang mendukung pesan moral .
Begitu juga , setelah saya berkahwin dan berkeluarga, saya menceritakan
kisah-kisah teladan dan pengajaran kepada kesemua tiga orang anak saya. Malah
sejak kecil kami diajari untuk menghormati orang tua, belajar dengan tekun,
mengambil berat tentang orang lain dan sentiasa merendah diri. Kalau bernakal
sama ada sengaja atau tidak, hukumannya pasti berat.
Banyak perkara telah diajari oleh arwah. Antaranya tidak boleh memanggil
orang yang lebih tua daripada kita dengan nama peribadi mereka. Mereka boleh
dipanggil dengan nama hubungan kekeluargaan ataupun sekadar pakcik dan makcik
sahaja. Tindakan yang bermoral ini saya terapkan dalam diri anak-anak saya
kemudian hari
PESARA
Pesara amat beruntung. Persaraan merupakan satu pemberian (gift) untuk menemukan diri mereka semula (introspection ).Pesara boleh membuat penyelidikan tentang diri mereka untuk mendapatkan pencerahan sejati. Melepaskan diri daripada dunia pekerjaan yang streotaip merupakan sebahagian daripada perjalanan. Tidak pasti sama ada perjalanan hidup masih jauh ataupun singkat. Tetapi pesara mesti ingat bahawa perjalanan hidup ini pasti mencetuskan idea-idea yang bernas agar pesara terus aktif dan menjadi relevan kepada masyarakat sekeliling.
Saturday, June 12, 2021
NAK JADI GURU BT
Pemilihan kursus BT ada dua cara. satu ialah di UM
satu lagi di UPSI. Di UM kamu boleh study pengajian India yang mencakupi bidang
lingiustik, sastera klasik, sastera moden dan sastera bakthi dan sebagainya. Di
UPSI kamu boleh belajar BT dan Kesusasteraan Tamil di samping pedagogi. Jika
anda mengambil pengajian India di UM, susah hendak menjadi guru kerana semua universiti
sudah tutup kurus perguruan selepas ijazah iaitu dipanggil KPLI. Oleh hal yang
demikian, untuk menjadi seorang guru BT ada dua cara, iaitu sama ada masuk IPG atau UPSI. Kalau
dapat IPG posting menjadi guru memang selamat dan pasti . Jika UPSI, kamu kena
menunggu kekosongan. Bagaimanapun jika kamu benar-benar ingin menjadi guru ,
kamu boleh menunggu selepas memperoleh ijazah daripada UPSI. Jika ada pengambilan
kedua daripada IPG bagi tahun 2021 saya akan beritahu kamu. Last closing date
was in April 2021. Jika kamu beritahu lebih awal, sekurang-kurang saya dapat
bertanya kawan saya atau bekas students saya yang menjadi pensyarah IPG.
Thursday, June 10, 2021
DEFISIT KEMANUSIAAN
Salah sebuah tabloid dalam talian
melaporkan sebanyak 6 insiden yang menyahat hati telah berlaku pada hari ini 10 Jun 2021
1.Lelaki ditinggalkan
di tepi jalan selepas dipukul di NILAI
2.Lelaki mati
tergantung depan Pusat Khidmat Masyarakat di HULU SELANGOR
3.Terkejut jumpa teman
lelaki mati tergantung di BEAUFORT
4.Orang awam selamatkan
wanita mahu terjun jambatan di GEORGETOWN
5.Lelaki terjun
jambatan kerana masalah keluarga di JOHOR BAHRU
6.Lelaki cuba bunuh
diri berjaya diselamatkan di Meru Raya di Ipoh.
Kematian
dan cuba untuk mati ini jelas
menunjukkan bahawa masyarakat kita semakin defisit kemanusiaan. Kita tidak lagi
sanggup membantu golongan yang berada dalam keadaan kemurungan, sakit mental
ataupun putus rezeki disebabkan Covid-19 dan sebagainya. Agensi kerajaan yang
terbabit, NGO dan wakil-wakil rakyat di kawasan-kawasan berkenaan hendaklah
tampil membantu mengatasi masalah ini agar tidak berterusan lagi. Masyarakat
yang mendapat gaji ataupun pencen bulanan yang tetap tidak boleh menganggap masalah-masalah ini
bukan masalah mereka maka mereka boleh berdiam diri. Inilah masanya untuk kita
sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang perlu.
PUJIAN KEPADA GURU KITA
OECD dan Unicef pernah melaporkan standard pendidikan tahun 2020 menurun akibat penularan pandemik Covid-19. Malah KPM kita juga pernah mengaku bahawa pelajar yang mengikuti PdPr tidak begitu serius malah capaian Internet di rumah mereka juga kurang menggalakkan. Namun dalam keadaan yang serba kekurangan ini, pelajar kita telah mencapai keputusan yang cemerlang malah jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dapat dikurangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Hal ini menunjukkan komitmen dan iltizam guru-guru kita yang banyak mengorbankan wang, tenaga dan masa untuk melatih dan membimbing pelajar kita sehingga mereka cemerlang. Walaupun bilangan hari persekolahan amat kurang , tetapi banyak warga guru kita mengadakan kelas bimbingan tambahan selain PdPr . Segala pujian dan junjungan hendaklah menjadi milik guru-guru kita. Saya tidak faham mengapa ada segelintir mempolitikkan isu ini. Jika mereka masih mempolitikkan isu ini, bermaksud kita memperlekeh usaha dan kesungguhan warga guru kita dan mempersoalkan masa depan pelajar kita yang rajin berusaha sehingga mencapai kecemerlangan dalam SPM mereka. Bagi saya tidak sesiapa pun boleh dipinggirkan daripada arus pendidikan. Sama ada pelajar kita cemerlang ataupun tidak, mereka patut mendapat tempat yang sewajarnya dalam jurusan yang ingin diceburi oleh mereka mengikut kelayakan dan kewibawaan mereka.
Wednesday, June 9, 2021
BEZA ANTARA ORG GILA DAN WARAS
Perbezaan antara orang gila dan orang waras. Orang waras
mempunyai pelbagai jenis kisah dan ada pendengarnya. Walhal orang gila hanya
bercakap-cakap secara bersendirian mengenai satu kisah yang sama tanpa
pendengarnya. Dialah pencerita dan dialah pendengarnya. Kebanyakan hidup pesara
seperti kategori kedua.......
ULASAN CERPEN
Saya bukan seorang pembaca cerpen yang tegar ataupun konsisten .
Bila-bila ada masa lapang saya membaca cerpen yang tersiar dalam Mingguan
Malaysia, Berita Minggu atau Dewan Sastera. Perspektif ini saya tulis
berdasarkan beberapa cerpen yang dibaca tetapi tidak dapat dinyatakan secara
khusus contoh-contohnyanya keran tidak teringat bila dan di mana membacanya.
Tetapi apa sekalipun, hasil daripada pembacaan secara rambang dan umum, saya
mendapati banyak penulis tanah air kita berjaya mengupas pelbagai spektrum
persoalan hidup masyarakat kini. Pengalaman hidup manusia kontemporari yang
khusus dengan motif dan konkrit terserlah dalam karya-karya mereka. Kehidupan
dan permasalahan golongan marhaen di negara kita khususnya golongan B40 sering
mendapat tempat di hati penulis-penulis kita. Golongan yang daif dan naïf
sering dibiarkan oleh masyarakat sekeliling. Pandemik Covid-19 yang menyulitkan
golongan yang tidak terdaya digambarkan secara hidup dan real, seolah-olah
peristiwa-peristiwa tersebut berlaku di hadapan mata kita. Bagaimanapun penulis
kita harus dipuji juga kerana mereka turut menyarankan penyelesaian untuk
menangani kemelut yang dialami oleh sosial kini. Ada yang mencadangkan wakil
rakyat kawasan atau pihak menteri hendaklah turun ke padang bersama golongan
yang menderita ini untuk menghulurkan bantuan mereka. Selain itu,
penulis-penulis juga berjaya menghidupan watak yang terlibat dan melalui dialog
watak-watak tersebut, falsafah dan pemikiran khusus berjaya disajikan kepada
pembaca
Sunday, June 6, 2021
Bacalah.......
KPM telah melanjutkan tempoh PDPr selama 25 hari mulai 13 hb. Jun hingga 16 Julai. Jika ditambah pula dengan cuti pertengahan penggal, pelajar bercuti sehingga 25 Julai. Selain pembelajaran di rumah, para pelajar khususnya siswa prauniversiti mahupun mahasiswa hendaklah memanfaatkan waktu yang terluang untuk banyak membaca. Terdapat banyak rungutan daripada cendekiawan kita bahawa banyak pelajar kita hanya membaca untuk tujuan pembelajaran ataupun untuk lulus dalam peperiksaan. Harus diingatkan kepada mereka bahawa pelajar hendaklah membaca bahan-bahan berilmu pengetahuan yang tidak semestinya daripada bidang yang diceburi mereka. Pembacaan menyebabkan mereka dapat berfikir dengan kritis dan analitik.Ramai antara kita hanya membaca sekadar tajuk sesuatu bahan bacaan. Dengan membaca tajuk, kita tidak boleh merumuskan apa-apa. Tajuk artikel atau bahan bacaan hanyalah sebagai tarikan. Pelajar juga hendaklah membaca sesuatu yang bersumberkan maklumat yang berbeza-beza, jangan membaca bersumberkan satu maklumat. Pelajar biarlah memilih bahan bacaan yang tidak dijenguhkan dengan fakta semata-mata sebaliknya pilihlah bahan yang dijenguhkan dengan pandangan atau spektrum yang benar. Dalam konteks pemilihan bahan tadi, pelajar janganlah bergantung kepada media sosial semata-mata. Pembacaan pada skrin komputer cepat melemaskan, meletihkan dan kurang selesa. Pembacaan dalam alam maya sering dihambat oleh banyak gangguan tumpuan atau distraksi. Pilihlah bahan bacaan bercetak. Pandangan dan fikiran yang disampaikan oleh media cetak tidak akan sama dengan apa yang dihidangkan oleh media sosial. Platform melalui Internet tidak akan dapat memberi impak serupa dengan media cetak. Pelajar harus ingat bahawa bahan bercetak masih relevan kerana mudah untuk kita membuat rujukan, mudah untuk mengingati dan mudah untuk mengulang. Kini banyak syarikat atau orang perseorangan mempromosikan bahan-bahan bacaan bercetak yang mencakupi pelbagai bidang dalam pelbagai media sosial untuk kita membacanya. Jadi tempoh masa 25 hari ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya untuk membaca. Selamat Membaca