Thursday, September 16, 2021

B40

 Saya berasa agak simpati dan terkelindan kerana  ada pelajar-pelajar yang tidak dapat mengikuti sebarang kelas tuisyen berbayar disebabkan masalah kewangan dan kemiskinan. Boleh dikatakan pelajar yang mengikuti kelas bimbingan persendirian bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan dengan penuh yakin. Mereka diberi latihan yang mencukupi dan dibimbing dengan  pelbagai teknik menjawab oleh tutor mereka.  Bagaimana pula dengan mereka yang tidak mampu? Saya merayu kepada guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar daripada golongan B40 agar mengadakan kelas bimbingan tambahan kepada mereka. Kita tidak mahu pelajar-pelajar yang tidak mampu tercicir atau kandas dalam peperiksaan awam. Seyogianya, cuti sekolah ini perlu dimanfaatkan oleh guru untuk membimbing pelajar-pelajar yang lemah dan miskin. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih sebab ada beberapa orang guru mengadakan kelas seumpama ini sejak awal lagi. Ada antara guru kita sanggup mengeluarkan wang mereka sendiri untuk menambah data bagi pelajar yang tidak mampu. Tahniah juga diucapkan kepada mereka. Kelmarin saya telah menerima satu panggilan telefon dan meminta khidmat saya untuk membantu pelajar SPM daripada golongan B40 di Pulau Pinang. Tanpa berfikir panjang, saya telah bersetuju  untuk membantu mereka secara percuma.

No comments:

Post a Comment