Petikan meringkaskan punca-punca berlakunya kesesakan jalan raya di Malaysia. Antara punca yang utama ialah keadaan jalan raya itu sendiri. Di samping itu, pertumbuhan industri automobil yang pesat juga turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya di negara kita . Selain itu, punca seterusnya ialah kelembapan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak diminati oleh pengguna. Selanjutnya, pertambahan pesat penduduk yang berhijrah dari luar bandar ke bandar menjadi punca kesesakan jalan raya. Seterusnya kemalangan jalan raya juga merupakan punca terjadinya kesesakan jalan raya. Sementelahan pemandu-pemandu yang baharu sering sesat di jalan juga menyebabkan kesesakan berlaku khususnya di bandar-bandar besar.Akhir sekali, keadaan cuaca juga menyebabkan kesesakan berlaku.
102 patah
perkataan
No comments:
Post a Comment