Today morning and evening went for brisk walk from my neighbourhood to DO foothill through Kampung Bukit Kecil road. Feeling refreshed and rejuvenated. I hope it will improve my health and balance.
Wednesday, June 23, 2021
Novel STP 1982
SALAH ASUHAN merupakan sebuah novel Indonesia karya Abdoel Moeis. Kehidupan rumah tangga Hanafi-Corrie tidak berjalan mulus atau tidak tenteram dan ikhlas. Corrie pergi ke Semarang dan meninggal kerana kolera di sana sementara Hanafi pula sangat menyesal atas perbuatannya pulang ke Solok lalu meninggal dalam penyesalan. SITI NURBAYA pula adalah sebuah novel Indonesia karya Marah Roesli. Nurbaya dipaksa berkahwin dengan Datuk Meringgih yang kaya dan abusif.
Sunday, February 7, 2021
KES JENAYAH DELHI PART 2
Sebelas hari selepas serangan itu dia dipindahkan ke sebuah hospital di Singapura untuk rawatan kecemasan tetapi meninggal dua hari kemudian. Kejadian itu mendapat liputan nasional dan antarabangsa secara meluas dan dikecam oleh banyak pihak, baik di India mahupun di luar negara. Lantaran ,tunjuk perasaan awam terhadap pemerintah negara turut diadakan kerana kerajaan gagal memberikan keselamatan dan perlindungan yang sewajarnya kepada kaum wanita.Protes seumpamanya turut berlaku di bandar-bandar besar di seluruh negara. Oleh sebab undang-undang India tidak membenarkan media menyiarkan nama mangsa pemerkosaan, maka mangsa hanya dikenali sebagai Nirbhaya, yang bermaksud "tidak takut". Perjuangan dan kematiannya menjadi simbol penentangan terhadap , pencabulan dan penyeksaan terhadap wanitadi seluruh dunia.
KES JENAYAH DELHI
Kes rogol berkumpulan yang telah berlaku di India pada tahun 2012 telah menarik perhatian seluruh warga dunia. Kesemua perogol dijatuhkan hukuman mati setelah ramai penduduk India dan warga dunia mendesak mahkamah supaya berbuat demikian. Kes ini dipanggil pembunuhan Geng Delhi 2012 . Kumpulan ini merogol dan menyerang mangsa sehingga mati pada 16 Disember 2012 di Munirka, berdekatan dengan Delhi Selatan. Kejadian itu berlaku ketika Jyoti Singh, seorang wanita iaitu pelatih fisioterapi berusia 23 tahun, dipukul, dirogol, dan diseksa di sebuah bas persendirian apabila mangsa dan rakan lelakinya dalam perjalanan. Terdapat enam lelaki yang lain di dalam bas, termasuk pemandu telah memperkosa wanita itu dan memukul rakannya.
DRAMA JENAYAH DELHI
Sebuah drama jenayah telah diterbitkan di India berdasarkan insiden tersebut. Judul drama tersebut ialah Delhi Crime (DC) .DC ditayangkan oleh Netflix secara beturutan sebanyak 7 episod. DC merupakan siri televisyen web drama jenayah India yang memenangi anugerah Emmy yang ditulis dan diarahkan oleh Richie Mehta. DC ini Dibintangi oleh Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain dan Rajesh Tailang. Dua episod pertama ditayangkan di Festival Filem Sundance 2019 dalam kategori Indie Episodik. Siri ini dilancarkan di Netflix pada 22 Mac 2019. Semua pelakon yang membintangi DC membawa perwatakan masing-masing secara hidup atau real. DC ini merupakan satu penghargaan kepada semua wanita di dunia ini . Saya habis menontonya kesemua 7 episod selama dua hari di NETFLIX. Terima kasih kepada NETFLIX kerana memberi kesedaran kepada masyarakat betapa wanita harus dihormati dan dihargai
DRAMA JENAYAH
Mungkin anda sudah lama menonton "The Fall" sebuah drama jenayah bersiri. Tetapi saya baru sahaja mendapat kesempatan melalui NETFLIX. Drama ini berunsur jenayah dan psikologi. Banyak manusia yang berada di sekitar kita mungkin bersikap musang berbulu ayam. Betapa seorang ayah dan suami menjalani double life. Di luar sebagai insan biasa. Tersembunyi dalam pandangan yang jelas. Inilah dikatakan ekstrinsik dan intrinsik. Adegan pemburuan polis terhadap penjayah mengingatkan kita cerita kucing dengan tikus. Moto ringkasnya ialah: Mereka yang bukan sebahagian daripada penyelesaian adalah sebahagian daripada masalah. Worth watching....
JOGGING
To avoid crowd, today I walked in front of SK Stowell road and Jalan Stowell for one hour to refresh my body and mind. Mengimbau zaman persekolahan anak saya di sini dari tahun 1 hingga 6. Sekolah inilah memberikan anak saya ilmu yang paling asas. Segala peristiwa yg dialaminya mengusik kalbu saya. Bangunan putih itu bangunan asrama BM High School. BM High dan Stowell berpisah tiada.
BACA NOVEL
Baru saja terima novel Tuan Md Isa Md Yusop iaitu Langit Tidak Selalu Cerah- Hati Orang Tua. Terima kasih Tuan.Sejak menjadi manula, langit hidup saya pun tidak secerah dulu. ( akronim manula ialah manusia lanjut usia).