Showing posts with label Pengajian Am Sem 3. Show all posts
Showing posts with label Pengajian Am Sem 3. Show all posts

Sunday, February 7, 2021

WTO DAN NAM

 UNTUK PELAJAR PENGAJIAN AM SEM 3


1. Antara pencapaian WTO  ialah Perjanjian Umum mengenai Tarif dan Perdagangan (GATT) Tujuannya untuk mempromosikan perdagangan internasional dengan mengurangkan atau menghilangkan halangan perdagangan seperti tarif atau kuota.


2. Antara pencapaianNAM ialah NAM News Agency @ Rangkaian Berita NAM untuk melaporkan berita-berita yg seimbang iaitu tidak menyebelahi mana-mana kuasa dalam siaran berita. NAM ialah Non-Alignment Movement @ Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

DATA INTERPRETATION

 Ketika mentafsir jadual perangkaan, ada seorang pelajar memberitahu saya bahawa wujud keadaan tidak konsisten yang konsisten.Maksudnya perubahan yang tidak konsisten berlaku secara konsisten. Saya memberitahunya dalam tafsiran perangkaan , pelajar hanya boleh menulis  sama ada nilai itu meningkat/menurun secara konsisten ataupun tidak konsisten.Saya jelaskannya, istilah "consistently inconsistent" ini seolah-olah membawa makna yang abstrak atau absurd. Statisitik perlu dihuraikan dengan kejelasan/ clarity tanpa sebarang kesamaran makna.

WRITING ESSAY

 Begitu juga dalam penulisan esei.

Ketika menghuraikan idea, pelajar perlu konsisten dengan huraiannya. Ada pelajar dengan tetiba sahaja masukkan huraian yang tak konsisten. "Inconsistent" ini seolah-olah membawa makna yang abstrak atau absurd.Setiap esei perlu dihuraikan dengan kejelasan/ clarity tanpa sebarang kesamaran makna.

Thursday, June 25, 2020

Pengajian Am Sem 3- Esei Antarabangsa




KARANGAN

Menurut UNESCO, hampir 260 juta kanak-kanak di seluruh dunia tidak berpeluang ke sekolah pada tahun 2018.  Keadaan bertambah buruk akibat Covid-19 dengan hampir 90% kanak-kanak seluruh dunia terkesan dengan penutupan sekolah. Huraikan punca fenomena ini berlaku dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Rangka jawapan

Punca
1.kemiskinan
2.penindasan
3.ketidaksamaan dalam sektor pendidikan

Langkah
1. negara dunia pertama menghulurkan bantuan kepakaran dan kewangan
2.kerajaan negara berkenaan menggubal dasar pendidikan yang ampuh dan mantap


Thursday, June 18, 2020

KARANGAN PENGAJIAN AM SEM 3-KARANGAN ANCAMAN LUAR MALAYSIA


KARANGAN PENGAJIAN AM SEM 3-KARANGAN ANCAMAN LUAR MALAYSIA

ANCAMAN-ANCAMAN LUARAN YANG DIHADAPI  OLEH MALAYSIA

1.KEJADIAN KRISIS

Malaysia juga terdedah kepada pelbagai krisis sama ada di dalam ataupun di luar negara termasuklah ekonomi, sosial dan peperangan. Krisis ini berupaya memberi impak secara langsung kepada rakyat sekaligus menjejaskan keselamatan negara. Krisis yang berlaku di luar negara juga boleh menyebabkan berlakunya migrasi tidak terkawal ke negara lain termasuklah Malaysia.

2.JENAYAH RENTAS SEMPADAN

Kedudukan Malaysia yang mempunyai sempadan darat dengan negara jiran dan terletak di laluan strategik maritim iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadikan Malaysia terdedah kepada ancaman bersifat rentas sempadan seperti penyeludupan (manusia, hidupan liar, hasil hutan, dadah, barangan dan senjata), pemerdagangan orang, pelanunan, jenayah terancang, jenayah siber, pengubahan wang haram, jenayah ekonomi dan rompakan di laut dan sebagainya.

3.PANDEMIK DAN WABAK PENYAKIT

Mobiliti penduduk dunia dan dalam negara yang lebih mudah dan pantas telah mendedahkan rakyat Malaysia terhadap ancaman kesihatan. Penularan wabak pandemik dan penyakit berjangkit sama ada berpunca dari dalam dan luar negara boleh menjejaskan sosio-ekonomi negara. Penyakit tidak berjangkit pula seperti darah tinggi, kencing manis sehingga sakit buah pinggang, sakit jantung dan lain-lain lagi jika tidak diberi perhatian sewajarnya boleh menyebabkan negara muflis
.
4.KESELAMATAN TENAGA

Dunia hari ini berhadapan dengan ketidaktentuan keselamatan sumber tenaga. Kebergantungan kepada sumber tenaga tradisional yang berasaskan fosil dijangka akan meningkat sehingga sumber tenaga alternatif yang lebih bersih dan murah digunakan secara meluas. Namun, buat masa ini, perebutan terhadap sumber tenaga tradisional berasaskan fosil boleh berlaku dan mencetuskan konflik serantau dan antarabangsa.

5.JAMINAN BEKALAN MAKANAN

Kelangsungan negara juga bergantung kepada keselamatan sumber makanan. Pertambahan penduduk dunia meningkatkan lagi permintaan kepada sumber makanan. Kegagalan menguruskan sumber makanan, akan mewujudkan persaingan terhadap sumber makanan dan mewujudkan kebergantungan yang tinggi kepada sumber luar.

6.KECAMBAHAN NUKLEAR DAN PROGRAM PEMBANGUNAN SENJATA

Negara juga terdedah kepada ancaman nuklear termasuklah penggunaan nuklear untuk tujuan peperangan. Kelonggaran elemen kawalan dan tekanan ke atas program nuklear dan senjata
pemusnah di kalangan negara pelaku (state actors) khasnya negara- negara kuasa besar serta risiko kemalangan di loji nuclear yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan penduduk serantau, kehidupan marin dan alam sekitar, di samping potensi kewujudan senjata pemusnah besar-besaran yang berupaya menggugat keamanan serantau.