KARANGAN PENGAJIAN AM SEM 3-KARANGAN ANCAMAN LUAR MALAYSIA
ANCAMAN-ANCAMAN LUARAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA
1.KEJADIAN KRISIS
Malaysia juga terdedah kepada pelbagai krisis sama
ada di dalam ataupun di luar negara termasuklah ekonomi, sosial dan peperangan.
Krisis ini berupaya memberi impak secara langsung kepada rakyat sekaligus
menjejaskan keselamatan negara. Krisis yang berlaku di luar negara juga boleh
menyebabkan berlakunya migrasi tidak terkawal ke negara lain termasuklah
Malaysia.
2.JENAYAH RENTAS SEMPADAN
Kedudukan Malaysia yang mempunyai sempadan darat
dengan negara jiran dan terletak di laluan strategik maritim iaitu Selat Melaka
dan Laut China Selatan menjadikan Malaysia terdedah kepada ancaman bersifat
rentas sempadan seperti penyeludupan (manusia, hidupan liar, hasil hutan,
dadah, barangan dan senjata), pemerdagangan orang, pelanunan, jenayah
terancang, jenayah siber, pengubahan wang haram, jenayah ekonomi dan rompakan di
laut dan sebagainya.
3.PANDEMIK DAN WABAK PENYAKIT
Mobiliti penduduk dunia dan dalam negara yang lebih
mudah dan pantas telah mendedahkan rakyat Malaysia terhadap ancaman kesihatan.
Penularan wabak pandemik dan penyakit berjangkit sama ada berpunca dari dalam
dan luar negara boleh menjejaskan sosio-ekonomi negara. Penyakit tidak
berjangkit pula seperti darah tinggi, kencing manis sehingga sakit buah
pinggang, sakit jantung dan lain-lain lagi jika tidak diberi perhatian
sewajarnya boleh menyebabkan negara muflis
.
4.KESELAMATAN TENAGA
Dunia hari ini berhadapan dengan ketidaktentuan
keselamatan sumber tenaga. Kebergantungan kepada sumber tenaga tradisional yang
berasaskan fosil dijangka akan meningkat sehingga sumber tenaga alternatif yang
lebih bersih dan murah digunakan secara meluas. Namun, buat masa ini, perebutan
terhadap sumber tenaga tradisional berasaskan fosil boleh berlaku dan
mencetuskan konflik serantau dan antarabangsa.
5.JAMINAN BEKALAN MAKANAN
Kelangsungan negara juga bergantung kepada
keselamatan sumber makanan. Pertambahan penduduk dunia meningkatkan lagi
permintaan kepada sumber makanan. Kegagalan menguruskan sumber makanan, akan
mewujudkan persaingan terhadap sumber makanan dan mewujudkan kebergantungan yang
tinggi kepada sumber luar.
6.KECAMBAHAN NUKLEAR DAN PROGRAM PEMBANGUNAN SENJATA
Negara
juga terdedah kepada ancaman nuklear termasuklah penggunaan nuklear untuk
tujuan peperangan. Kelonggaran elemen kawalan dan tekanan ke atas program
nuklear dan senjata
pemusnah
di kalangan negara pelaku (state actors) khasnya negara- negara kuasa besar
serta risiko kemalangan di loji nuclear yang boleh mendatangkan mudarat kepada
kesihatan penduduk serantau, kehidupan marin dan alam sekitar, di samping
potensi kewujudan senjata pemusnah besar-besaran yang berupaya menggugat
keamanan serantau.
No comments:
Post a Comment