PENGAJIAN AM SEM 1 ESEI :
PATI
Malaysia memang negara pilihan PATI sejak 1970-an hingga sekarang dari
negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Myanmar, dan
Bangladesh. Kabanjiran mereka ke negara kita disebabkan oleh beberapa faktor.
Oleh sebab kesan yang dibawa oleh mereka bukanlah sedikit, maka langkah-langkah
patut diambil untuk menangani isu ini. Huraikan penyataan ini.
Kehendak soalan: 1+2+2 atau 2+2+1 atau 2+1+2
PENDAHULUAN
Migrasi
manusia sama ada dari negara jiran atau dari negara luar memang berlaku dalam
dunia tanpa sempadan. Manusia perlu berpindah untuk mendapatkan pekerjaan,
pendapatan, taraf hidup dan status sosial yang lebih baik. Ada yang berlaku secara
sah, iaitu dengan kebenaran negara destinasi atau pun dengan cara tidak sah
yang dikenali sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).
FAKTOR –FAKTOR TARIKAN DAN TOLAKAN
1.lokasi strategik antara Selat Melaka di sebelah
barat dan Laut China Selatan di timur
-
dikelilingi pulau dan pesisiran pantai yang panjang dan luas
-
memudahkan PATI menyusup masuk melalui laluan laut atau darat
2. pertumbuhan ekonomi negara
kita amat pesat
-
kestabilan politik amat stabil
-
kemasukan pelaburan asing menggalakkan pembangunan projek mega
-
perkembangan sektor industri dan sektor pertanian menawarkan peluang pekerjaan
3.persamaan budaya, agama dan bahasa
-mudah
asmilasi-ada titik pertemuan
-tiada
percanggahan budaya –pantang larang dan adat yang sama
-tidak
berasa kekok-bebas bergaul dan mesra
-mudah
mempelajari bahasa kita sebab tidak banyak beza
4. keadaan ekonomi di negara asal seperti
kemiskinan
-mereka
menghadapi masalah pengangguran
-penduduk
ramai menyebabkan upah mereka di sana rendah
-keadaan
politik yang tidak menentu
-bimbang
akan bencana alam seperti banjir, letusan gunung berapi, tsunami dsb
1.menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam
-melakukan
pergaduhan apabila bilangan PATI ramai
-aktiviti
merekrut kumpulan pengganas, subversif
-
sabotaj terhadap negara
-mempunyai
maklumat ttg. kekuatan dan kelemahan dalam negara
2.menghakis sistem ekonomi dalaman
-PATI
mengeksploitasi sumber ekonomi, pekerjaan dan pendapatan
-ada
yang menjadi nelayan, pekebun sayur, pekerja kilang, pekerja ladang, penternak
serta pencuci kenderaan
-sanggup
lakukan kerja sektor 3D (kotor, sukar dan berbahaya) kerana rakyat tempatan
enggan lakukannya.
-menjejaskan
peluang pekerajaan dna pendapatan orang tempatan
3. memberi risiko tersebarnya pelbagai jenis penyakit
-tibi,
taun dan kusta dalam kalangan penduduk tempatan
-
berlakunya kesesakan di hospital dan klinik kerajaan
-meningkatkan
beban tugas kakitangan hospital dan klinik kerajaan
-meningkatkan
kos tambahan kepada kerajaan
4. mencerobohi tanah kerajaan dan persendirian
-membina
petempatan haram dan rumah setinggan
-amalan
petempatan berpindah-randah
-merosakkan
keindahan muka bumi kawasan berkenaan
-menjalankan
aktiviti pertanian dan penternakan
5. mencemari alam sekitar
-
melakukan pembakaran hutan untuk petempatan, pertanian dan penternakan
-
pembuangan sampah merata-rata
-pembuangan
sisa pepejal dan kumbahan ke dalam sungai dan parit
-
pengairan dan takungan air tersumbat
6. melakukan jenayah dalam negara
-kes-kes
meragut, mencuri, menyamun, memeras ugut, merompak, gangster
-mengedar
dadah di samping mencabul, merogol dan membunuh
-berani
merompak dengan menyamar
-tidak
gentar untuk mati
-sanggup
lakukan apa sahaja asalkan dapat wang
7. melakukan jenayah rentas sempadan
-membabitkan
pemerdagangan orang
-penyeludupan
migran menjejaskan maruah Malaysia
-menjadi
sindiket pelacuran dan tukang urut
-menculik
manusia untuk tujuan penjualan organ manusia
-membawa
lari anak-anak majikan
LANGKAH MENANGANI PATI
1.peranan agensi-agensi mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan
-agensi
kerajaan bertanggungjawab perlu mengadakan mesyuarat secara berkala dengan
negara asal PATI
-membuat
bantahan mengenai isu ini
-menghantar
semula dan menuntut kos penghantaran PATI
-agensi
penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Polis Diraja
Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim
Malaysia dan Jabatan Laut Malaysia perlu memantau
-
mengawal sempadan dan perairan negara
-
menggunakan aset dan teknologi canggih (seperti dron)
-mengadakan
kerjasama dengan negara jiran melalui pasukan petugas khas bersama kawalan
sempadan
2. Malaysia juga perlu membawa isu PATI ke persidangan antarabangsa atau
serantau
-ASEAN,
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk
tindakan negara terbabit
-menandatangani
perjanjian persefahaman
-menetapkan
kuota kwmasukan
-menanggung
sebarang ganti rugi atau kos yang dibayar Malaysia
-menubuhkan
pejabat konsul di setiap negeri
3. menguatkuasakan undang-undang lebih ketat
-kerajaan
boleh menimbang penetapan hukuman spt. denda dan penjara
-ejen
dalam dan luar negara serta penguat kuasa yang korup dihukum
-mengekang
kemasukan PATI ke dalam negara
-Akta
Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen
1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 perlu dikuatkuasakan
sepenuhnya
4.rakyat perlu lebih bertanggungjawab terhadap negara
-rakyat
perlu prihatin mengenai isu PATI
-memberi
kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa
-melaporkan
kewujudan golongan itu di kawasan tempat tinggal mereka
PENUTUP
-isu
PATI perlu ditangani secara holistik, bijaksana dan mengikut undang-undang
-usaha
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghasilkan Pelan Strategik Penguatkuasaan PATI
bagi memantapkan penguatkuasaan dan tadbir urus PATI patut dipuji
-semoga
tindakan kita berhasil secara maksimum dalam menangani masalah PATI di negara
ini
No comments:
Post a Comment