SOALAN-SOALAN PENGAJIAN MALAYSIA UNTUK
PELAJAR IPTA DAN IPTS
1.Nyatakan dua dasar kerajaan dalam memantapkan
perpaduan dan integrasi nasional?
2. Jelaskan potensi-potensi yang ada pada negara
Malaysia untuk menjadi sebuah negara
maju?
3. Sebutkan dua aspek utama petunjuk negara maju dan
sejahtera?
4. Apakah dua elemen yang penting dalam Dasar Bahasa
Kebangsaan?
5.Nyatakan dua strategi kerajaan bagi mencapai
negara berpendapatan tinggi ?
6.Jelaskan dua sebab rakyat Malaysia perlu
menghormati dasar-dasar kerajaan?
7.Apakah objektif penggubalan Rukun Negara?
8.Huraikan dua dimensi baharu yang diperkenalkan
dalam Dasar Wawasan Negara?
9.Apakah manfaat yang dapat kita terima menerusi
Dasar Sosial Negara ?
10.Sebutkan dua kepentingan rakyat Malaysia perlu
hidup dalam keadaan sejahtera dan harmoni?
11.Apakah dua rasional kerajaan ingin
mentransformasikan sektor pertanian supaya menjadi sektor yang moden, dinamik
dan kompetetif?
12.Sebutkan dua sumbangan Dasar Wanita Negara terhadap pembangunan
negara?
13.Huraikan langkah-langkah untuk membangunkan modal
insan ke arah Malaysia mencapai status negara maju?
14.Nyatakan dua cabaran yang harus diatasi bagi
membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju?
15.Pelaksanaan Dasar Persyarikatan Malaysia memberi
faedah kepada rakyat. Jelaskan
16. Apakah ciri-ciri dasar kerajaan digubal?
17. Garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala
arahan dan peraturan untuk mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah
negara yang gemilang. Penyataan ini merujuk kepada _________________________
18.Nyatakan dua kekangan dalam pelaksanaan sesuatu
dasar kerajaaan.
19.Apakah yang dimaksudkan dengan Strategi Lautan
Biru (BOS)?
20. Jelaskan dua inisiatif yang diambil oleh
kerajaan dalam menghadapi Strategi Lautan Biru (BOS)
No comments:
Post a Comment