JAWAPAN LATIHAN MASA CUTI PKP BM TINGKATAN 1/2/3 SIRI 11
Cari kesalahan dalam ayat-ayat berikut sama ada dari segi imbuhan,
ejaan, istilah ataupun kesalahan bahasa yang lain
1.Berdasarkan
laporan berita hari ini terdapat pelbagai isu yang timbul
2.Penggunaan
Bahasa Inggeris secara meleluasa di IPT
sentiasa dianggap sebagai pesaing kepada Bahasa Melayu.
3.Keputusan
atau pencapaian tentang sesuatu polimik
itu dipersetujui oleh setiap lapisan masyarakat.
4.
Isi-isi dalam karangan pelajar itu telah disusun dengan teratur dan terkait
antara satu dengan yang lain.
5.
Kelebihan penulis itu ialah wacana dapat disampaikan kepada penulis dengan berkesan.
6.
Cara penyampaian pelajar hendaklah sistematik dan tersusun supaya mudah
difahami oleh pembaca
7.
Masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat yang kaya dengan kesantunan/kesopanan
dan budi pekerti yang baik serta nilai-nilai murni yang tinggi.
8.
Terdapat segelintir masyarakat yang merasakan bahawa amalan budi bahasa yang
baik hanya perlu diamalkan terhadap ahli keluarga dan saudara-mara yang
terdekat sahaja.
9.
Bahasa komunikasi jenis non-verbal melibatkan isyarat tangan, pandangan, impresi
muka serta gerakan badan.
10.
Sebagai negara berbilang bangsa, Malaysia mampu mengekalkan keharmonian dan
keamanan dalam kalangan masyarakat
11.
Setiap kaum di Malaysia perlulah saling menghormati dan bertolak-ansur dengan kaum-kaum
lain.
12.
Pembonceng motosikal ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menumbuk polis
petugas ketika diminta mengemukakan permit perjalanan rentas negeri.
13.
Ketika serbuan, semua suspek lari bertempiaran dan meninggalkan ayam sabung mereka
di gelanggang
14.
Tinjauan awal mendapati orang ramai berkumpul dan dipercayai sedang tekun bermain
judi.
15.
Pada setiap hari saya terbayang wajah Umar seolah-olah memandang saya apabila
kami membersihkan kawasan halaman rumah pada Hari Raya keempat.
16.
Mayat tiga orang adik beradik itu ditemukan di dasar sungai sehari selepas
kejadian mati lemas itu dilaporkan berlaku.
17.
Empat anggota tentera Australia terbunuh, selepas helikopter dinaiki mereka terhempas.
18.
Seorang pemilik rumah sewa di Kuching terkejut dengan sikap penyewa yang
meninggalkan rumahnya dalam keadaan rosak dan kotor.
19.
Belakangan ini, kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk semakin
bertambah sehingga menyebabkan kematian.
20.
Seorang remaja meraikan ulang tahun kelahiran dengan cara berbeza apabila
melakukan kerja amal mengutip sampah di tepi jalan sekitar Bangi dan di beberapa
lokasi lain.
21.
Gadis istimewa yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan, menjahit pakaian
perlindungan diri dengan menggunakan
kaki.
22.
Terdapat banyak kematian yang sedang berlaku di seluruh dunia akibat penularan virus
COVID-19.
23.
Sama ada ada atau tidak hari persekolahan, pengetua sekolah kami tetap
melakukan persediaan kerana hari persekolahan akan diumumkan oleh Menteri
Pelajaran pada bila-bila sahaja.
24.
Tukang gunting rambut, rawatan dan solekan digalakkan menjalani ujian Covid-19.
25.
Sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari
Isnin, 8 Jun 2020, cuti rasmi telah diumumkan.
Nyatkan 3 peribahasa bagi setiap petikan berikut
1.
Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan
Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa
memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang.
Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa
pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut
menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi
kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik
tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang
budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak
bertanggungjawab.
-anak emas
-bagai menatang minyak yang penuh
-susu diberi, tuba dibalas
2.
Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi
mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji
manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai
berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi
jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan.
Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat
menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan.
Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat
disempurnakannya.
-ada udang di sebalik batu
-bagai menanam tebu di bibir mulut
-batuk di bawah tangga
3.
Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak disenangi oleh majikannya.
Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak mengulangi perbuatan buruk itu
tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan Koh Shu Yin mula berani tidur
ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin
tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah dimarahi oleh majikannya. Pada
bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja. Nasibnya kini bergantung kepada
budi bicara majikannya.
-curi tulang
-bagai mencurah air ke daun keladi
-bagai telur di hujung tanduk.
No comments:
Post a Comment