PENGAJIAN AM SEM 1 dan BM SPM-
KARANGAN-KETEGANGAN KAUM DAN INTEGRASI
Kini, banyak pihak sering mencetuskan ketegangan kaum. Langkah-langkah
yang proaktif, wajar diambil untuk menjamin negara kita bebas daripada
ketegangan kaum di samping memperkukuh integrasi nasional. Bincangkan peranan
yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengelakkan ketegangan kaum
di negara ini.
Pendahuluan
-pihak
yang tidak bertanggung jawab sering mempertikaikan kontrak sosial yang termaktub
dalam Perlembagaan Persekutuan.
-sebenarnya
sebelum merdeka lagi kesemua kaum di negara ini telah bersetuju seperti hak keistimewaan Melayu dan
Bumiputera, kedaulatan Raja-Raja Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, kewarganegaraan serta sistem kuota
-ada
yang memutarbelitkan fakta dan bukti sejarah mengenai asal-usul sesuatu bangsa,
membuat provokasi dan memperlekeh sesuatu kaum, menghina serta mengganggu
amalan penganut sesuatu agama, mencipta dan menyebar berita palsu.
-fenomena
ini sudah tentu memecahbelahkan rakyat yang berbilang kaum di negara ini.
Isi-isi- 5 peranan
1.Peranan pendekatan pendidikan
-
reformasi sistem pendidikan dan kempen secara berterusan diadakan bagi
menekankan kepentingan perpaduan
-kesan
perpecahan kepada negara juga diuar-uarkan
-perlu
menekankan nilai bersama berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
-patut
diamalkan semua pelajar sekolah serta institut pengajian tinggi
2. Peranan golongan intelek
-
sejarawan dan ahli antropologi perlu mengadakan kajian menilai tahap perpaduan
-mereka
perlu menulis dan menerbitkan buku, artikel dan kertas kerja mengenai perpaduan
-institusi
yang diwakili mereka hendaklah menganjurkan forum, seminar, bengkel,
persidangan, simposium dan kolokium bagi membincangkan pendekatan memperkukuh
lagi perpaduan
-semua
platform ini perlu disertai oleh peserta berbilang bangsa
3.Penguatkuasaan undang-undang
-kerajaan
perlu menguatkuasakan undang-undang lebih tegas
-menggunakan
Akta Hasutan 1948, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012,
Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap pihak
menjejaskan perpaduan
-kajian
semula dan pindaan terhadap hukuman harus dilakukan
-mengenakan
hukuman yang lebih berat kepada pencetus ketegangan kaum.
4.Peranan Pihak Jabatan Polis Diraja Malaysia
-perlu
menimbang secara teliti permit perhimpunan secara beramai-ramai menggunakan
Akta Perhimpunan Aman 201
-memantau
semua aktiviti yang berunsur perkauman
-mengawasi
gerak-geri orang yang membuat provokasi integrasi
-sering
memastikan ucapan dan veramah tidak berbaur perkauman
5.Peranan ahli-ahli politik
-pemimpin
dan ahli parti politik perlu patriotik, jujur, ikhlas, tiada agenda tersembunyi
-mengamalkan
politik matang dan sentiasa mengutamakan perpaduan
-pemimpin
parti politik hendaklah memberi amaran kepada ahli parti yang membangkitkan isu
sensitif yang boleh menjejaskan perpaduan.
-jangan
gunakan isu perkauman demi politics survival (kelangsungan politik) mereka
6.Peranan ahli-ahli agama
-pemimpin
pelbagai agama perlu mengingatkan dan memberi nasihat kepada penganut agama
-menasihati
penganut supaya menghormati agama lain
-tidak
memberi sebarang komen mengenai amalan penganut agama lain
-teks
ucapan atau kutbah tidak berunsur perkauman
-agama
merupakan satu isu yang sensitif dan rakyat mudah tersinggung
7.Peranan media massa
-perlu
membantu mempromosi kepentingan perpaduan dan risiko perlu ditanggung
-jika
berlaku perpecahan media mesti berakauntabiliti
-hanya
menyiarkan berita mengikut etika kewartawanan
-jangan
asyik memikirkan keuntungan dengan penyiaran berita sensasi kaum
-hanya
melaporkan berita yang betul serta telus kepada rakyat dan bukan propaganda
8.Peranan masyarakat-perubahan pemikiran rakyat
-rakyat
hendaklah berfikiran matang dan menghargai perpadua
-perlu
memikirkan implikasi ketegangan kaum kepada negara
-jangan
mudah terpengaruh atau terpedaya dengan berita tidak benar
-elakkan
sebarang provokasi yang boleh menjejaskan perpaduan
-sentiasa
berbaik sangka dengan kaum-kaum lain
Kesimpulan
-Perpaduan
perlu dipupuk sejak di bangku sekolah
lagi
-sentiasa
amalkan sikap bertoleransi dan hormat-menghormati dengan semua kaum
-mengembalikan
semangat persaudraan tanpa mengira batas agama dan bangsa
NOTA TAMBAHAN
Pengukuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada 2018
melalui instrumen Petunjuk Ketegangan Masyarakat (PKM) untuk melihat tahap
ketegangan masyarakat mendapati nilai PKM ialah 11.6 kes per sejuta penduduk
berbanding paras ditetapkan, iaitu 18 kes per sejuta penduduk. Ini menunjukkan
tahap ketegangan masyarakat di negara ini stabil dan terkawal.
No comments:
Post a Comment