Saturday, June 13, 2020

LATIHAN UNTUK LAI KEAN YI


LATIHAN UNTUK LAI KEAN YI

1.Tuliskan sebuah karangan tentang  masalah pencemaran  air dan langkah- langkah  yang dapat diambil  untuk  menjamin kebersihan air.
    Pendahuluan.
    -  air penting untuk kegunaan harian
    Isi-isi.
    1.Pencemaran air mengakibatkan pelbagai  penyakit – sakit taun, cirit-birit, dan penyakit kulit
    2.langkah untuk menjamin kebersihan air –   memasak air untuk membunuh kuman
    3.menggunakan penapis – air terjamin bersih
    4.membubuh ubat ke dalam tangki air atau telaga
    Penutup
    - menjaga kebersihan air untuk menjamin kesihatan

2. Anda  mewakili kelas anda dalam suatu pertan dingan syarahan  peringkat sekolah.Tajuk
    syarahan itu ialah “Negara Bersih Rakyat Sihat”.Tulis syarahan itu.

  Pendahuluan.
     - kata-kata aluan
     - kebersihan dapat menjamin kesejahteraan hidup
  Isi-isi
     1.kesihatan diri dan keluarga terjejas sekiranya  alam sekitar tidak bersih
     2.tidak dapat belajar dan bekerja – negara akan  mundur
     3.bagi memastikan kehidupan yang sejahtera kebersihan perlu dijaga.
     4.rakyat yang sihat melambangkan negara yang makmur – rakyat perlu berganding bahu –
        mengawal pencemaran
Penutup
- semua pihak bertanggungjawab untuk menjaga
kebersihan alam sekitar

3. Lengkapkan cerita di bawah ini.
    Aku sedang memancing dengan kawanku di   tepi sungai. Tiba-tiba mataku terpandang akan
    sesuatu yang terapung di permukaan air sungai.Aku memberitahu   kawanku.  Kami mendekati
    benda itu …

    Pendahuluan.
    - seperti perenggan di atas.
    Isi-isi
    1.menyangkakan benda yang terapung itu batang  kayu – cuba menguis-nguisnya
    2.terkejut – benda tersebut ialah seekor buaya  lari ke tebing sungai
    3.memberitahu orang kampung – membuat  laporan
    4.pihak polis dan Jabatan Perlindungan Haiwan berjaya menangkap buaya
    Penutup
    - buaya tersebut ditempatkan di zoo


LATIHAN BAHASA

1. Sim Keong ………… dilanggar kereta semasa dia melintasi jalan raya itu.
A. jarang-jarang   B. sia-sia  C. nyaris-nyaris D. alang-alang

2. Cadangan kami telah ditolaknya ………… .
A. kira-kira    B. tepat-tepat       C. cerah-cerah      D. bulat-bulat  
  
3. Janganlah berasa……… akan kejujuran orang itu.
A. ragu-ragu   B. agak-agak   C. bukan-bukan     D. siapa-siapa

4.Di dalam air yang bertakung itu banyak ……………
A. nyenyamuk     B. jejentik    C. kekisi       D. tetupai

5. ………..skru itu sudah haus dan tidak dapat digunakan lagi.
A. Jejari       B. Bebola      C. Bebenang        D. Kekayu

6. ……….. yang hadir ke majlis hari lahir itu kebanyakan orang kampungnya.
A. Tetamu       B. Tetangga     C. Kekawan      D. Pepara

7.Oleh sebab selalu mengorek telinga, ………….. telinganya menjadi rosak.
A. gegembir      B. bebuli     C. cecuping        D. gegendang

8.Rumah usang itu dipenuhi sawang …………….
A. lelangit        B. tetupai       C. lelabah        D. dedaun

9.Megat berasal daripada ……… orang besar-besar.
A. kerahmatan     B. kekeramatan   C. kehormatan      D. keturunan

10. …………. luar bilik darjah perlu dimanfaatkan oleh setiap murid.
A. Keasyikan        B. Kemudahan    C. Kegiatan        D. Kealpaan

11. ……….. dalam peperiksaan tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus
belajar dengan gigih. A. Kegigihan         B. Kemenangan   C. Kehandalan    D. Kegagalan

12. ………… kanak-kanak berusia dua tahun yang membaca akhbar itu sungguh
mengagumkan. A. Kebolehan       B. Kekuatan         C. Kebaikan         D. Keinginan

13.Cita-citanya hendak menjadi juruterbang tidak ……….
A. kepetahan        B. kesampaian     C. ketentuan      D. kemalangan

14.Budak lelaki itu ……….. apabila ………… oleh budak nakal itu.
A. tertiarap, dirodok      B. tersentak, dicolok   C. tersungkur, disinggung     D. terlentang, dicuit

15.Wahid hanya ……….. apabila ………. oleh ayah.
A. terkebil-kebil, dimarahi      B. tersipu-sipu, dibelasahi   C. terdetik-detik, dihukumi    D.Tiada
          
16.Sampah-sarap yang ………… dek penahan sampah itu terpaksa ………..dengan menggunakan jentera.
A. tersembul, diambil          B. tertahan, diraup     C. tergerak, dipungut       D. tersangkut, dikaut

17.Para ………….. yang ke tempat ini amat mengagumi kawasan ………. negara kita.
A. pengunjung, penyekitaran       B. pelawat, disekitarkan     C. pelancong, persekitaran
             
18. Pemandu bas …………. itu disaman oleh JPJ kerana memandu dengan laju.
A. penyiaran             B. disiarkan         C. penyiar            D. persiaran

19 HINGGA 20 : PILIH SOALAN YANG SESUAI BAGI AYAT-AYAT YANG BERIKUT

19.Abang mengambil parang untuk menebang pohon ketapang itu.
A. Mengapakah abang mengambil parang itu?                          
B. Apakah tujuan abang mengambil parang itu?      
C. Siapakah yang telah mengambil parang itu?
D. Apakah yang ditebang oleh abang dengan parang itu?
20.Masyarakat desa itu menggelar Abu sebagai kera sumbang kerana dia
 tidak tahu bercampur-gaul dengan anggota masyarakat.
A.  Siapakah yang telah menggelar Abu sebagai kera sumbang?
B.  Apakah tujuan masyarakat desa itu menggelarnya sebagai kera sumbang?
C.  Mengapakah masyarakat desa itu menggelarnya sebagai kera sumbang?
D.  Adakah masyarakat desa itu menggelarnya sebagai kera sumbang?

21. Jangan terburu-buru mengambil tindakan. … selidikilah perkara itu dengan betul-betul?
A. sebaliknya        B. justeru         C. hal ini demikian     D. apabila

22.Keluarganya menginginkan anak mereka menjadi doktor. …………., dia telah dimasukkan ke kolej perubatan.
A. walau bagaimanapun   B. sungguhpun begitu      C. oleh sebab itu      D. kerana

23.Beliau sasterawan yang terkenal. … dapat dilihat menerusi novel-novelnya yang terkenal seperti Jentayu, Roda   dan Tahun Akhir.
A. selain itu         B. sepanjang itu        C. hal ini demikian      D. hal ini

24.. …………… dia tidak pernah bersikap demikian.
A. Selama ini          B. Justeru itu              C. Biarpun            D. Di samping itu
   
25  HINGGA 26 : PILIH AYAT YANG SAMA MAKSUD DENGAN AYAT YANG BERGARIS

25.Diana menyelesaikan kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali dalam masa setengah jam sahaja.
A. Semua kerja yang diberikan oleh Cikgu Ali setengah jam yang lepas telah disiapkan oleh Diana.
B. Kerja setengah jam itu akan diselesaikan oleh Diana seperti yang diarahkan oleh Cikgu Ali.
C. Dalam masa setengah jam, kerja yang diberi oleh Cikgu Ali dapat disiapkan oleh Diana.
D. Kerja yang diberi oleh Cikgu Ali telah setengah jam yang lalu disiapkan oleh Diana.

26.Pemuda itu dilanggar motosikal semasa dia hendak melintasi jalan raya.
A. Jalan raya yang dilintasi oleh pemuda itu sering berlaku kemalangan yang membabitkan pejalan kaki dengan motosikal
B. Motosikal telah melanggar pemuda itu ketika penunggang itu hendak melintasi jalan raya
C. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia terlanggar motosikal.
D. Semasa pemuda itu hendak melintasi jalan raya, dia dilanggar motosikal.

27  HINGGA 36 PILIH AYAT JAWAPAN YANG BETUL BAGI SOALAN YANG DIBERI

27.   Pernahkah kamu bercuti di Pulau Tioman?
A   Ya, saya pernah bercuti di Pulau Tioman
B   Ya, inilah kali pertama saya bercuti di Pulau Tioman
C   Sudah semestinya, tetapi Pulau Tioman sangat indah
D   Kakak saya mengusahakan calet di Pulau Tioman

28.Apakah yang menjadi naungan kepada kelip-kelip di Kampung Kuantan?
A   Kelip-kelip memang banyakj terdapat di Kampung Kuantan
B   Kelip-kelip menjadi tarikan utama pelancong ke Kampung Kuantan
C   Terdapat calet untuk kemudahan pelancong melihat kelip-kelip
D   Pohon-pohon berembang di sepanjang sungai menjadi naungan kepada kelip-kelip di
      Kampung Kuantan

29.Benarkah kamu akan mengikuti ekspedisi berbasikal itu?
A   Saya memang gemar mengikuti ekspedisi berbasikal itu.
B   Ya, kalau tiada halangan saya akan mengikuti ekspedisi berbasikal itu.
C   Sudah dua kali saya mengikuti ekspedisi berbasikal itu.
D   Saya akan mengikuti ekspedisi berbasikal itu minggu depan.

30.Sudah berapa lamakah sepupu kamu menjalankan perusahaan membuat batik?
A   Sepupu saya mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan.
B   Saya turut membantu sepupu saya menjalankan perusahaan membuat batik.
C   Kalau saya tidak silap. Hampir lapan tahun sepupu saya menjalankan perusahaan membuat batik itu.
D   Ya, sepupu saya sepupu saya yang menjalankan perusahaan membuat batik itu.

31.Mengapakah kawasan perkelahan itu tidak dikunjungi orang ramai lagi?
A   Kawasan perkelahan itu terletak tidak jauh dari bandar.
B   Kawasan perkelahan itu diurus oleh jabatan perhutanan.
C   Kawasan perkelahan itu sangat terkenal di kalangan pencita alam.
D   Kawasan perkelahan itu sedang diubahsuaikan oleh pihak berkuasa.

32.Bilakah Ekspres Wau dari Tumpat akan tiba?
A   Ekspres Wau masih dalam perjalanan lagi.           C   Ekspres Wau itu belum bertolak lagi.
B   Ekspres Wau itu belum tiba lagi.                           D   Ekspres Wau itu akan tiba sebentar lagi.
    
33.Bilakah kejadian itu berlaku?
A   Kejadian itu berlaku semalam.                              C   Adik saya telah terkorban dalam
                                                                                                kemalangan itu.
B   Kejadian itu berlaku di simpang tiga itu.               D   Kejadian itu berpunca daripada kecuaian

34. Bagaimanakah keadaan datuk kamu?
A   Datuk saya tinggal di kampung.                             C   Datuk saya bernama Hashim.
B   Datuk saya masih bertenaga.                                  D   Datuk saya seorang guru silat.

35.   Yang bertudung biru itu siapa?
A   Guru saya memakai tudung biru.                           C   Cikgu Ani memakai tudung biru ke
                                                                                                 sekolah.
B   Gadis yang bertudung biru itu sangat cantik.         D   Itu kakak saya.

36. Di manakah kamu membeli pasu antik ini?
A   Pasu antik ini banyak terdapat di negara China.  C   Saya membeli pasu antik ini di negeri          
                                                                                                China.
B   Orang-orang Cina pandai membuat pasu antik.    D   Pasu antik ini ialah hadiah daripada
                                                                                                 kawan saya.


37 HINGGA 52 CARI PERIBAHASA YANG SESUAI

37 Penduduk Kampung Selesa selalu bekerjasama dalam melakukan sesuatu _______.
A bagai aur dengan lebung
B bagai pinang dibelah dua
C bagai kacang lupakan kulit
D seperti anjing dengan kucing

38.Permintaan pemilik rumah setinggan terhadap kerajaan itu _____
A seperti api dalam sekam
B seperti gajah masuk kampung
C bagai Belanda meminta tanah
D bagai menatang minyak yang penuh

39. Lee dikatakan _____ kerana tidak tahu menghargai hadiah yang diberi oleh kawannya.
A bagai itik pulang petang
B bagai kera dapat bunga
C bagai bertepuk sebelah tangan
D bagai menatang minyak yang penuh

40 Sikap Carrie yang menganiaya Connie yang telah membantunya diibaratkan sebagai _____
A bagai kumbang putus tali
B seperti cincin dengan permata
C bagai kelip-kelip terbang malam
D bagai melepaskan anjing tersepit



41 Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.
A seperti rusa masuk kampung
B seperti belut pulang ke lumpur
C seperti pungguk rindukan bulan
D seperti kaca terhempas ke batu

42 Air mukanya _______ kerana dijankiti penyakit H1N1.
A seperti isi dengan kuku
B seperti ayam berak kapur
C begai tikus membaiki labu
D bagai dakwat dengan kertas

43 Nasihat ibu kepada Ramesh _____ kerana Ramesh langsung tidka mempedulikan nasihatnya.
A seperti sampah hanyut
B seperti gergaji dua mata
C seperti ayam patuk anaknya
D bagai mencurah air di dalam keladi.

44 Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka _______
A seperti ular kena palu
B seperti bumi dengan langit
C seperti anjing dengan kucing
D bagai menatang minyak yang penuh

45 Mulut Joo Min ____ apabila tiada guru di dalam kelas.
A bagai dihiris sembilu
B bagai murai tercabut ekor
C bagai menarik rambut di dalam tepung
D bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

46 Jia Ling _____ kerana kurang membaca.
A bagai abu di atas tunggal
B bagai pinang dibelah dua
C bagai bertepuk sebelah tangan
D seperti katak di bawah tempurung

47 Pendatang asing yang baru datang bekerja di Kuala Lumpur itu _______
A bagai itik pulang petang
B seperti rusa masuk kampung
C bagai bulan dipagari bintang
D air dicencang tidak  akan putus

48 Mak cik itu _____ apabila mendapati dompetnya hilang.
A bagai ayam berak dapur
B bagai ayam disambar helang
C bagai kucing kehilangan anak
D bagai mencurah air ke dalam keladi

49 Pengurus syarikat itu tidak berpuas hati dengan cara Chee Meng bekerja _____
A bagai bulan jatuh ke riba
B bagai dakwat dengan kertas
C bagai bulan penuh purnama
D bagai melepaskan batok di tangga

50 Shamsul dan isterinya Mastura sangat secocok _________.
A seperti kerbau dicucuk hidung
B seperti rusa masuk kampung
C bagai pinang dibelah dua
D seperti api dalam sekam

51 Menolong Rudi ______ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.
A bagai aur dengan tebing
B bagai bunyi periau pecah
C bagai ayam dimakan tungau
D bagai mendukung biawak hidup

52 Pui Man dikatakan ______ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
A bagai pahat dengan penukul
B bagai ayam disambar helang
C bagai menatang minyak yang penuh
D bagai menarik rambut di dalam tepung




53 HINGGA 56 BERDASARKAN PETIKAN BERIKUT

Jika James Brooke mendapat jolokan Raja Putih Sarawak, di semenanjung juga terdapat seorang lagi pegawai inggeris yang mendapat jolokan yang sama, iaitu Kapten Hubert Berkeley.Beliau adalah seorang penjawat awam, atau lebih tepat lagi seorang Pegawai Daerah bagi  Hulu Perak.

Hubert Berkeley memulakan kerjaya di Malaya sebagai seorang inspektor Polis di Dinding, Perak pada tahun 1886. Pada tahun 1889, beliau memasuki perkhidmatan awam negeri Perak dan ditugaskan di Daerah Hulu Perak mulai tahun 1891. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Daerah di Klang, Selangor pada tahun 1902, sebelum bertukar ke kawasan Hulu Perak dalam tahun yang sama. Sebelum itu beliau merupakan anggota tentera berpangkat Kapten dalam regiment Worcestershire ketika perang dunia pertama.

Hubert Berkeley mempunyai gaya hidup yang unik, lain dari kebiasaan pegawai berbangsa Eropah yang berkhidmat di Malaya, beliau memandang sepi arus permodenan, sebaliknya selesa dengan suasana kehidupan tradisional yang menjadi amalan penduduk tempatan di Hulu Perak pada ketika itu. Menurut Robert Heussler ( 1981:124), Hubert Berkeley benci pada jalan raya beturap, mesin, peguam, Pemberi pinjaman wang (moneylenders) dan surat Khabar. Hubert Berkeley sangat menggalakkan aktiviti pertanian, terutamanya penanaman padi, sayur-sayuran dan buah-buahan, walhal dalam daerah lain di negeri Perak, perusahaan getah dan bijih timah merupakan industri yang mendapat keutamaan. Kapten Hubert Berkeley turut mencipta motto sendiri bagi daerah Hulu Perak, iaitu 'Koh Dhulu', ianya merupakan perkataan yang digunakan oleh penduduk tempatan ketika mengendalikan gajah.

Soalan Pemahaman
53.Siapakah yang mendapat jolokan yang sama seperti James Brooke?
54.Sebelum bertukar ke kawasan Hulu Perak di manakah Hubert Berkeley bertugas?
55.Mengapakah Hubert Berkeley dikatakan mempunyai gaya hidup yang unik?
56.Apakah motto yang diperkenalkan oleh Hubert Berkeley di daerah Hulu Perak?

57 HINGGA 60 BERDASARKAN PETIKAN BERIKUT

Edinburgh adalah sebuah kota klasik di Scotland yang kaya dengan pemeliharaan warisan sejarah, malah tapak-tapak warisan yang ada di Edinburg telah diangkat menjadi ikon yang menarik para pelancong untuk melancong ke Edinburgh. Saya berkesempatan melawat kota ini sekitar akhir September 2010, pada ketika itu cuaca di Edinburgh tidak berapa mesra dengan pelacong, musim hujan pada ketika itu sedikit sebanyak mengehadkan pergerakan para pelancong, termasuk saya sekeluarga. Tarikan utama di Edinburgh sudah pastinya sebuah kota lama yang dikenali sebagai 'Edinburgh Castle' yang didalamnya turut menempatkan muzium perang. Dek kerana kedudukannya di atas bukit, para pengunjung boleh menikmati pemandangan panorama indah sekitar Edinburgh dari puncak kota ini.
Seusai melawat Edinburgh Castle, kami singgah di Childhood Museum, sebuah muzium yang memamerkan lebih dari 200,000 koleksi permainan kanak-kanak dari abad ke-19 lagi. Muzium ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia, namun kini Malaysia juga sudah ada muzium sebegini di Pulau Pinang. Para pengunjung tidak dikenakan sebarang bayaran masuk, tetapi disediakan juga kotak derma untuk  pengunjung yang budiman.
Soalan Pemahaman
57. Apakah pengalaman yang dialami oleh penulis pada September 2010?
58. Apakah yang menjadi tarikan utama di Edinburgh?
59.Apakah keistimewaan 'Edinburgh Castle' mengikut petikan?
60.Pada pandangan kamu mengapakah disediakan kotak derma untuk  pengunjung?

No comments:

Post a Comment