KARANGAN TAMBAHAN 2 SIRI 10 oleh Dr. R. Dhanapal
Masyarakat sekarang lebih mementingkan
hiburan murahan.Oleh itu langkah-langkah yang wajar harus diambil oleh pihak tertentu
untuk menanganinya . Huraikan penyataan ini.
Intro
-semakin banyak saluran televisyen dan radio pada
masa ini- sepatutnya masyarakat mendapat bahan yang lebih baik-mereka ada
banyak pilihan- tetapi pemikiran kita
teranjak kepada budaya berhibur dengan bahan televisyen atau radio-mudah dan
murah dperoleh-keadaan bertambah tenat setelah wujudnya gajet elektronik
Isi-isi
-bahan kandungan televisyen dan radio semakin hilang arah-melanggar
batas agama, susila mahupun budaya-apresiasi masyarakat kita kepada hiburan berkualiti
rendah malah bersifat murahan- gagal mengangkat maruah- hanya meruntuhkan akhlak yang ada-hal ini kerana
masyarakat tidak terdidik dengan hiburan berbudaya tinggi
-hiburan adalah isi
kandungan televisyen yang bernilai
berbilion-bilion ringgit –isi kandungan seharusnya melahirkan manusia yang
berkualiti –membantu masyarakat mendepani era yang lebih mencabar-ironisnya
ialah rancangan atau hiburan lebih mengkhayalkan audiens dengan candu hedonisme-cara
hidup mewah-fesyen terkini- candu hiburan merosakkan tidak kira generasi muda,
dewasa atau warga emas
-masyarakat seharusnya disedarkan supaya tidak terus menjadi mangsa kepada percambahan
saluran televisyen dan radio di negara ini- jika mereka ingin berhibur pilihlah
hiburan yang memberikan rangsangan untuk berfikiran aras tinggi- pilihlah hiburan
yang memberikan manfaat kepada rohani dan intelek-jangan jadikan hiburan
sebagai ruang eskapisme kepada realiti sosial
-Kementerian Komunikasi dan Multimedia menggantungkan lesen
penyiar yang ingkar-tindakan lebih tegas sama ada stesen swasta ataupun stesen
kerajaan-Lembaga Penapisan dan Perbadanan Perfileman Negara perlu mengedit,
menyaring dan menapis adegan-adegan yang meruntuhkan akhlak-tetapi ini mesti
dilakukan dengan teliti tanpa menjejaskan jalan cerita-pegawai-pegawai
penguatkuasa perlu ditambah- perlu membuat peninjauan setiap masa terhadap
stesen-stesen ini-mencegah lebih baik daripada mengubati
-pihak pemilik stesen hendaklah mengaudit stesen dari semasa ke semasa-termasuklah menilai kualiti
hiburan-menjaga tutur kata dan perlakuan juruhebah supaya tidak terlanjur-
sediakan latihan dan kursus yang berkaitan kepada juruhebah- kursus penggunaan
bahasa-penampilan dan gaya penyampaian-juruhebah yang ingkar hendaklah
ditamatkan khidmat mereka-mengkaji latarbelakang petugas stesen sebelum
ditawarkan bekerja di stesen
penutup
pihak penyiar sengaja menyiarkan rancangan atau
hiburan yang kurang berkualiti atau murahan untuk mencatatkan rating yang tinggi- masyarakat
hendaklah sedar- mustahil bagi pihak wewenang untuk menapis semua jenis rancangan
atau hiburan dalam media elektronik- masyarakat perlu menyemai nilai moral yang
tinggi untuk memilih hiburan yang berkualiti sahaja- stesen-stesen radio dan
televisyen perlu mempunyai rasa akauntabiliti terhadap masyarakat
No comments:
Post a Comment