LARAS BAHASA PERUNDANGAN BAHASA
MELAYU STPM
BERIKUT ADALAH TRANSKRIPSI 𝐓𝐄𝐑𝐉𝐄𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐖𝐀𝐍𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐃𝐒 𝐍𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒 𝐒𝐑𝐂 𝐒𝐄𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐋𝐄𝐒𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍GG𝐔𝐋𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟓 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟎.
WARTAWAN TANYA SHAFIE ABDULLAH (SA)
JAWAB.
KES SRC YANG MELIBATKAN DATO SERI
NAJIB (DSN).
TEAM SA TELAH MENIMBULKAN KERAGUAN
MUNASABAH (RESONABLE DOUBT). KEPUTUSAN TERPULANG KEPADA HAKIM
Tarikh keputusan yang diberi hakim pada 28 Julai nanti.
Mengikut Shafie Abdullah (SA)mereka diberitahu adalah merupakan hari ke 100
proseding DSN dalam kes SRC. Jadi adalah adil bagi hakim untuk meminta sedikit
masa bagi beliau menyiapkan keputusan dan beliau telah memberi tarikh hampir 2
bulan dari sekarang.
Beliau berkata mereka sentiasa yakin bahawa kes ini
mempunyai pembelaan yang baik bagi kesemua 7 pertuduhan yang dikenakan. Sebab
utamanya seperti yang kita nampak adalah kes ini mempunyai kekeliruan dan
keadaan tidak menentu (topsy-turvy) yang agar besar di dalam syarikat SRC dan
juga pihak bank. Tidak ada sesiapa yang tahu, siapa yang telah mengarahkan
aliran wang tersebut melalui bank dan juga kepada 2 syarikat lain terlibat.
Sehingga kini, SA
pasti tidak ada antara kita yang telah mengikuti keseluruhan perbicaraan
ini boleh memberitahu kepada SA siapakah yang sebenarnya
bertanggungjawab...kerana team SA telah membuktikan tandatangan Datuk Suboh dan
juga Nik Faisal telah dipalsukan dalam pelbagai cara.
Jadi siapa di dalam SRC yang telah lakukan ini? Kita perlu
ada orang yang telah menyebabkan pergerakan wang ini. Kerana itulah perbuatan.
Niat melakukan kesalahan adalah perkara lain. Sehingga hari ini, pihak
pendakwaan tidak tahu siapa orang ini, dan team SA juga tidak tahu siapa. ( so
keraguan ada di sini)
Jadi team SA sentiasa rasakan bahawa kes ini bagus
kerana bagi Seksyen 23, yang merupakan
pertuduhan korupsi, perkaitan antara perbuatan dan apa yang dikatakan kononnya habuan telah terputus mutlak. Kata
SA, Sesyen 409 juga hampir tiada kes. Jadi apabila kesalahan predikat ini telah
gugur, maka secara automatik pertuduhan AMLA telah juga gugur. Jadi team SA
sentiasa yakin dalam kes ini, namun kita lihatlah sama-sama apa keputusannya
nanti.
Team SA lakukan banyak penyiasatan kerana team SA tidak
mempunyai kelebihan mempunyai akses kepada dokumen-dokumen seperti yang
dimiliki oleh pihak pendakwaan. Dan tidak seperti amalan negara lain yang mana
pasukan pembelaan akan mempunyai akses kepada dokumen berbulan-bulan sebelum
kes dan sifat keterbukaan mutlak, negara ini pula (bukan saja dalam kes ini
tetapi dalam semua kes lain)....pihak pendakwaan sentiasa tidak pernah
memberikan maklumat dan akses kepada dokumen awal-awal kepada team SA dan jika
diberikan pun ia tidak diberikan sepenuhnya.
Sebagai contoh, kenyataan-kenyataan saksi tidak pernah diberikan kepada
team SA sedangkan di negara-negara lain seperti England, US, Australia...mereka
berikan kenyataan saksi kepada pihak pembelaan.
Transaksi ini tidak mungkin terjadi seandainya tidak ada
penyangak-penyangak di kalangan ahli bank. Inilah keterangan berdasarkan
keadaan (circumstanstial evidence- inferens/rumusan yang diperolehi mengikut
keadaan). Keseluruhan kes ini adalah
berdasarkan keterangan mengikut keadaan. Tidak ada saksi yang nampak DSN bertemu
dengan SRC dan tidak ada juga orang-orang SRC yang tampil memberitahu mahkamah
bahawa DSN yang telah mengeluarkan arahan supaya wang SRC ditransfer kepada
beliau dan untuk menyelindungkan (camouflage) perkara ini dengan transfer
melalui 2 syarikat lain terlebih dahulu. Tidak ada seorang pun saksi yang
berkata sedemikian. Jadi team SA akan beranggapan transfer wang ini sebagai sah
sekurang-kurangnya, kerana antara kita dengan ahli bank kita, terdapat satu
kontrak iaitu pemilik akaun yang mempunyai mandat, oleh itu hanya dengan
tandatangan pemilik akaun, kita boleh luluskan sesuatu transaksi.
Tapi apa yang berlaku dalam kes ini, semua kertas kerja yang
SRC siapkan berkenaan mandat ini tidak membawa kepada sesiapa! Kerana dalam
transaksi-transaksi ini, team SA telah tunjukkan bahawa kesemuanya adalah
transaksi tidak sah, namun pihak bank telah membenarkannya dan SRC telah
menurutinya. Bolehkah kita bayangkan, tidak ada saksi yang memberitahu kepada
mahkamah bahawa DSN telah meluluskan kesemua transaksi ini atau mengarahkan
transaksi ini? Tidak ada seorangpun saksi pendakwaraya boleh katakan begini.
Kerana itulah, fakta tentang transaksi haram ini adalah
sangat penting kerana apabila adanya transaksi haram, kita tidak boleh memakai
neraca kebiasaan. Dalam amalan perundangan, ketika kita mengendalikan
keterangan saksi atau bahan bukti, kita boleh membuat rumusan berdasarkan
inferens. Tetapi kita hanya boleh membuat inferens sekiranya situasinya adalah
normal. Sebagai contoh, sekiranya saya pergi ke satu tandas dan saya tertinggal
sebentuk cincin saya di tandas itu, hanya satu tandas saja yang ada. Kemudian
Mr A telah masuk menggunakan tandas tersebut. Saya tersedar saya tertinggal
cincin tersebut. Saya masuk semula ke tandas itu selepas Mr A dan mendapati
cincin saya telah hilang. Jadi saya akan yakin untuk mengatakan bahawa Mr A
yang telah ambil cincin saya. Itu adalah rumusan mengikut keadaan
(circumstantial) tetapi ia adalah inferens yang logik.
Kenapa? Kerana ia adalah keadaan normal kerana begitulah
sikap manusia. Tetapi apabila kita mengendalikan situasi tidak normal yang
mempunyai ketidak seragaman dan urusan tidak sah, tidak ada hukum yang
menentukan sifatnya. Jadi kita tidak tahu bagaimana ketidak seragaman dan
urusan haram ini telah muncul. Jadi kita tidak boleh membuat inferens normal
yang undang-undang benarkan. Jadi mereka (pendakwaan) perlu buktikan di
mahkamah bahawa beginilah secara pastinya pergerakan wang ini telah diarahkan
oleh sipolan dan sipolan.
Sehingga kini perkara ini tidak ada. Ini belum lagi pun kita
masuk bab perbuatan berdasarkan niat jujur atau niat tidak jujur! Kita tak masuk pun bab itu lagi. Jika kita
masuk ke bab perlu buktikan ada niat tidak jujur, itu lagi bermasalah bagi
pihak pendakwaan.
Tadi di mahkamah SA katakan bahawa DSN adalah mangsa scam
Jho Lo dan rakan-rakannya. Bolehkah SA terangkan apa manfaat yang Jho Lo dapat
dengan memangsakan Najib? Soalan yang bagus. Kita perlu ingat semua ini bermula
apabila Jho Lo dan melibatkan beberapa orang lain yang sah seperti duta-duta.
Perancangan asalnya adalah untuk bertemu King Abdullah (Raja
Arab Saudi) untuk memohon derma. Jho Lo telah nampak peluang ini bahawa akan
ada banyak derma yang akan dihantar oleh King Abdullah. Dan dia telah berjaya
menyelusup masuk di kalangan mereka yang dipercayai oleh pihak Saudi dan Abu
Dhabi. Dia telah nampak peluang ini.
Jika kita mengikuti perbicaraan kes 1MDB (perbicaraan kes
1MDB dan perbicaraan kes ini adalah saling berkaitan) apa manfaat yang akan
diraih Jho Lo? Urusan pertama transaksi TIA (sebelum menjadi 1MDB), Jho Lo
telah meraih 540 juta hanya dengan 1 bon!
DSN terkejut mengetahui perkara ini kerana beliau hanya tahu
perkara ini di mahkamah. Jadi apa Jho Lo lakukan adalah, dia pam sejumlah wang
yang kita tidak tahu sama ada ianya dari Jho Lo atau orang lain, sejumlah wang
masuk ke dalam akaun DSN...untuk kekal memberi ekspresi bahawa ia adalah wang
derma.
Di samping dia lakukan itu, dia juga sedang mengaut
keuntungan besar kerana di dalam 1MDB anda mempunyai peluang untuk menjana
keuntungan yang sangat-sangat besar. Kerana itulah pada akhirnya, Jho Lo
berjaya bikin sebanyak 7 billion. Jadi jika kita tanya apa manfaat yang Jho Lo
dapat dengan mengenakan Najib, jawapan saya adalah 7 billion atau mungkin lebih
lagi.
Ramai yang akan berperangai seperti ini. Analoginya seperti
bermain layang-layang. Anda tarik tali dan kemudian anda lepaskan, dan kemudian
tarik lagi dan lepaskan supaya layang-layang tetap terbang. Inilah juga teknik
memancing. Kita pancing orang dengan meletakkan umpan yang bersesuaian. Jadi
dia telah memperdayakan bekas Perdana Menteri dengan cara ini. Dan bekas PM ini
sehingga kes ini terbongkar tidak tahu tentang perbuatan Jho Lo ini.
Sebab itu SA katakan bahawa terdapat banyak perkara yang tak
betul dalam kes ini. Sebagai contoh, mengapa RM 42 juta dalam kes ini? Berapa
dana yang kita beri? RM 4 billion! Tuduhannya adalah, kita berikan dana 4
billion kepada mereka di SRC, mereka beri saya habuan RM 42 juta. Masuk akal
tak?
Boleh sesiapa beritahu SA bagaimana pengiraan 42 juta ini?
Kenapa 42 juta? Adakah ia nombor Feng Shui yang bagus? Ia tak sampai kosong
perpuluhan berapa peratus. Orang biasa pun dapat komisyen 4%. Katalah SA buat transaksi korup dengan
seseorang. Katakan SA adalah seorang pegawai kastam. SA katakan kepada orang
itu, saya tolong kamu, dengan syarat kamu beri kepada saya RM 5 ribu. Bolehkah
orang itu kata kepada SA, “baik kamu
tolong saya, tapi saya bayar kamu dalam tempoh 3 tahun lagi dari sekarang?”
Masuk akal ke?
Sedangkan DSN adalah seorang Perdana Menteri yang berkuasa mutlak (menurut pihak pendakwaan),
saya begitu berkuasa dan SRC di bawah jagaan saya...mengapa saya tak boleh
katakan, “baik...sebelum saya pindahkan wang ini pada tarikh transaksi (ada 2 kali
transaksi) kenapa saya tak boleh dapat 42 juta itu terus atau mungkin lebih
banyak? Saya beri kamu pinjaman 4 billion tau”.
Jika DSN korup, DSN sepatutnya dapat terus habuannya. Dan
jika kita kata DSN control SRC, sudah pasti DSN boleh beritahu SRC beri DSN
habuan DSN dalam tempoh seminggu. Kenapa pulak kena tunggu sampai 3 setengah
tahun? Tak logik langsung.
SA sebut tadi bahawa kes SRC dan 1MDB ini saling berkaitan.
Jadi apakah keputusan satu kes akan mempengaruhi kes-kes lain yang sedang
berjalan? SA mengatakan tidak kerana pertuduhannya adalah berbeza. Tetapi
naratif nya adalah berkaitan. Seperti kisah wang derma dan sebagainya adalah
berkaitan.
Bagaimana pula dengan pertuduhan lain (AMLA) di mahkamah
Hakim Zaini.
SA mengatakan inilah kesilapan besar yang dilakukan oleh
Tommy Thomas. Ini bukan satu-satunya kesilapan besar yang dia buat, dia buat
banyak lagi, tapi ini satu antara yang banyak. Dia lupa bahawa ada 3 pertuduhan
ini yang dia telah tertinggal. Analoginya adalah macam kita sedang asyik shopping
dengan anak-anak kita dan tiba-tiba kita sedar yang 3 orang anak-anak kita
telah hilang! Itulah yang terjadi. Jadi sekiranya SA dapat keputusan yang tidak
memihak kepada SA dalam mahkamah ini, apakah ia tidak mempengaruhi kes di
mahkamah Hakim Zaini? (Merujuk kepada 3 pertuduhan kes AMLA SRC)
SA mengatakan ini tidak akan beri kesan. Kerana pendakwa
perlu mengulang semula perbicaraan sekali lagi di Mahkamah. Menurut pendakwa
kata, pendakwa boleh bawa penemuan kes ini ke kes itu juga. SA jawab tidak. Apa
yang pendakwa ‘mungkin’ boleh lakukan CONTOHNYA adalah mungkin dengan berkata
di mahkamah ini (Hakim Nazlan) kami telah terbukti kesalahan predikat. Tetapi
mereka perlu buktikan pula di mahkamah Datuk Zaini bahawa DSN ada pengetahuan
berkenaan urusniaga haram tersebut. Hanya ada satu dua elemen saja yang boleh
mereka tunjukan.
Pendakwa kata mereka menjangkakan kes ini akan berlanjutan
sehingga ke Mahkamah Persekutuan pada bulan Julai 2021. 8 bulan sehingga 1
tahun dari sekarang. Apa pandangan SA? SA menjawab SAberharap ia secepat itu.
SA berharap ia secepat itu kerana team SA sukakannya. Kerana team SA yakin dan
percaya bahawa keputusan akhir yang muktamad nanti akan berpihak kepada team
SA.
SA boleh katakan itu kepada kita kerana team SA begitu konfiden tentang ini.
Kita boleh tengok dari hujah-hujah team
SA. Ia bukan naratif kosong. Ia bukan hujah kosong. SA memberitahu kenapa kes
ini mempunyai begitu banyak masalah? Pihak pendakwaan mempunyai begitu banyak
masalah untuk mereka seberang (cross) dan mereka belum menyeberang (cross) pun.
No comments:
Post a Comment