Wednesday, June 24, 2020

PENGAJIAN AM SEM 1 ESEI-KB, JENAYAH DAN KESANNYA


PENGAJIAN AM SEM 1 ESEI

KB, JENAYAH DAN KESANNYA

Walaupun kemajuan sains dan teknologi telah mencipta kecerdasan buatan untuk menangani masalah jenayah, namun sukar bagi kita untuk mengesan punca-punca berlakunya jenayah di negara ini.Bincangkan penyataan ini.

Kehendak soalan (1+ 4)
Idea pertama calon hendaklah bersetuju tentang KB atau AI dan 4 lagi idea tentang punca jenayah


PENDAHULUAN

Kemajuan digital telah mencipta satu elemen baharu iaitu kecerdasan buatan. Elemen ini boleh digunakan dalam menangani banyak kes jenayah yang berlaku. Walaupun begitu, kesan yang dibawa oleh jenayah masih tidak dapat dikawal sepenuhnya.   

IDEA KB/AI WAJIB

1. menggunakan kuasa teknologi kecerdasan buatan (AI)

-alat memerangi jenayah boleh digunakan individu, masyarakat dan perniagaan
-mencegah dan mengesan sebarang aktiviti jenayah
-jenayah dapat diramal
-mengguna pakai data jenayah
-memantau setiap perubahan tingkah laku seseorang
-mengawasi tindakan mencurigakan
-lokasi jenayah dapat dikesan awal menggunakan teknologi ini
- membolehkan komputer mengenal pasti kes penipuan wang dalam talian
-memudahkan kerja polis untuk memutuskan kawasan mana yang memerlukan mereka melakukan rondaan lebih kerap.

4 IDEA PUNCA JENAYAH

2.peningkatan kadar pengangguran 

- menyebabkan ramai orang terdesak mencari wang dengan segera
-melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang
-cenderung melakukan jenayah selepas diberhentikan kerja
-khususnya sewaktu kemelesetan ekonomi
-perlu melakukan sesuatu untuk memenuhi keperluan ekonomi
-obligasi keluarga memenuhi tuntutan hidup keluarga


3. peluang pekerjaan semakin kurang

-banyak syarikat khususnya swasta memberhentikan pekerja
-majikan tidak mampu menanggung kos operasi
-ada majikan yang gulung tikar
-pelaburan tidak berani menghadapi cabaran ekonomi
-bimbang keadaan ekonomi negara semakin meruncing pada masa hadapan

4.tekanan masyarakat bertambah

-kesan emosi mereka yang diberhentikan kerja
-masyarakat tidak dapat menampung keperluan harian
-tidak dapat bayar sewa rumah, biaya sekolah anak dan membeli keperluan dapur
-bertambah teruk jika anak ramai
-ketua keluarga tidak bertanggung jawab-kaki mabuk dan menuntut perceraian dsb
-mengambil keputusan terdesak seperti bunuh diri

5. penyalahgunaan siber

-ancaman keselamatan siber yang baharu semakin berbahaya
-orang yang mahir komputer melakukan serangan siber
-mencuri identiti seseorang seperti data akaun bank
-penipu menawarkan khidmat beli-belah yang palsu
-mengeluarkan wang menggunakan kad bank pelanggan
-mengiklankan pelbagai bentuk produk untuk menipu pengguna
- penjenayah Nigeria yang menuntut faedah pengangguran daripada Federal Cares Act, USA menggunakan identiti seorang rakyat Amerika

PENUTUP

Kerajaan mahupun swasta dan badan korporat kehilangan berjuta-juta ringgit akibat perbuatan jenayah- kerajaan perlu menggubal dasar-dasar ekonomi yang lebih ampuh dan mantap agar masalah kemelesetan ini dapat diatasi- rakyat perlu dibantu mendapatkan pekerjaan yang tetap- masalah sosioekonomi rakyat sentiasa diambil peduli oleh kerajaan



No comments:

Post a Comment