GANNESH -KARANGAN CONTOH
LATIHAN SIRI 10 -TINGKATAN 4
Rakyat merupakan penduduk sesuatu wilayah atau negara yang setia kepada
pemerintahnya. Pada zaman dahulu, raja merupakan pemerintah di negara kita.
Raja pada zaman dahulu mempunyai banyak kuasa dalam pelbagai bidang. Hal ini
menyebabkan rakyat haruslah sentiasa setia kepada baginda. Rakyat yang
menderhaka raja mereka akan ditimpa tulah. Selepas negara kita dijajah oleh
British, sistem raja berperlembagaan diperkenalkan . Dalam sistem ini, keadilan
bagi rakyat ditegakkan . Selepas itu, rakyat berhak menikmati kehidupan yang
lebih baik. Apabila hak asasi rakyat ditegakkan, tidak seseorang [H1] pun
terlepas [H2] daripada
arus pembangunan negara. Pada era pasca kemerdekaan ini, rakyat mesti hidup
dengan dibekalkan segala kemudahan dan prasarana yang berkualiti. Bagi
memastikan hal ini berlaku, pihak kerajaan merupakan pihak utama yang memainkan
peranan dominan dalam memastikan rakyat mereka mendapat hak mereka .
Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan
supaya rakyat Malaysia berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan
negara-negara lain?
Antara prakarsa yang afdal yang boleh dilaksanakan oleh pihak kerajaan
ialah pihak kerajaan hendaklah membangunkan kawasan kediaman yang berdaya maju
dan menarik bagi rakyat mereka. Setiap rakyat berhak mendapat kediaman yang
selamat dan selesa. Pihak kerajaan boleh membangunkan kawasan kediaman mengikut
reka bentuk abad ke-21 . Hal ini dikatakan demikian kerana pembinaan kawasan
kediaman mengikut reka bentuk abad ke-21 ini selamat dan menarik. Ciri-ciri
kawasan kediaman sebegini boleh menjadikannya tempat menarik untuk
didiami,bekerja dan beriadah. Kawasan
kediaman juga boleh dibangunkan berdekatan dengan fasiliti-fasiliti awam
seperti MRT dan bas awam. Dengan ini, para penduduk [H3] tidak
perlu menggunakan kenderaan sendiri dan [H4] boleh
menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat bekerja, sekolah, pasar raya dan
sebagainya. Pihak kerajaan juga boleh mengupah beberapa orang polis untuk
menjaga kawasan kediaman . Kesannya,
kawasan yang bebas daripada pencemaran dan jenayah boleh [H5] dibangunkan.
Dengan kawasan kediaman yang menarik, selesa dan selamat , rakyat patut berasa
puas dan bahagia tinggal di kawasan itu. Oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya
bekerja bagai lebah menghimpun madu untuk membina kawasan kediaman yang
sempurna bagi rakyat jelata.
Jika disingkap dari perspektif yang berbeza, pihak kerajaan juga boleh
mentransformasikan penjagaan kesihatan untuk mempertingkat kualiti hidup
rakyat. Sebagai penduduk yang cinta akan negara, kita sentiasa mahukan [H6] rakyat
yang bebas penyakit dan sistem penjagaan kesihatan yang paling canggih. Bagi
memajukan sistem penjagaan kesihatan, pihak kerajaan boleh menyediakan
peralatan perubatan yang canggih bagi [H7] setiap
hospital kerajaan. Hal ini akan menyebabkan taraf hospital kerajaan juga dapat
ditingkatkan dan menjadi sama taraf dengan hospital swasta. Pada masa yang sama
juga, peralatan perubatan yang canggih boleh membatu para doktor untuk melakukan [H8] rawatan
yang lebih berkesan. Sebagai contoh, peralatan perubatan yang canggih dapat
membantu para doktor untuk melakukan diagnosis dengan lebih cepat dan lebih
berkesan.Pihak kerajaan juga boleh memperkenalkan rawatan kesihatan percuma
bagi golongan miskin dan warga emas. Dengan ini, jangka hayat rakyat dapat
ditingkatkan. Hal ini demikian kerana sistem penjagaan kesihatan yang canggih
dapat meningkatkan kesuburan wanita dan sentiasa menjaga kesihatan warga tua
dan anak-anak. Izharnya, pihak kerajaan sewajarnya mentransformasikan penjagaan
kesihatan untuk mempertingkat kualiti hidup rakyat.
Seterusnya, kerajaan haruslah menyediakan utiliti dan perkhidmatan awam
yang lebih cekap untuk memastikan rakyat mereka [H13] dapat menikmati kualiti
hidup yang baik. Pihak kerajaan haruslah lebih mengutamakan kecekapan
perkhidmatan awam. Perkhidmatan awam yang canggih dapat memudahkan rakyat
melakukan urusan harian mereka. Antara perkhidmatan awam yang perlu dicekapkan [H14] ialah perkhidmatan
bekalan air bersih, bekalan elektrik, pengurusan sisa pepejal dan sebagainya.
Pihak kerajaan mesti menyediakan bekalan air yang bersih bagi penduduk bandar
dan luar bandar .Bekalan air bersih boleh disalurkan ke kawasan-kawasan ini
melalui sistem pembentungan
[H15] yang canggih dan
sistematik. Bagi bekalan elektrik pula, pihak kerajaan sewajarnya menggunakan
jalur lebar yang berkualiti, terutamnya yang diperbuat daripada kuprum bagi
memastikan tenaga elektrik disalurkan ke rumah-rumah secara efisien. Kerajaan
juga perlu meningkatkan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam dengan
mengupah lebih banyak pekerja untuk membersih [H16] kawasan persekitaran.
Dengan ini, rakyat dapat hidup dengan selesa dan harmoni.
Kesimpulannya, sudah terang lagi
bersuluh bahawa langkah-langkah yang disarankan dapat menjamin kemampanan
kualiti. Sebagai
sebuah kerajaan yang adil, mereka [H17] hendaklah komited untuk
memastikan kualiti hidup rakyat terjamin. Pihak kerajaan tidak harus memberi
kualiti hidup yang baik bagi masyarakat yang berpendidikan dan tinggal di bandar[H18] . Sama ada penduduk
yang tinggal di kawasan bandar ataupun di kawasan luar bandar, perkhidmatan
sewajarnya diberi secara sama rata selaras dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi
sebuah negara maju. Dengan ini, negara Malaysia boleh menjadi sebuah negara
yang aman dan akan menjadi contoh untuk [H19] negara-negara lain.
No comments:
Post a Comment