LATIHAN MASA CUTI PKP BM TINGKATAN
1/2/3 SIRI 11
Cari kesalahan dalam ayat-ayat
berikut sama ada dari segi imbuhan, ejaan, istilah ataupun kesalahan bahasa
yang lain
1.Mendasari laporan berita hari ini terdapat pelbagai
isu-isu yang timbul
2.Penggunaan Bahasa Inggeris
secara meleluasa di IPT sentiasa dianggap sebagai bertanding kepada
Bahasa Melayu.
3.Pemutusan atau pencapaian tentang sesuatu polimik itu
dipersetujui oleh setiap-tiap lapisan masyarakat.
4. Isi-isi dalam karangan pelajar itu telah disusuni dengan
beratur dan berkaitan antara satu sama lain.
5. Kelebihan penulis itu ialah wadah dapat disampaikan
kepada penulis dengan terkesan.
6. Cara penampilan
oleh pelajar hendaklah sistimatik dan terkemas supaya mudah difahami
oleh pembaca
7. Masyarakat di Malaysia merupakan masyarakat yang kaya
dengan kesucian dan budi perkerti yang baik serta nilai-nilai murni yang
meninggi.
8. Terdapat segerombolan masyarakat yang merasakan bahawa
amalan budi bahasa yang baik hanya perlu diamalkan terhadap ahli keluarga dan
saudara jauh sahaja.
9. Bahasa komunikasi jenis non-verbal melibatkan tangan
isyarat , pandangan, impresi muka serta gerakan badan.
10. Sebagai negara berbilangan bangsa, Malaysia mampu
mengekalkan keharmonisan dan keamanan dalam masyarakat
11. Setiap kaum di Malaysia perlulah mempelajari serta
bertolak-ansur dengan lain kaum.
12. Penumpang motosikal ditahan kerana mengeluarkan
kata-kata haru dan menumbuk petugas polis ketika diminta mengemukakan permit
perjalanan rentas negeri.
13. Ketika serbuan, semua aspek bertempiaran lari dan
meninggalkan sabung ayam mereka di premis
14. Teguran awal mendapati orang ramai berkumpul dan
dipercayai sedang teliti menjalani permainan judi.
15. Pada setiap hari saya terbayang-bayang muka Umar
seolah-olah memandang saya apabila kami membersih kawasan halaman rumah pada
Hari Raya keempat.
16. Jasad tiga beradik itu ditemui di dasar sungai sehari
selepas kejadian mati lemas itu dilaporkan berlaku.
17. Empat anggota tentera Australia terbunuh, selepas
helikopter mereka naiki terjatuh.
18. Seorang penghuni rumah sewa di Kuching terharu dengan
sikap penyewa yang meninggalkan rumahnya dalam kejadian rosak dan kotor.
19. Sejak kebelakangan ini, kemalangan jalan raya melibatkan
pemandu mabuk semakin bertambah hingga membabitkan kematian.
20. Seorang remaja merayakan ulang tahun kelahiran dengan
cara berbeza apabila melakukan kerja amal mengutip sampah di tepi jalan sekitar
Bangi dan beberapa lokasi lain.
21. Gadis unik yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan,
mencandat pakaian perlindungan diri
menggunakan kaki.
22. Terdapat banyak kekecohan yang sedang berlaku di seluruh
dunia akibat penyebaran pandemik COVID-19.
23. Ada atau tidak hari bersekolah, pengetua sekolah kami
tetap melakukan persediaan kerana hari persekolahan bila-bila sahaja akan
diumumkan oleh Menteri Pelajaran.
24. Tukang menggunting rambut, rawatan dan solekan digalak
jalani ujian Covid-19.
25. Sempena Hari Kelahiran Rasmi Seri Paduka Baginda Yang
diPertuan Agung pada hari Isnin, 8 Jun 2020, cuti umum telah diumumkan.
Nyatkan 3 peribahasa bagi setiap
petikan berikut
1. Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan.
Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak
kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan
menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta
Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh
hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak
menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas
dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum
anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon
Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.
2. Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata
pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka
sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu.
Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa
penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk
projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa
kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan
melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas
yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya.
3. Sikap Koh Shu Yin yang selalu ponteng kerja tidak
disenangi oleh majikannya. Rakan-rakannya telah menasihatinya agar tidak
mengulangi perbuatan buruk itu tetapi nasihat mereka sia-sia belaka. Malahan
Koh Shu Yin mula berani tidur ketika majikannya tiada di pejabat. Pada satu
hari, perbuatan buruk Koh Shu Yin tidak dapat disembunyikan lagi. Dia telah
dimarahi oleh majikannya. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh dibuang kerja.
Nasibnya kini bergantung kepada budi bicara majikannya.
No comments:
Post a Comment