Showing posts with label Pengalaman Hidup. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Hidup. Show all posts

Friday, April 9, 2021

Self-Funding

Sebagai seorang mahasiswa di UM pada tahun 1983, saya melanjutkan pelajaran dengan wang saya sendiri (self-funding). Ramai juga bertanya bagaimana saya dapat hidup selama tiga tahun di KL itu? Tidak satu sen pun saya terima dari kampung.NLFCS membantu dari segi yuran pengajian. Makan, minum, penginapan, duit petrol motor, wang saku, duit belanja buat tugasan dan aktiviti universiti yang lain, kena tanggung sendiri. Saya dapat ditawarkan mengajar BM STP di  Stamford College , Jalan Barat. Dua minggu sekali, bayaran RM 100.00. Kemudian mendapat peluang mengajar home tuition untuk seorang pelajar wanita juga di PJ. Saya mengajar BM STP dengan bayaran RM 120.00 sebulan. Pada tahun berikutnya,  dia datang mencari saya di UM bersama ayah pesaranya untuk menzahirkan terima kasih kerana dia mendapat A dalam subjek yang saya ajar malah dapat tawaran buat Law di UM. Saya cukup bangga kerana titik peluh saya tidak sia-sia. SMC sebuah badan NGO/NPO menawarkan saya mengajar BM STP di PJ, Sentul dan Bricksfield. Jumlahnya dapat sebulan RM 360.00 sebulan. Begitulah saya dapat mencari makan sambil belajar di UM sehingga tahun 1986. Saya menjimatkan belanja dan kirimkan sedikit ke kampung halaman. Ketika itu menoreh getah di ladang tidak menjamin pendapatan yang lumayan.  Tidak seperti pelajar sejurusan saya yang lain, ada yang hidup mewah dan ada yang mendapat biasiswa. Cuma tiba-tiba teringat kisah lama dan iktibar untuk pelajar saya yang akan menjejak kaki di universiti tidak lama lagi.

Kuala Ketil

 Dari sinilah hamba berasal. Di pekan inilah hamba belajar dan selepas berkahwin saya berpindah ke Tmn Tanjung Peteri. Tuhan mengurniai saya dua cahaya mata di sini. Saya mengajar pelajar dan guru yg mengmbil STPM di Kolej Bakti yang terletak di bangunan Umno. Saya mengajar BM dan PA di sini secara sambilan dari tahun 1987 hingga 1992. Malah di rumah pula saya mengajar pelajar kelas menengah.  Banyak pelajar sekitar pekan ini datang ke rumah saya untuk tuisyen BM dengan bayaran hanya RM 20  era 1987 hingga 1992. Begitulah survival saya di pekan ini.

Nasi Kandar Pelita

 Nasi Kandar Pelita di Taman Desa Damai, Bukit Mertajam sudah menjadi sinonim dengan saya. Di sinilah saya duduk bersantai sambil menghirup secangkir teh tarik kurang manis. Di sinilah saya sering bertemu hampir semua rakan kenalan saya. Di sini juga saya mengadakan dialog wacana intelektual dengan pensyarah universiti dan IPG. Di sini juga saya bertemu dengan bekas pelajar dan mahasiswa yang ingin berjumpa dengan saya. Di sini juga, beberapa orang pelajar STPM dan SPM berjumpa dengan saya dan minta pandangan dan idea saya untuk mengorak masa depan mereka. Di sini juga saya berjumpa dengan rakan KTM (Ketua Tempat Mengundi untuk PRU 15) untuk berkongsi idea tentang prosedur dan tatacara pengendalian pengundian. Dan di sini juga saya didatangi pelajar pascasiswazah untuk berbincang tentang tesis PhD dan Masters mereka. Jika saya berseorangan di sini, saya membawa buku dan membaca beberapa halaman untuk memecahkan kesunyian. Tuntasnya, Nasi Kandar Pelita mewarnai dunia persaraan saya.

Wednesday, March 31, 2021

Terhutang Budi 2

Sejak nama saya tersiar dalam majalah Budiman, saya mula dikenali dalam kalangan guru. Sebuah psat tuisyen di Petaling Jaya menawarkan saya jawatan  tutor sambilan untuk mengajar BM di peringkat STPM dan sebuah NGO di Kuala Lumpur membawa saya menjelajah beberapa negeri di Malaysia untuk mengadakan seminar BM STPM secara roadshow atau jerayawara. Saya masih ingat saya pernah mengendalikan kelas BM STPM kepada sekumpulan guru yang sanggup datang dari Negeri Sembilan. Kelas ini telah saya kendalikan di bawah tangga bangunan Fakulti Ekonomi. Tiga daripada lima orang guru tersebut telah menjadi junior saya di UM pada tahun berikutnya. Saya amat bangga kerana anak didik saya mendapat tawaran masuk ke UM. Begitu juga saya ditawarkan untuk mengajar di Stamford College, Jalan Barat PJ, di Vanto Academy  PJ dan di sebuah NGO di Jalan Utara PJ. Semua kesempatan ini dapat membantu saya menjadi seorang guru yang berjaya. Banyak input dan ilmu yang amat berharga dapat saya peroleh daripada tokoh-tokoh ilmuan dan cendekiawan UM  dalam BM dan Sastera seperti Prof.Asmah Hj omar, Prof .Nik Safia Karim, Prof. Latif Bakar, Prof. Abu Bakar Hamid,Prof. Ismail Hussein, Prof. Mohd Taib Osman, Prof. Madya Lutfi Abas, Prof. Madya Umar Junus, Prof. Madya Hashim Awang, Prof. Madya Dr. Wahab Ali , Prof. Madya Kak Anis, Prof. Madya Dharmawijaya dan banyak lagi. Tanpa didikan dan bimbingan mereka nescaya saya tidak dapat menjadi seorang guru dan kemudian menjadi seorang Guru Cemerlang. Walaupun sudah setahun saya bersara, pelajar-pelajar masih datang mencari saya untuk mendapatkan  bimbingan BM. Saya amat terhutang budi kepada Allahyarham Abdullah Tahir kerana tanpa nasihat dan bimbingan beliau, sudah pasti saya tidak dapat  menjadi seorang pendidik. Kepada mereka yang masih hidup, saya sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka dan kepada yang sudah pulang ke rahmatullah, saya sedekahkan Al-Fatihah

Dr Abdullah Tahir

 TERHUTANG  BUDI-  DR.ABDULLAH TAHIR- SIRI 1

Saya terhutang budi kepada mereka  yang telah membimbing dan mendidik saya. Salah seorang daripadanya ialah Dr. Abdullah Tahir. Ketika itu beliau menjadi pensyarah di Rancangan  Penulisan Kreatif dan Deskriptif (RPKD) di bawah Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 5 Julai 1997 . Allahyarham telah memberikan sumbangan yang bermakna dalam hayat dan kehidupan kesusasteraan, bangsa terutama dalam genre cerpen. Saya masih ingat sekitar bulan Julai 1983 saya sebagai freshie mendaftarkan diri sebagai mahasiswa di UM yang terulung. Pendaftaran berlangsung di Dataran Sastera Fakulti Sains dan Sosial (FSSS). Apabila saya menyemak nama saya dalam senarai pendaftaran, nama saya dimasukkan dalam program RPKD. Pada mulanya saya musykil dan gusar kerana program itu khusus kepada penulis dan bakal penulis. Apabila saya dalam keadaan yang serba salah dan buntu, maka saya dihampiri oleh seorang insan yang bernama Abdullah Tahir. Beliau menasihati saya dan memujuk saya agar menerima kursus ini atas dua sebab. Yang pertama saya memperoleh gred A dalam BM STPM tahun 1982 dan yang kedua ialah kali pertama kursus tersebut dibuka kepada pelajar bukan Melayu khususnya kepada pelajar India. Allahyarham menjelaskan lagi tentang struktur kursus dan mata-mata kuliah yang boleh saya pilih. Beliau meyakinkan saya bahawa sebagai guru, kursus seumpama ini adalah paling sesuai bagi saya kerana saya boleh mengajar BM dan Kesusateraan apabila berada di sekolah kelak. Setelah banyak berfikir akhirnya saya menerima kursus tersebut. Berkat latihan dan ilmu yang dipelajari, saya telah menulis sebuah artikel dalam majalah Budiman UM mengenai pengalaman kami merentas Sungai Tembeling dan berkhemah di Taman Negara selama 3 hari 2 malam bersama seorang pensyarah kami di bawah Kursus Penulisan Rencana. Kemudian salah seorang rakan saya menterjemah makalah tersebut dalam bahasa Tamil untuk disiarkan dalam tabloid vernakular “Vanambadi” .


Nostalgia 2

Nostalgia 2 Selaut Kasih

Memang saya kagum dengan gaya pengajaran Cikgu Amin mengendalikan kelas Sastera Melayu. Beliau mencadangkan saya mengambil subjek Kesusasteraan Melayu dalam SPM. Subjek ini banyak membantu saya kemudian hari di maktab dan di universiti. Cikgu Aishah yang mengajarkan Bahasa Melayu tidak kurang hebat kerana beliau amat arif dalam tatabahasa dan aplikasi bahasa dalam penulisan esei. Daripada beliaulah saya mempelajari cara penulisan. Cara penulisan yang saya pelajari inilah membolehkan saya mengambil bidang Penulisan di Universiti Malaya kemudian hari. Cikgu Mustafa mengajarkan Ilmu Hisab kepada kelas kami. Sebenarnya beliau adalah guru Sains tingkatan 3. Memandangkan Cikgu Lim telah bertukar ke Sungai Petani, Cikgu Mus merelakan diri mengajari kelas kami iaitu tingkatan 5A. Daripada beliau saya banyak mempelajari ketepatan masa dan kerajinan. Beliau amat rajin dan gigih dalam membuat persediaan sebelum masuk ke kelas. Seorang lagi guru wanita Melayu (maaf tidak ingat nama beliau) banyak membantu saya dalam pembelajaran. Beliau mengajari kelas kami Sains Kaji Hayat dan Kemanusiaan. Beliau ialah guru kutubkhanah (perpustakaan). Memikirkan keadaan saya yang miskin, beliau melantik saya pengawas kutubkhanah. Hal ini kerana saya dapat memegang kunci kutubkhanah dan boleh masuk bila-bila masa saya free untuk mengulangkaji pelajaran. Beliau juga memberi kebebsan dan peluang kepada saya untuk meminjam lebih banyak buku berbanding pelajar lain. 

Nostalgia 1

 Nostalgia 1 Segunung Budi

Sebaik sahaja saya habis membaca buku Budi Tuan Segunung Intan suntingan Prof. Abdullah Hassan, hati saya juga terpanggil untuk meluahkan sesuatu yang sering berlegar-legar dalam fikiran saya sejak tahun 1977. Saya terkenang akan guru-guru yang telah memainkan peranan yang amat signifikan dalam hidup saya sehingga membentuk karakter saya sebagai seorang guru. Saya menjadi seorang guru kerana beberapa orang insan yang telah menjadi petunjuk dan teladan kepada saya. Daripada gaya berdiri di hadapan kelas, cara memegang kapur, gaya penyampaian pengajaran, cara menggunakan nada ketika penyampaian dan cara menyelitkan lelucon di celah-celah pengajaran, semuanya saya pelajari daripada mereka. Guru-guru dulu, banyak menghabiskan masa bersama pelajar berbanding dengan ahli keluarga mereka. Mereka mempengaruhi secara semula jadi dan sering memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk mengajar pelajaran kehidupan ketika mereka berada dalam kelas. Setiap momen saya berada di tingkatan 4 dan 5, saya berasa amat seronok. Pada mulanya saya seorang pelajar yang degil di tingkatan 4. Walaupun mendapat keputusan yang baik tetapi enggan berpindah ke kelas tingkatan 4A kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang sering menghiburkan hati. Pada suatu hari En.Lim Chong Uo guru tingkatan dan guru Ilmu Hisab memanggil saya dan menasihati saya supaya jangan terpengaruh dengan rakan sehingga boleh mengabaikan pelajaran dan masa depan saya. Beliau tahu bahawa saya dari estet getah dan kos persekolahan saya hanya bergantung kepada upah penorehan getah. Jadi apabila saya melangkah ke tingkatan 5, saya ditempatkan di kelas 5A. Saya sanggup duduk dalam kelas ketika Ustazah mengajar Agama Islam. Jadi untunglah saya mempelajari beberapa asas Islam. Kelas yang paling saya suka dan menanti-nanti ialah kelas Sastera Melayu oleh Cikgu Amin, kelas Bahasa Melayu oleh Cikgu Aishah dan kelas Ilmu Hisab oleh Cikgu Mustafa.

Nostalgia 3

 Nostalgia 3  Seluas Samudera

Kadangkala saya terpaksa stayback untuk mengikuti kelas bahasa ibunda saya yang selalu diadakan selepas waktu persekolahan. Setelah habis kelas, kami akan pulang ke rumah bersama pelajar sesi petang. Sementara menunggu kelas tersebut saya sering ke rumah Cikgu Mus yang tinggal bersebelahan sekolah (quarters), untuk membantu beliau dan keluarganya melakukan kerja-kerja sampingan seperti membersihkan kawasan rumah dan mencuci keretanya. Sebaik sahaja selesai kerja ini saya dijamu makan tengah hari. Saya berani ke rumah Cikgu Mus sebab beliau tahu bahawa saya amat meminati subjek beliau dan mendapat markah tinggi dalam kelasnya. Cikgu Mus selalu menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh lagi sebab hanya pelajaran sahaja yang dapat menentukan masa depan saya. Lagipun beliau sering memberitahu bahawa kemiskinan yang saya hadapi hanya dapat diatasi jika saya mengejar ilmu. Inilah menjadi ungkapan mantera bagi saya untuk berusaha lebih gigih dan tekun.

Sebaik sahaja tamat tingkatan lima, keputusan SPM diumumkan. Saya telah lulus dengan baik (walaupun bukan cemerlang sangat) dan pada tahun berikutnya saya ditawarkan kursus perguruan di sebuah maktab perguruan di Kuala Lumpur. Kursus tersebut selama  satu tahun setengah. Setiapkali cuti saya pulang ke halaman kampung. Pada suatu hari tatkala saya menunggu kereta ke estet getah, saya terdengar nama saya dipanggil-panggil dari jauh. Rupa-rupanya suara itu ialah suara Cikgu Amin yang pernah mengajarkan Sastera Melayu. Saya berjumpa lalu bersalaman dengan beliau. Beliau melahirkan rasa bersyukur kerana saya ditawarkan kursus perguruan. Katanya beliau kini pengetua di salah sebuah sekolah menengah di daerah Baling.

Sebaik sahaja tamat perguruan saya ditempatkan di sebuah sekolah di Sungai Petani. Pada suatu hari guru besar sekolah menyuruh saya membuka akaun bank untuk dimasukkan gaji saya. Saya ke bank UMBC Sungai Petani untuk membuka akaun. Sungguh tidak sangka, saya dapat berjumpa dengan Cikgu Aishah yang pernah mengajarkan Bahasa Melayu di tingkatan lima  di sana. Beliau amat gembira dapat bertemu dengan saya lalu bersyukur kerana saya dapat menjadi seorang guru seperti beliau juga. Katanya beliau sudah ditukarkan ke sekolah lain sebagai Penolong Kanan. Pada penghujung tahun 1981, saya telah mendapat pertukaran ke SJKT Binjol. Sekolah tersebut merupakan satu-satunya sekolah Tamil yang beroperasi di sebelah petang kerana bangunan sekolah itu dikongsi oleh SK Binjol pada waktu pagi.Oleh sebab sekolah itu tiada guru BM, maka sayalah menjadi guru BM. Sekoalh itu amat sedikit bilangan pelajar. Jadi saya terpaksa mengajar kelas cantum.

Nostalgia 4

 Nostalgia 4 Selangit kasih

Selepas beberapa minggu saya mengajar di sana, pada suatu hari saya berjumpa kembali dengan guru kebanggaan saya Encik Mustafa. Isteri beliau kebetulan menjadi kerani sekolah di SK Binjol. Beliau amat gembira melihat saya sebagai seorang guru lalu perkenalkan saya kepada isterinya.  Cikgu Mus, itulah panggilan mesra kami telah mencuri pandang tangan kanan saya. Anda tahu mengapa? Ya saya mengikut stylenya memakai jam tangan di tangan kanan. Beliau terharu dan amat gembira apabila saya memberitahunya bahawa beliaulah idola saya sejak di tingkatan lima. Kemudian beliau menasihati saya untuk ambil STP dan masuk ke universiti. Katanya masa depan saya lebih cerah jika saya sambung belajar. Saya pun bertekad mengambil STP pada tahun 1982. Salah seorang rakan guru sekolah saya ialah mendiang Pn.Amarawathi.  Pada suatu hari suaminya En.Balan Chelliah datang ke sekolah kami untuk menjemput isterinya pulang. Ketika itu saya bertanya beberapa orang rakan guru yang lain, siapakah gerangannya? Saya masih ingat ketika itu En.Balan memakai kemeja T Universiti Malaya. Lambang atau simbol UM terpampang di dada kirinya menyebabkan sesuatu tersentak di hati saya. Pada tahun 1982 saya mula belajar bersungguh-sungguh. Nasib malang saya kerana saya tidak mempunyai sebarang  buku teks Ekonomi dan Geografi dalam bahasa Melayu. Saya membacanya dalam bahasa Inggeris dan membuat terjemahan sendiri. Saya terpaksa belajar semua subjek sendiri tanpa sebarang bimbingan atau tuisyen. Malah tiada kemudahan perpustakaan di pekan Kuala Ketil. Saya tinggal di estet getah dan sudah nescaya tiada sebarang kemudahan  di sana. Bagaimanapun pada akhirnya saya dapat lulus dengan baik dan ditawarkan tempat di UM yang saya impi-impikan selama ini pada tahun berikutnya 1983. Apabila saya sampai sahaja di asrama, orang yang pertama saya berjumpa ialah En.Balan Chelliah. Beliaulah memberikan pelbagai tunjuk ajar dan bimbingan ketika saya menginjak kaki saya buat pertama kalinya di kampus UM. Dari saat  itu sehingga sekarang kami berdua menjadi kawan akrab. Saya bersyukur kepada Ilahi kerana saya sempat juga berjumpa dengan semua insan yang pernah membantu mencorakkan karakter saya sebagai seorang guru. Mungkin ada yang telah pergi menemui Ilahi.

Nostalgia 6

 

Nostalgia 6 Serangkul Kasih

Pengalaman belajar di Universiti Malaya merupakan satu kenangan manis. Saya telah mempelajari banyak perkara baru dalam jangka masa yang tiga tahun. Saya mempergunakan hampir semua peluang yang diberikan kepada saya. Saya ditempatkan di kolej kediaman kedua. Namun selepas minggu  haluan siswa, saya masih ditawarkan menginap di sana, tetapi saya telah mengambil keputusan untuk tinggal di luar. Salah satu puncanya ialah makanan. Saya tidak begitu suka  makanan yang telah ditetapkan mengikut menu kolej kediaman. Lagipun pelajar tidak bebas keluar masuk dari kampus khususnya pada waktu malam. Jadi terdapat banyak kekangan kebebasan kepada pelajar. Pada tahun pertama saya dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa majalah Budiman Universiti Malaya iaitu sebagai wakil pelajar jabatan penulisan. Saya ditawarkan untuk menulis rencana untuknya. Sebuah rencana saya pernah tersiar dalam majalah itu. Saya telah menulis tentang pengalaman saya meredah Sungai Tembeling dan berkhemah di Taman Negara di Pahang. Kemudian rencana ini diterjemah dalam bahasa Tamil dan pernah disiarkan juga dalam salah sebuah akhbar harian Tamil pada tahun 1984. Saya masih ingat , saya berasa waswas untuk mengikuti kursus Rancangan Penulisan Kreatif dan Deskriptif di Jabatan Pengajian Melayu yang ditawarkan kepada saya . Hal ini sedemikian kerana kerana saya telah memperoleh A dalam Bahasa Melayu STP tahun 1982. Saya dipujuk oleh seorang pensyarah arwah Abdullah Tahir . Akhirnya saya termakan pujukannya. Selain penulisan, saya juga dibenarkan mengambil kursus-kursus yang saya minati dari luar jabatan pengajian.

Nostalgia 5

 

Nostalgia 5 Setinggi Awan

Sebagai seorang pelajar siswazah di UM pada tahun 1983 saya melanjutkan pelajaran dengan wang saya sendiri (self-funding). Ramai juga bertanya bagaimana saya dapat hidup selama tiga tahun di KL itu? Tidak satu sen pun saya terima dari kampung.NLFCS membantu dari segi yuran pengajian. Makan, minum, penginapan, duit petrol motor, wang saku, duit belanja buat tugasan dan aktiviti universiti yang lain, kena tanggung sendiri. Saya dapat ditawarkan mengajar BM STP di  Stamford College , Jalan Barat. Dua minggu sekali, bayaran RM 100.00. Kemudian mendapat peluang mengajar home tuition untuk seorang pelajar wanita juga di PJ. Saya mengajar BM STP dengan bayaran RM 120.00 sebulan( beberapa bulan kemudian dia datang mencari saya di UM bersama ayah pesaranya untuk menzahirkan terima kasih kerana dia mendapat A dalam subjek yang saya ajar malah dapat tawaran buat Law di UM. Saya cukup bangga kerana titik peluh saya tidak sia-sia). SMC sebuah badan NGO/NPO menawarkan saya mengajar BM STP di PJ, Sentul dan Bricksfield. Jumlahnya dapat sebulan RM 360.00 sebulan. Begitulah saya dapat mencari makan sambil belajar di UM sehingga tahun 1986. Saya menjimatkan belanja dan kirimkan sedikit ke kampung halaman. Ketika itu menoreh getah di ladang tidak menjamin pendapatan yang lumayan.  Tidak seperti pelajar sejurusan saya yang lain, ada yang hidup mewah dan ada yang mendapat biasiswa. Cuma tiba-tiba teringat kisah lama dan iktibar untuk pelajar saya yang akan menjejak kaki di universiti tidak lama lagi.

Sunday, February 7, 2021

JIKA MASA TERLUANG

 Saya suka menyediakan jawapan bagi soalan-soalan peperiksaan jika ada masa terluang. Sekurang-kurang saya dapat membantu pelajar yang lemah dan membimbing pelajar yang tidak faham akan elemen-elemen teknikal dalam jawapan mereka. Mereka sangat teruja dan suka akan jawapan-jawapan seumpama ini.

KIJANG YNG LEMAH

 Pelajar yang mengambil Komsas PT3 tentu tidak terlepas daripada mempelajari sajak bertajuk Kijang Yang Lelah. Sewaktu muda dan kuat, kijang itu dikagumi dan dihormati kerana kijang itu gagah, bertenaga dan pantas. Tetapi setelah kijang itu menjadi tua, kudratnya sudah tiada. Kijang itu tidak lagi dikagumi dan dihargai. Bagaimanapun pada akhir rangkap, kijang itu digambarkan seolah- olah mengumpulkan segala tenaga yang ada dan menyusun langkahnya dengan cukup berhati-hati agar tidak tersadung dek akar ataupun jerat. Baginya, hari-hari mendatang perlulah dilalui dan sisa-sisa hidupnya perlulah dilewati. Begitulah keadaan diri kita yang sudah bersara dan kini dijamah usia. Sajak ini memang relevan dengan keadaan kontemporari. Adalah menjadi satu tamparan hebat kepada mereka yang mengatakan bahawa Komsas dan Kesusasteraan adalah sesuatu yang membuang masa. Setiap karya sastera mendukung mesejnya yang tersendiri. Saya amat meminati sajak ini dan mengajar kepada pelajar dengan penuh khusyuk dan dramatik. Pelajar akhirnya teruja dan memahami maksud yang tersirat.

WAS ADMITTED

 Three years ago I left for Lam Wa Ee Hosiptal for my back pain.  First time I was in hospital. I was there for 6 days. I spent my entire time on the  bed or with physiotherapists. But the pain remains. Until now I still can feel the pain. But used to it. And as a Hindi song goes    "Koi hamdard nahi, dard hi mera saaya hai!" It means "No sympathy, pain is my shadow!"I walk 6-7000 steps a day and sit in front of the computer. I even made a few road and overseas trips till covid crashed into my lives. What to do? Must face it and must move on.

DI HOSPITAL L.W.E

 Tiga tahun yang lalu saya dimasukkan ke Hospital  Lam Wa Ee kerana sakit belakang yang amat perit. Kali pertama dalam kehidupan  saya berada di hospital begitu lama iaitu selama 6 hari. Saya menghabiskan seluruh masa saya dengan terlantar di katil ataupun di bilik fisioterapi. Tetapi kesakitan tetap ada. Sehingga kini saya masih dapat merasakan keperitan di belakang. Tetapi sudah menjadi satu kelaziman. Ada sebuah  lagu Hindi yang berseni kata, "Koi hamdard nahi, dard hi mera saaya hai!" Maksudnya "Tidak ada simpati, kesakitan adalah bayangan saya!" Saya masih boleh berjalan 6000 hingga 7000 kadang kala  mencecah 8000 langkah sehari. Kini boleh duduk berjam-jam di hadapan komputer. Malah saya juga masih  mengajar sambil berdiri , yang paling lama pun 5 jam. Bahkan saya telah melalui beberapa perjalanan dalam dan luar negara bersama dengan kesakitan ini. Apakan dayaku? Saya mesti mara ke depan  walaupun dari semasa ke semasa berkunjung pusat fisioterapi.

KEHIDUPAN

 Tulislah untuk memberitahu yang sebenarnya tentang kehidupan anda. Jangan berasa gusar ataupun gentar tulis sesuatu tentang diri anda. Jangan pertahankan sesuatu yang salah dan tak adil. Tidak perlu sembunyikan atau lindungi sesuatu yang mungkar. Tuliskanlah sesuatu yang boleh memulihkan semangat hidup anda.Tulislah seolah-olah anda tahu anda akan mati malam ini, esok, dalam seminggu, satu tahun seratus ... Semuanya berlaku sekarang. Tulislah mengenai semua perkara bahawa pada akhir hayat anda, anda akan menyesal kerana tidak menyatakan apa yang penting dalam hidup anda.

LOOKING BACK 2020

 Looking back, year 2020,  I’ve accomplished my duty as a retired teacher. I did few researches for my own and managed to make a name for myself in the  education field, serving many students and doing consultation and helping some university students in their task, whether that is first or post degree.I am confident I would continue this service if the Almighty gives me life and strength physically and mentally.

BUKAN. UNTUK NAFKAH

 Saya tidak menulis untuk mencari nafkah, untuk menambah pendapatan persaraan atau untuk menjana wang. Saya menulis di sini untuk menyatakan pendapat atau perasaan saya tentang apa yang saya nampak penting bagi saya. Kadang kala saya terpaksa menyinggung masalah politik dan sosial yang kian mengancam survival  masyarakat kita. Kita semua arif  betapa kita membenci media kerana mereka gagal menyelongkar kebenaran yang jitu mengenai rasuah, pembohongan, penyalahgunaan kuasa, salah laku pemimpin dan sebagainya.  Kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara seolah-olah menjadi satu utopia. Sebilangan pemimpin menggunakan negara ini sebagai bank simpanan mereka sendiri. Apabila saya berkongsi sesuatu yang menggusarkan  pemikiran dan perasaan saya mengenai masalah yang kita hadapi, saya tidak banyak mendapat perhatian di sini.

SEPARUH KEDUA 2020

 Separuh kedua tahun 2020 telah dihabiskan dengan kelas online. Bagaimanapun kerjasama, komitmen dan sokongan pelajar amat luar biasa. Kalau kelas dimulakan 8 malam, mulai 7.40 pelajar sudah minta hantar link atau code untuk Google Meet. Begitu teruja hendak mengikuti kelas. Saya berharap keterujaan dan komitmen tersebut hendaklah diteruskan sepanjang tanun 2021. Anda memberikan semangat kepada saya untuk saya terus berbakti untuk anda

WORK AFTER RETIRED

 Bekerja semula selepas bersara, sama ada melalui online atau medsos, kita dapat berkongsi pengetahuan dan kita dapat menjaga kesihatan mental kita. Kita  bukan sahaja dapat mengekalkan pengetahuan yang kita miliki malah kita mungkin dapat mempelajari banyak perkara baharu jika kita bekerja semula. Kita dapat kongsikan informasi dengan majikan, rakan sekerja, dan pelajar kita. Berbantukan talian, kita boleh bekerja dari rumah dengan lebih kondusif dan ini sudah tentu mengelakkan perjalanan yang menyiksa dan menjimatkan masa.Ada sesetengah pula hanya memenuhi impian dengan melakukan apa yang ingin dilakukan.John Robinson, seorang profesor sosiologi di University of Maryland mengatakan ada 3 perkara yang biasanya ingin dilakukan oleh seseorang pesara iaitu membaca, berehat dan menonton televisyen.


Medsos=media sosial