Saya tidak menulis untuk mencari nafkah, untuk menambah pendapatan persaraan atau untuk menjana wang. Saya menulis di sini untuk menyatakan pendapat atau perasaan saya tentang apa yang saya nampak penting bagi saya. Kadang kala saya terpaksa menyinggung masalah politik dan sosial yang kian mengancam survival masyarakat kita. Kita semua arif betapa kita membenci media kerana mereka gagal menyelongkar kebenaran yang jitu mengenai rasuah, pembohongan, penyalahgunaan kuasa, salah laku pemimpin dan sebagainya. Kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara seolah-olah menjadi satu utopia. Sebilangan pemimpin menggunakan negara ini sebagai bank simpanan mereka sendiri. Apabila saya berkongsi sesuatu yang menggusarkan pemikiran dan perasaan saya mengenai masalah yang kita hadapi, saya tidak banyak mendapat perhatian di sini.
No comments:
Post a Comment