Sunday, February 7, 2021

PENGASUHAN DI HARI TUA

 Saya baru pulang dari Hospital Kulim setelah melawat seorang pesakit yang tua. Jadi saya rasa terpanggil untuk meluahkan sesuatu di sini. Ramai orang begitu sibuk dengan jadual sehari-harian sehingga sukar meluangkan masa untuk ibu bapa mereka yang sudah tua. Menjaga ibu bapa yang sudah tua, patut menjadi keutamaan bagi setiap anak. Walaupun kita boleh menggunakan perkhidmatan pengasuh untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua, tetapi masih ada kemungkinan kurangnya kepuasan, kegembiraan, atau kesenangan dalam kalangan orang-orang tua ini. Kepuasan dan kesenangan tersebut jauh berbeza dengan penjagaan dan pengasuhan oleh darah daging sendiri.  Kita perlu mempertimbangkan ibu bapa kita - walaupun kita adalah orang yang paling sibuk di dunia.

No comments:

Post a Comment