Sunday, February 7, 2021

PM KITA SAH

 Banyak kali sudah saya jelaskan dalam posting saya. Pelantikan TSMY YAB Perdana Menteri kita adalah sah di sisi undang-undang-Saya tidak nampak sebarang pencabulan kedaulatan undang-undang. Lagi pun PM memiliki kuasa eksekutif. Jadi beliau berhak menasihati YDPA dan baginda akan akur dalam beberapa perkara yang berkaitan dengan pentadbiran negara. Sama ada mempunyai majoriti cukup atau tidak untuk mengusul undi tidak percaya terhadap TSMY pun tidak timbul lagi sebab majoriti sudah bersetuju dan menyokong menerima Bajet 2021. Kalau pihak yang tidak bersetuju dengan PM, mengapakah peruntukan untuk semua kementerian diterima ? Belakangan ini saya mendapati semua usaha PM kita mencapai kejayaan. Kalau ada pihak tertentu tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk beliau seperti menawarkan jawatan dalam GLC dan sebagainya, bagi saya isu ini tidak timbul kerana itu adalah kuasa eksekutifnya. Mereka yang menyeru kita jangan berpolitik,  inilah sebenarnya berpolitik dan ingin mengheret rakyat untuk menentang cara pelantikan PM. Bukankah jawatan PM itu jawatan lantikan YDPA? Sebelum beliau dilantik sebagai PM, YDPA telahpun berjumpa dengan parti-parti politik yang ingin menyokongnya sebagai PM. Saya berpendapat usaha mereka ini gagal. Tak akanlah seseorang yang menunggu jawatan PM yang begitu lama (malah berdekad-dekad), tiba-tiba sahaja meletakkan jawatan begitu sahaja. PM kita hanya menyandang jawatan ini selama 10 bulan sahaja. Berikanlah peluang kepada beliau untuk menghabiskan penggal ini sehingga ke PRU 2015. Saya mendapati rakyat khususnya netizen berasa gusar dan resah setelah media sosial dibanjiri dengan bermacam-macam tohmanan dan kritikan terhadap PM. Kalau kesemua kita sayang akan negara dan menjunjung kedaulatan undang-undang serta ingin memperkasa institusi YDPA, maka akur sahajalah dengan situasi kini. Apa pun saya nampak PM kita cukup "cool"sahaja. Jadi tidak perlulah menguar-uarkan isu pelantikan TSMY sebagai PM lagi....

No comments:

Post a Comment