Tiga tahun yang lalu saya dimasukkan ke Hospital Lam Wa Ee kerana sakit belakang yang amat perit. Kali pertama dalam kehidupan saya berada di hospital begitu lama iaitu selama 6 hari. Saya menghabiskan seluruh masa saya dengan terlantar di katil ataupun di bilik fisioterapi. Tetapi kesakitan tetap ada. Sehingga kini saya masih dapat merasakan keperitan di belakang. Tetapi sudah menjadi satu kelaziman. Ada sebuah lagu Hindi yang berseni kata, "Koi hamdard nahi, dard hi mera saaya hai!" Maksudnya "Tidak ada simpati, kesakitan adalah bayangan saya!" Saya masih boleh berjalan 6000 hingga 7000 kadang kala mencecah 8000 langkah sehari. Kini boleh duduk berjam-jam di hadapan komputer. Malah saya juga masih mengajar sambil berdiri , yang paling lama pun 5 jam. Bahkan saya telah melalui beberapa perjalanan dalam dan luar negara bersama dengan kesakitan ini. Apakan dayaku? Saya mesti mara ke depan walaupun dari semasa ke semasa berkunjung pusat fisioterapi.
No comments:
Post a Comment