Showing posts with label Tingkatan 1/2/3. Show all posts
Showing posts with label Tingkatan 1/2/3. Show all posts

Tuesday, November 16, 2021

Soalan Novel Justeru Impian Di Jaring=Isu Akhlak

Huraikan isu akhlak yang dibawakan oleh pengarang dalam sebuah novel yang anda pelajari

Dalam novel Justeru Impian di Jaring ini, pengarang memaparkan akhlak yang terpuji yang ditonjolkan pada diri Syahir serta beberapa watak yang lain. Oleh sebab novel ini berkisar pada kehidupan Syahir, maka pengarangnya banyak menerapkan nilai akhlak vang baik ini pada watak tersebut. Akhlak ini dilahirkan melalui pelbagai cara seperti perbuatan dan percakapan. memaparkan akhlak terpuji yang ditonjolkan pada diri Syahir.

Syahir memperlihatkan contoh akhlak mulia. Tujuannya pengarang ingin mendidik pembacanya. Syahir memiliki sifat-sifat terpuji seperti sabar, menghormati orang yang lebih tua, memohon maaf apabila melakukan kesalahan dan lain-lain lagi. Itulah akhlak yang ditunjukkan oleh Syahir sebagai seorang remaja.

Syahir mempunyai kesabaran yang tinggi dalam perlawanan badminton, antaranya dengan Syed Amiri. Banyak keputuasan pengadil perlawanan yang dirasakan kurang adil dan memihak kepada Syed Amiri dalam perlawanan tersebut.

Syahir seorang yang beriman iaitu dia sentiasa ingat pada Tuhan. Dia sering mengucap seperti “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar”,  “Masya Allah” dan sebagainya dan ucapan itu dilafazkan mengikut kesesuaian situasi. Ucapan itu lahir secara spontan dari keluhuran hatinya.

Watak yang mempunyai akhlak yang buruk itu diakhiri dengan kekalahan yang memalukan mereka sendiri. Dalam novel ini. beberapa akhlak buruk dipaparkan melalui watak Syed Amini, iaitu rakan sepasukan Syahir dalam pasukan badminton negara. Syed Amiri mempunyai perasaan cemburu dan dendam terhadap kejayaan Syahir. Untuk mengatasi Syahir, Syed Amiri sanggup menggunakan dadah perangsang untuk menguatkan staminanya. Melalui penggunaan steroid, Syed Amiri berjaya mengalahkan Syahir pada peringkat suku akhir dalam satu kejohanan badminton tempatan yang dijadikan platform untuk pemilihan pemain ke Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta. Kekalahan Syahir menyebabkan dia tidak layak ke kejohanan utama tersebut kerana hanya empat orang pemain sahaja yang layak ke peringkat separuh akhir akan dipilih mewakil1 negara. Namun, nasib menyebelahi Syahir apabila dia dipilih menggantikan salah seorang pemain yang mengalami kecederaan akibat kemalangan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhimya jatuh ke tanah juga. Di Jakarta, Syed Amirin dikesan menggunakan dadah dan disingkir daripada acara tersebut. Perbuatannya itu mendatangkan keaiban bukan sahaja kepada dirinya, bahkan juga kepada maruah negara.

Selain itu, akhlak buruk juga ditonjolkan melalui perwatakan jurulatih mereka, Engku Imran. Beliau dianggap berakhlak buruk apabila bersikap pilih kasih dalam menentukan pemilihan pemain dalam kejohanan tertentu. Engku Imran lebih cenderung memilih Syed Amiri tanpa melihat prestasi dan kedudukan yang dimiliki oleh pemain lain lantaran hubungannya dengan Syed Amiri yang akrab. Itulah sebabnya dia memutuskan untuk memilih Syed Amiri menyertai Kejohanan Dunia. 

Wednesday, September 15, 2021

KARANGAN CONTOH

Pandemik Covid-19 mendatangkan pelbagai kesulitan kepada umat manusia di dunia ini. Rakyat Malaysia tidak terkecuali daripada ditimpa musibah oleh pandemik ini.  Saban hari sama ada media perdana mahupun media sosial sering memaparkan pelbagai isu yang kontroversial berkaitan Covid-19 ini.

Antara terbaharu ialah seorang ibu terpaksa menagih simpati orang ramai untuk mendaptakan bantuan  kewangan agar anak-anak kecilnya mendapat sesuap nasi. Dalam hantaran Whatsapp yang dikirimkan kepada umum, ibu tersebut meminta orang ramai memberikan sebarang sumbangan kepada keluarganya agar keluarganya dapat  meneruskan kehidupan. Berita yang tersiar itu menyayat hati pembaca kerana ibu itu terpaksa memberikan anak kecilnya air bergula. Bagaimanapun anak kecilnya tidak dapat menerima minuman itu dan akhirnya anak tersebut bermuntah dan bercirit-birit.

Selain itu terdapat satu lagi kes yang melibatkan pandemik ini, iaitu seorang pemuda sanggup menyelongkar dan menggeledah sebuah mesin ATM di Pulau Pinang untuk mencuri wang. Setelah disiasat, dia mengaku dia dibuang kerja dan dia tidak berwang untuk menjalani rutin hidupnya. Kita tidak pasti sama ada dia mempunyai niat untuk mencuri ataupun biarkan dirinya ditahan polis. Jika ditahan polis, sudah pasti dia akan mendapat makanan untuk beberapa hari sehingga dia didakwa di mahkamah.

Kes yang terakhir terpampang dalam Facebook ialah seorang lelaki telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat sepuluh sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Video ini cukup mengerikan, tetapi orang ramai diminta jangan menularkannya dalam media sosial kerana kita harus menghormati arwah. Kita difahamakan punca membunuh diri ialah kehilangan perniagaannya lantaran kecelaruan ekonomi pada masa ini.  Akibat muflis, arwah mengalami kemurungan , menghadapi tekanan dan akhir sekali melucutkan nyawanya sendiri

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ketiga-tiga kes tersebut dipertalikan dengan keadaan semasa ekonomi negara. Peningkatan kes-kes bunuh diri perlu diberi perhatian yang serius oleh Jabatan Kesihatan negeri. Jabatan Kebajikan Masyarakat pula hendaklah turun ke padang untuk membuat tinjauan terhadap keluarga-keluarga yang tertekan akibat kecelaruan sosial dan ekonomi .

RUMUSAN PT3

Idea utama
Banyak pemandu teksi di Malaysia mengalami serangan jantung.
1. Serangan jantung dalam kalangan pemandu teksi disebabkan oleh tekanan daripada bank, penyewa teksi dan tuan tanah
2. Selain itu, mereka tidak menjalani gaya hidup yang sihat
3.Selanjutnya, mereka tidak mempunyai  tidur yang mencukupi
4. Seterusnya, mereka menangguhkan janji temu atau berhenti mengambil ubat daripada doktor
5. Di samping itu, mereka tidak datang ke IJN untuk menjalani pemeriksaan.
6. Akhir sekali, kandungan kolesterol dan gula yang buruk serta hipertensi yang tidak dikawal dengan baik juga menjadi punca serangan jantung.
Kesimpulannya, pemandu teksi harus mengutamakan kesihatan mereka demi keselamatan diri, keluarga dan penumpangnya.
100 perkataan

ISU KRISIS AKHLAK-KARANGAN

 Isu krisis akhlak dan moral golongan remaja di Malaysia semakin membimbangkan. Statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun bagi jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan berlakunya peningkatan kes remaja saban =setiap tahun.Jadi adalah penting untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kepada peningkatan masalah sosial  ini agar pencegahan awal dapat dilakukan bagi mengelak pelibatan orang muda dalam masalah sosial

 Dasawarsa ini, bahan-bahan dalam media  elektronik  seperti  televisyen,  radio  dan  laman  sesawang  menjadi  faktor  yang menggalakkan golongan remaja terdedah kepada  masalah sosial. Para remaja dikatakan sebagai golongan yang mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi yang ditonton oleh mereka hingga terbabit dalam kancah sosial. Kecanggihan teknologi membolehkan akses yang mudah kepada remaja terhadap capaian dan sebaran bahan menjadi punca peningkatan jumlah remaja terlibat dalam masalah sosial

 Selain itu, sikap sendiri  remaja juga mendorong kepada kegiatan jenayah.Kekurangan jati diri =maruah=harga diri =identiti menyebabkan  seseorang tidak mempunyai kawalan terhadap diri sendiri. Apabila seseorang mudah hilang kawalan terhadap dirinya sendiri maka dengan mudah membolehkan  seseorang  hilang  arah  dan  terlibat  dengan  unsur-unsur  negatif.  Mereka tiada pembinaan personaliti yang positif  seperti ketiadaan  integriti, sikap dan tingkah laku  yang  baik.  Kegagalan  dalam membina  personaliti  yang  baik  menyebabkan  diri  sendiri  memulakan  langkah  ke  arah  pilihan  yang  salah.

 Di samping itu, keadaan keluarga  remaja juga mendorong kepada masalah sosial ini. Ibu bapa dan ahli keluarga lain tidak melindungi dan membimbing remaja agar para remaja tidak terjebak dalam masalah sosial. Insitusi kekeluargaan yang tidak kukuh akan membantu para remaja membentuk personaliti dan tingkah laku yang negatif. Ikatan keluarga yang longgar ini sudah pasti menyebabkan  remaja terlibat dalam  masalah sosial dan jenayah. Kebanyakan remaja berasal daripada keluarga yang pecah belah. 

 Seterusnya rakan sebaya turut menjadi faktor remaja terlibat dalam kancah sosial. Mereka suka menghabiskan banyak masa dengan  rakan sebaya. Pengaruh terbesar rakan telah membentuk personaliti yang negatif. Remaja mudah mempercayai dan selesa dengan rakan-rakan sebaya mereka berbanding ibu bapa mereka sendiri. Mereka hanya berkongsi masalah  dengan  rakan-rakan  mereka dan  tidak  akan  berkongsi  dengan  ibu bapa  mereka. Pemilihan rakan-rakan yang salah menyebabkan remaja terpengaruh dan terikut dengan sikap dan tingkah laku rakan  mereka. 

 Intihanya, pelbagai faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam kancah sosial telah pun dikenal pasti. Kesemua faktor ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Oleh itu remaja perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak yang bertanggungjawab bagi menangani pelibatan remaja dalam masalah salah laku atau jenayah.

RINGKSAN PT3

 Petikan meringkaskan punca-punca berlakunya kesesakan jalan raya di Malaysia. Antara punca yang utama ialah keadaan jalan raya itu sendiri. Di samping itu, pertumbuhan industri automobil yang pesat juga turut menyumbang kepada kesesakan jalan raya di negara kita . Selain itu, punca seterusnya ialah kelembapan perkhidmatan pengangkutan awam yang tidak diminati oleh pengguna. Selanjutnya, pertambahan pesat penduduk yang berhijrah dari luar bandar ke bandar menjadi punca kesesakan  jalan raya.  Seterusnya kemalangan jalan raya juga merupakan punca terjadinya kesesakan jalan raya. Sementelahan pemandu-pemandu yang baharu sering sesat di jalan juga menyebabkan kesesakan berlaku khususnya di bandar-bandar besar.Akhir sekali, keadaan cuaca juga  menyebabkan kesesakan berlaku.

 

102 patah perkataan

LATIHAN PERIBAHASA

Lengkapkan dengan peribahasa yang sesuai
 

1 Menolong Rudi __ kerana dia hanya mengharapkan simpati ahli keluarga tanpa mahu berusaha.

A bagai aur dengan tebing=SALING MEMBANTU
B bagai bunyi periau pecah=BUNYI AMAT KUAT
C bagai ayam dimakan tungau=PUCAT
D bagai mendukung biawak hidup=MENAGIH SIMPATI
 
2. Pui Man dikatakan __ kerana membuat kerja apabila disuruh sahaja.
A bagai pahat dengan penukul=BUAT KERJA APABILA DISURUH
B bagai ayam disambar helang=ORANG YANG HILANG DENGAN TIBA-TIBA
C bagai menatang minyak yang penuh=DENGAN PENUH KASIH SAYANG
D bagai menarik rambut di dalam tepung=BERHATI-HATI MEMBUAT KEPUTUSAN SUPAYA TIDAK SESIAPA RUGI
 
3. Lily yang jelita __ diminati oleh ramai pemuda.
A seperti isi dengan kuku=SANGAT AKRAB
B bagai murai tercabut ekor=BERCAKAP KUAT
C bagai bulan purnama penuh=WAJAH YANG SANGAT CANTIK
D seperti katak di bawah tempurung=TIDAK TAHU DUNIA LUAR
 
4. Puan Lee dan suaminya berasa bimbang kerana keadaan anak mereka ___ setelah terlibat dalam kemalangan.
A seperti cicak makan kapur=MENDAPAT MALU DI SESEBUAH MAJLIS  KERANA KESALAHAN SENDIRI
B bagai telur di hujung tanduk=KECEMASAN
C bagai sirih pulang ke gagang=PULANG KE TEMPAT ASAL
D seperti kerbau dicucuk hidung=MENGIKUT TELUNJUK/ARAHAN
 

5. Walaupun Ming dan abangnya bergaduh, namun demikian hubungan mereka seperti ______
A ular kena palu=JALAN YANG BERSELEKOH
B batu jatuh ke lubuk=LENYAP ATAU TIDAK KELIHATAN LAGI
C kacang lupakan kulit=MELUPAKAN JASA SESEORANG
D air dicencang tidak akan putus=ADIK BERADIK BERSATU KEMBALI SELEPAS PERPISAHAN
 

6. Kehidupan Wen sekeluarga akhirnya ___, apabila kedua-dua orang abangnya berjaya menjawat jawatan tinggi di ibu kota.
A bagai kain tiga hasta=KEHIDUPAN YANG SERBA TIDAK CUKUP, HIDUP MISKIN.
B bagai kumbang putus tali= BERASA GEMBIRA KERANA TERLEPAS DARIPADA BAHAYA  
C bagai Belanda meminta tanah=MAKIN MEMBERI MAKIN MEMINTA
D seperti kaca terhempas ke batu=HATINYA KECEWA/LULUH/HARAPANNYA PUNAH 

SUSUNAN SONGSANG DAN SUSUSNAN BIASA

 Tukarkan setiap ayat susunan songsang di bawah kepada ayat susunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.

1.Akan dimulakan dari sebelah timur pembinaan lebuh raya itu.

Pembinaan lebuh raya itu akan dimulakan  dari sebelah timur

2.Telah dijual oleh datuk di pasar tani angsa peliharaan nenek.

Angsa peliharaan nenek telah dijual oleh datuk di pasar tani.

3.Merempuh masuk ke dalam stadium penyokong bola sepak Jerman

Penyokong bola sepak Jerman merempuh masuk ke dalam stadium

EJAAN DAN IMBUHAN

 Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan.

1.Pasar raya besar itu meletakkan  papan tanda khas bagi memudahkan pelanggan mereka membeli produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

2.Pengalaman luas dalam bidang perakaunan menjadi batu loncatan kepada wanita tersebut untuk menerajui =memimpin syarikat konglomerat yang tersuhur itu.=tersohor

3.Kumpulan jurutera tersebut berlepas ke Jerman pada minggu lalu untuk mendalamkan=mendalami  kemahiran menggunakan jentera berteknoloji=gi  tinggi dalam industri cari gali minyak.

4.Kami bersepakat untuk mengisi perut yang kosong di Restoran Nasi Kandar Kapitan yang sangat popular itu sebelum memulai =memulakan lawatan ke Pulau Pinang.

5.Rakyat Malaysia ternyata kurang bersenam dan beriadah, sayogia=seyogia =sepatutnya  hanya 25 peratus sahaja yang terbabit dalam aktiviti tersebut.

6.Pihak kerajaan sedang bergiat memperlebar lebuh raya di Johor kepada tiga lorong untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas

7.Kemahiran berfikir secara kriatif=kreatif  dapat mentakrif=ditakrif  sebagai keupayaan minda dan pemikiran seseorang untuk meneroka pelbagai ilmu.

8.Syarikat tersebut telah menghasilkan  sos cili yang amat sedap dimakan bersama dengan udang goreng dan keropok lekor

KESALAHAN BAHASA PT3

 BETULKAN KESALAHAN BAHASA DALAM AYAT BERIKUT

1.Hafizuddin memberikan =MEMBERI Seha sekuntum bunga.

2.Hanim mengambilkan  ISHAK segelas air.

3.Baginda mengurniakan bintang kebesaran KEPADA BELIAU.

4.Hakim menjatuhi pencuri itu sebulan penjara.

5.Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.

6.Yatie menasihatkan saya agar/untuk/supaya  rajin belajar.

Yatie  menasihati saya .

7. Kawasan pendalaman=PEDALAMAN =TERPENCIL   itu akan dimajukan

8.Tindakan akan diambil berlandaskan undang-undang

BERLANDAS PADA = BERLANDASKAN

9. Pengemis itu tidur berbantalkan lengan

10. pelajar itu mencari makna berpandukan kamus

11. Kami terpaksa bermalam beratapkan dengan langit

12. Pengakap tidur bertilamkan dengan rumput

13. Kamu mesti ingat AKAN  janji-janjimu

14. Kakak tidak mahu tidur DI sini.

15. Beliau akan datang  KE  kampung ini.

16. Nani ingin berjumpa DENGAN cikgu.

17.Saya ingin bertemu DENGAN gadis itu.

18.Kami ternampak Cikgu Nora di Perhentian Bas Pudu Raya

19.Beliau turut menyentuh perkata itu.

20.Nora tidak mengetahui hal itu.

21.Kami membincangkan masalah itu.

22.Mereka melebarkan jalan itu lagi

AMERIKA MEMBEBASKAN TEBUSAN  semula =hostage

23.Nani menceritakan pengalamannya semasa

menuntut di luar negara.

24. Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang

penjajah

25.Mereka akan melancong ke Pulau Tioman atau ke Pulau  

Langkawi? Saya tak pasti ayahnya dari Ipoh atau dari KL

Mereka akan memilih yang berwarna biru dan yang berwarna merah

26.Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.

27.Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya.

28.Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.

29.Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu

30.seluruh negara mengalami banjir.

31. hal itu akan dibincangkan.

32.kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.

33.Banyak pelajar yang lulus dengan baik.

34.Ada pihak yang membangkang cadangan itu.

35.Dia datang kelmarin

36.setelah/apabila Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan

37.sebagai Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.

38.yang Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.

39.Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?

40.Siapa yang kata saya berbohong?

41.Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih.

42. bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia

bersalah.

43. beliau menyatakan bahawa perompak senjata api

sudah itu  tumpas.

44.Yang manakah yang betul?

45. Yang memukul awak siapa?

KARANGAN; PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

 Berdasarkan poster PERHIMPUAN RASMI SEKOLAH yang diberikan tuliskan sebuah karangan

 

Pendahuluan Sekolah merupakan tempat untuk murid menuntut ilmu – banyak perkara yang dipelajari melalui aktiviti di dalam mahupun di luar kelas – semua murid perlu menghadiri perhimpunan rasmi sekolah yang biasanya diadakan secara mingguan – ada banyak kepentingan perhimpunan rasmi sekolah

 

Ayat topik Kepentingan paling utama – mendisiplinkan murid

Ayat huraian Mematuhi peraturan semasa perhimpunan diadakan – mendengar maklumat yang disampaikan dengan teliti

Ayat contoh Beratur dalam barisan yang lurus – berpakaian kemas – menyanyikan lagu Negaraku, lagu negeri serta lagu sekolah

Ayat kesan Menjadikan murid lebih berketrampilan dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi – disiplin dipupuk sejak di bangku sekolah lagi

Ayat penegasan Perhimpunan rasmi amat penting dalam memupuk nilai disiplin dalam diri setiap murid – melahirkan insan yang lebih bermutu pada masa hadapan.

 

Ayat topik= Memupuk semangat patriotik – masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama Ayat huraian Melalui nyanyian lagu negeri dan juga Negaraku – murid-murid lebih menghargai diri sebagai rakyat Malaysia – menjaga perpaduan dan keharmonian kaum

Ayat contoh Berdiri tegak semasa lagu-lagu patriotik dinyanyikan – menyanyikan lagu dengan kuat dan penuh semangat – menghayati lirik lagu yang dinyanyikan

Ayat kesan Lahirkan semangat cinta akan negara dalam diri murid-murid – murid-murid lebih menghormati kedaulatan negara

Ayat penegasan Tegasnya, melalui perhimpunan rasmi yang diadakan di sekolah murid-murid dapat dididik dengan nilai cinta akan negara

 

Ayat topik Menyebarkan informasi tentang aktiviti sekolah

Ayat huraian Maklumat dapat disebarkan dengan mudah – semua murid mendapat maklumat yang sekata dan tepat daripada guru

Ayat contoh Makluman tentang aktiviti kurikulum dan kokurikulum – aktiviti-aktiviti sekolah seperti Hari Kokurikulum, Hari guru dan Hari Kantin

Ayat kesan Informasi yang diperoleh murid adalah tepat

Ayat penegasan Sebaran maklumat menjadi lebih mudah – guru dapat menyampaikan maklumat-maklumat penting dengan mudah dan pantas

 

Penutup :Tuntasnya, perhimpunan rasmi sekolah mempunyai pelbagai matlamat yang utama – semua pihak perlu mengambil cakna =peduli akan pengisian dalam perhimpunan yang diadakan – melahirkan masyarakat yang lebih berkepimpinan

Rumusan dgn Ringkasan BM PT3

 BEZA ANTARA RUMUSAN DENGAN RINGKASAN YANG PELAJAR SERING KELIRU. DALAM RUMUSAN PENDAHULUAN IALAH IDEA UTAMA YANG KAMU KENA CARI SENDIRI. DIIKUTI DENGAN 6 IDEA SOKONGAN DAN KESIMPULAN WAJIB KAMU TULIS SENDIRI. UNTUK RINGKASAN PULA PENDAHULUAN IALAH IDEA UTAMA YANG DIBERIKAN DALAM ARAHAN SOALAN , CARI ISI YANG DIBERIKAN DALAM PETIKAN TETAPI KESIMPULAN TIDAK DIPERLUKAN. KEDUA-DUANYA TIDAK LEBIH 100 PATAH PERKATAAN. JIKA MASIH TAK FAHAM SILA PM SAYA

Friday, June 25, 2021

Karangan jenis pendapat

Tulliskan pendapat anda berdasarkan 3 gambar berikut

Pandemik Covid-19 mendatangkan pelbagai kesulitan kepada umat manusia di dunia ini. Rakyat Malaysia tidak terkecuali daripada ditimpa musibah oleh pandemik ini.  Saban hari sama ada media perdana mahupun media sosial sering memaparkan pelbagai isu yang kontroversial berkaitan Covid-19 ini.

Antara terbaharu ialah seorang ibu terpaksa menagih simpati orang ramai untuk mendaptakan bantuan  kewangan agar anak-anak kecilnya mendapat sesuap nasi. Dalam hantaran Whatsapp yang dikirimkan kepada umum, ibu tersebut meminta orang ramai memberikan sebarang sumbangan kepada keluarganya agar keluarganya dapat  menjalani kelangsungan hidup. Berita yang tersiar itu menyayat hati pembaca kerana ibu itu terpaksa memberikan anak kecilnya air bergula. Bagaimanapun anak kecilnya tidak dapat menerima minuman itu dan akhirnya anak tersebut bermuntah dan bercirit-birit.

Selain itu terdapat satu lagi kes yang melibatkan pandemik ini, iaitu seorang pemuda sanggup menyelongkar dan menggeledah sebuah mesin ATM di Pulau Pinang untuk mencuri wang. Setelah disiasat, dia mengaku dia dibuang kerja dan dia tidak berwang untuk menjalani rutin hidupnya. Kita tidak pasti sama ada dia mempunyai niat untuk mencuri ataupun biarkan dirinya ditahan polis. Jika ditahan polis, sudah pasti dia akan mendapat makanan untuk beberapa hari sehingga dia didakwa di mahkamah.

Kes yang terakhir terpampang dalam Facebook ialah seorang lelaki telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat sepuluh sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Video ini cukup mengerikan, tetapi orang ramai diminta jangan menularkannya dalam media sosial kerana kita harus menghormati arwah. Kita difahamakan punca membunuh diri ialah kehilangan perniagaannya lantaran kecelaruan ekonomi pada masa ini.  Akibat muflis, arwah mengalami kemurungan , menghadapi tekanan dan akhir sekali melucutkan nyawanya sendiri

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ketiga-tiga kes tersebut dipertalikan dengan keadaan semasa ekonomi negara. Peningkatan kes-kes bunuh diri perlu diberi perhatian yang serius oleh Jabatan Kesihatan negeri. Jabatan Kebajikan Masyarakat pula hendaklah turun ke padang untuk membuat tinjauan terhadap keluarga-keluarga yang tertekan akibat kecelaruan sosial dan ekonomi .







ulasan

 

ULASAN

Bilangan isi tidak ditetapkan tetapi sesuai dengan kepanjangan

Wajib ada isi tersurat dan isi tersirat. Tanpa salah satunya markah maksimum 8 sahaja

Salin bulat-bulat , markahnya 5 sahaja

Tiada arahan khusus untuk ditulis dalam 1,2,3 atau… perenggan

Lebih mudah jika ditulis dalam satu perenggan sahaja

 

Baca petikan berikut dan tuliskan ulasan yang panjangnya tidak lebih 100 patah perkataan

Pelajar-pelajar disajikan pelbagai kaedah untuk mengulang kaji pelajaran mereka. Kesemua cara konvensional pun sudah memadai untuk menelaah pelajaran. Tidak perlu menggunakan kaedah moden seperti teknologi ,peranti moden dan sebagainya.Pelajar hendaklah membaca  nota secara fokus dan pantas. Di samping itu mereka hendaklah mencatat serta meningati  hanya isi-isi penting yang terdapat dalam sesuatu bacaan. Membuat latihan pengukuhan juga merupakan satu lagi cara. Justeru ada yang menganalisis kekerapan  soalan tahun-tahun lepas daripada kertas soalan lepas. Tanpa mengulang kaji pelajaran sudah pasti pelajar tidak akan berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan mereka.

Pemahaman Cerpen Umum

 Baca petikan cerpen umum berikut dan jawab soalan-soalan berikutnya

Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram, iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta.

Halim dan rakan-rakan yang senasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.

Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.

 1.Mengapakah Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya? Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe

2.Siapakah penghuni pondok usang ? Saleh, Halim dan rakan-rakan yang senasib dengan mereka.

3. Nyatakan perwatakan Abang Joe mengikut petikan di atas tidak berperikemanusiaan, tidak bersimpati terhadap anak buahnya, garang/panas baran  dan tidak penyayang

 4. Mengapakah Saleh terpaksa berhenti sekolah dan ke bandar?

Saleh terpaksa berhenti sekolah dan ke bandar kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Oleh itu Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib keluarganya

 5. Pada pendapat anda siapakah agaknya Fariz dalam cerpen ini?

Pada pendapat saya Fariz dalam cerpen ini ialah seorang polis yang menyamar . Saya berpendapat demikiana kerana Faris ingin tahu latar belakang keluarga Halim.

Friday, June 18, 2021

RUMUSAN CONTOH PT3

 

Petikan membincangkan keburukan dan kebaikan kemasukan pendatang asing ke negara kita. (idea utama)Salah satu keburukan ialah kerajaan mengalami kesulitan untuk membanteras kemasukan pendatang asing ini. (IS)Selain itu keselamatan sosial kita juga terancam (IS). Selanjutnya, penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas.(IS) Di samping itu, pendatang asing menyebabkan  masalah perumahan(IS). Seterusnya  hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas apabila mereka merampas peluang pekerjaan kita(IS). Kebaikannya pula ialah kemasukan pekerja asing diperlukan dalam pembangunan negara(IS). Malah mereka memudahkan pekerjaan kita khususnya suami isteri yang keluar bekerja(IS).Kesimpulannya kerajaan perlu menangani masalah pendatang asing ini dengan serius agar rakyat dapat hidup aman dan sejahtera. 99 patah perkataan

Dalam ayat pertama wajib ada idea utama dan diikuti oleh 6 IS iaitu idea sokongan. Kesimpulan buat sendiri (tidak boleh diambil daripada petikan)

 

Sunday, May 30, 2021

PEMAHAMAN PT3

 PETIKAN PEMAHAMAN UMUM

Dalam mengatasi masalah kewangan keluarga,  kebanyakan penjual menjual barangan mereka di tepi jalan. Cara penjualan seperti ini memang membahayakan. Hal ini kerana tiada langkah keselamatan terhadap pembeli. Persoalannya apakah akan berlaku jika kenderaan yang laju di jalan raya, melanggar penjual dan pembeli. Malah penjual menggunakan kereta yang buruk untuk menjual barangan termasuk barangan jenis makanan. Sudah tentu pembeli tidak ingin membeli jika keadaan dan cara penghidangan makanan tersebut. Makanan tersebut nescaya terdedah kepada asap dan habuk dari jalan raya. Sesetengah penjual pula meletakkan dan mempamerkan barangan mereka di but kereta.

Mengikut pengalaman saya, saya tidak pernah melihat sebarang pembeli yang membeli barangan mereka. Hal ini sudah pasti disebabkan oleh keselamatan dan kebersihan. Si penjual tidak memikirkan risiko kerana bagi mereka apa yang penting ialah mendapat keuntungan. Jadi penulis mencadangkan penjual tersebut menjual di kawasan dalam di sesebuah taman perumahan ataupun di pasar atau di pasar malam. Saya tidak faham mengapa pihak berkuasa seperti MBSP atau pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap golongan penjual ini.

Setelah diselidik rata-rata penjual ini telah kehilangan pekerjaan akibat penularan virus Covid-19. Sepatutnya golongan seumpama ini dibantu oleh golongan elit yang kaya-raya. Sayang juga ada antara penjual berharap mereka dapat  menjual di bazar Ramadan tetapi dibatalkan oleh kerajaan secara serta-merta. Ada yang sudah membayar tapak sewa dan ada yang telah menempah dua tapak untuk menjual juadah berbuka puasa. Walaupun sewa tapak itu sekitar RM5 sehari tetapi harapan mereka untuk menjual telah berkecai.Ada peniaga sudah lebih 20 tahun berniaga di bazar Ramadan. Mereka tidak menyangka keputusan drastik kerajaan negeri dengan penutupan bazar Ramadan. Tindakan mendadak kerajaan ini telah menyebabkan beberapa orang peniaga seakan-akan hilang arah. Ada yang berhabis wang sehingga RM4,000 untuk membeli segala bahan dan barang keperluan untuk menyediakan makanan yang akan dijual pada hari pertama Ramadan. Ramai peniaga baharu yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan pula terpaksa berhutang dengan rakan dan menggadaikan barang kemas untuk mendapatkan wang pelaburan. Sepatutnya pengumuman penutupan bazar hendaklah dibuat lebih awal sebelum Ramadan kerana kebanyakan peniaga bazar sudah membuat persiapan dan sudah tentu mereka tidak mahu kerugian. (OLEH DR.R.DHANAPAL)

SOALAN PEMAHAMAN

1.Nyatakan maksud frasa, “berhabis wang” =banyak membelanjakan wang dengan sia-sia/membazir

2.Nyatakan maksud frasa, “berhutang dengan rakan” =wang yang dipinjam daripada kenalan

3.Apakah modus operandi penjual-penjual di tepi jalan?

a.penjual menggunakan kereta yang buruk untuk menjual barangan termasuk barangan jenis makanan

b.Sesetengah penjual pula meletakkan dan mempamerkan barangan mereka di but kereta.

4.Pada pandangan penulis, beliau tidak pernah melihat sebarang pelanggan membeli barangan di tepi jalan. Mengapa?

a.Keselamatan- kenderaan yang laju di jalan raya, melanggar penjual dan pembeli

b.Kebersihan- terdedah kepada asap dan habuk dari jalan raya.

5..Apakah masalah yang dihadapi oleh penjual di bazar Ramadan?

a. kehilangan pekerjaan akibat penularan virus Covid-19.

b. bazar Ramdan dibatalkan oleh kerajaan secara serta-merta

c. beberapa orang peniaga seakan-akan hilang arah

d. terpaksa berhutang dengan rakan dan menggadaikan barang kemas untuk mendapatkan wang pelaburan.

 6. Pada pendapat anda mengapakah kerajaan terpaksa membatalkan kebenaran untuk menjual di bazar Ramadan?

a. kerajaan bimbang akan penularan Covid-19 sebab bazar Ramadan itu sesak

b.pembeli dan penjual tidak mematuhi prosedur keselamatan

c.kesesakan kenderaan

d. ketidakcekapan kakitangan awam

 7. Sekiranya anda ialah salah seorang pegawai kerajaan bagaimanakah anda membantu golongan penjual di tepi jalan?

Sekiranya saya ialah salah seorang pegawai kerajaan, saya akan

a.menyediakan sebuah tapak niaga yang baharu

b.berurus dengan pihak bank untuk mendapatkan bantuan kredit

c. mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan spt Penjana, BPN dsb

d.menyeru badan-badan bukan kerajaan atau swasta tampil membantu golongan peniaga di tepi jalan=bantuan makanan , pakaian dan wang belanja

 

ULASAN PT3

 TULISKAN ULASAN MENGENAI LANGKAH  BERLAKUNYA KEMALANGAN DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH

FORMAT PENULISAN: PENDAHULUAN+ ISI TERSURAT +ISI TERSIRAT+KESIMPULAN=80-100 PERKATAAN= 1 perenggan

Belakangan ini banyak kita dengar kejadian kemalangan di kawasan sekolah seperti keruntuhan struktur bangunan, ditimpa kipas siling atau tiang gol serta kemalangan di makmal sekolah dan tandas.Kejadian seumpama ini dapat dielak jika aspek keselamatan dititikberatkan oleh pihak sekolah sendiri. Pihak sekolah harus memberi latihan yang mencukupi kepada semua warga sekolah. Guru yang mengiringi pelajar untuk program di luar sekolah atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum khususnya, hendaklah memastikan perjalanan dan program yang disertai selamat. Yang menyedihkan ialah, masih banyak sekolah tidak mempunyai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Warga Sekolah. Sekolah bukan hanya tempat untuk mendidik dan melahirkan insan yang berguna tetapi juga perlu memastikan sekolah tersebut dalam keadaan selamat, sihat dan sejahtera. Keselamatan boleh dilakukan dengan bantuan agensi lain termasuk NIOSH dan Jabatan Kerja Raya (JKR) selain persatuan yang mewakili pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Langkah itu membolehkan sekolah terbabit dapat mengenal pasti semua bahaya dan risiko di premis mereka sekali gus dapat mencari penyelesaian terbaik bagi menghalang berlakunya kemalangan.

ULASAN CONTOH

Petikan membincangkan langkah-langkah menjaga keselamatan di sekolah. Pihak sekolah harus memberi latihan yang mencukupi kepada semua warga sekolah. Warga sekolah dapat menjaga keselamatan masing-masing apabila berada di sekolah.Selain itu guru yang mengiringi pelajar untuk program di luar sekolah , hendaklah memastikan perjalanan dan program yang disertai selamat. Dalam hal ini guru hendaklah memastikan keadaan kenderaan dan tempat sesuatu pertandingan itu selamat. Di samping itu keselamatan di sekolah boleh dilakukan dengan bantuan agensi lain. Agensi-agensi  dan pihak swasta hendaklah dihubungi oleh pengetua untuk mendapatkan nasihat mengenai keselamatan di sekolah. Kesimpulannya, keselamatan di sekolah sangat penting agar pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan selamat     104 perkataan


Monday, May 24, 2021

KELAS BM MEN RENDAH

 

KELAS BM MENENGAH RENDAH DALAM TALIAN

Soalan 1 – 7

 

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

 

1 “Tunas ini diambil _________bahagian batangnya,” kata pegawai pertanian itu.

A. di

B. dari

C. pada

D. daripada

 

2 _________ Majlis Hari Kecemerlangan Murid telah melakukan beberapa kesilapan ketika menyebut nama-nama pemenang.

A. Juruacara

B. Juruulas

C. Juruhebah

D. Jurubahasa

 

3 Cikgu Zawiyah _______bilangan pelajar yang akan menyertai rombongan ke Cameron Highlands setakat empat puluh orang sahaja.

A. mengira

B. mengehadkan

C. menghadkan

D. menganggar

 

4 Semenjak demam, bayi itu asyik _______dan tidak mahu berenggang dengan ibunya.

 

A. meratap

B. merungut

C. meracau

D. merengek

 

5 Jadual kegiatan yang ketat dan ______ telah menyebabkan pekerja kilang itu terkejar-kejar untuk menyiapkan tugasan mereka.

A. padat

B. santak

C. suntuk

D. sendat

 

6 Usaha-usaha untuk menarik kereta yang terhumban ke dalam itu gaung itu menemui ________kerana jurang sangat dalam.

A. jalan mati

B. jalan buntu

C. jalan belakang

D. jalan pintas

 

7 Orang ramai yang tinggal di sekitar Bandar Segamat_______ke pejabat kami untuk mendapatkan borang membeli rumah murah.

A. berarak-arak

B. berpusu-pusu

C. berasak-asak

D. bertalu-talu

 

 

 

 

 

Soalan 8 - 14

BETULKAN AYAT YANG SALAH. JIKA TIDAK BIARKAN.

 

8 Setelah termenung sejenak, murid itu menggoyangkan kepalanya

 apabila guru mengajukan soalan yang memerlukan daya pemikiran yang tinggi.

9 Jika sistem penjualan melalui internet berkembang pesat mungkin pada masa akan datang kita tidak perlu keluar daripada rumah untuk membeli-belah.

10 Jika dinilai dari sudut positif, penubuhan jawatankuasa disiplin itu dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemimpin tentang tanggungjawab mereka terhadap kebajikan rakyat. Tiada kesalahan

11 Pelajar yang cergas dalam pelajaran mampu berjaya dengan gemilang pada masa hadapan.

12 Mangsa kemalangan itu ditenangkan oleh ahli Persatuan Bulan Sabit Merah dan diberikan bantuan kecemasan sebelum dihantar ke hospital.

13 Meskipun harga perabot yang dibeli oleh Puan Salmah amat mahal, malah beliau tetap berpuas hati kerana masih elok setelah digunakan bertahun-tahun

14 Salim terjumpa sebuah dompet ketika berjalan pulang dari sekolah lalunmelaporkan tentang perkara itu di balai polis.

 

 

 

 

Soalan 15 -17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

 

15 I Penduduk kampung telah menemukan bekas tapak kaki harimau di kebun getah mereka.

II Bekas wakil rakyat kawasan itu telah meninggal dunia malam tadi.

III Orang tua itu menyusun beberapa bekas kayu api di belakang rumahnya.

IV Suraya mengisi bekalan ke tempat kerja di dalam bekas plastik berwarna putih.

A. I,II,dan III sahaja

B. I,II,dan IV sahaja

C. I,III, dan IV sahaja

D. II,III,dan IV sahaja

 

16 I Kami sekeluarga akan pulang ke kampung jika ada kesempatan.

II “Gunakanlah kesempatan yang ada dengan sebaik-baiknya, “kata penceramah kepada para peserta kursus.

III Sabri telah membuang majalah-majalah lama di biliknya kerana tiada kesempatan ruang.

IV Asap yang tebal menyebabkan mangsa kebakaran itu kesempatan udara dan sukar untuk bernafas.

A. I dan II sahaja

B. III dan IV sahaja

C. I, II dan III sahaja

D. I, II dan IV sahaja

 

 

 

17 I Perahu nelayan yang tertambat pada sebatang tiang itu terolang-aling dipukul ombak.

II Dia tetap akan meneruskan cita-citanya walaupun tertambat oleh kemiskinan keluarga.

III Hati pelancong itu tertambat oleh keindahan pulau-pulau di Malaysia

IV Lembu yang tertambat di pokok itu kepunyaan Wak Lan.

A. I dan III sahaja

B. II dan IV sahaja

C. I, III dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja

 

 

Soalan 18 - 21

 

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.

Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

 

18 Pencapaian banyak ahli-ahli sukan negara merosot setelah mereka berjaya dalam sesuatu kejohanan besar.

A. banyak ahli sukan ahli sukan negara

B. banyak ahli sukan negara

C. banyak ahli-ahli sukan-sukan negara

D. banyak ahli-ahli sukan negara

 

19 Dia mengalami kesusahan yang teramat sangat setelah mengalami lumpuh seluruh anggota badan.

 

A. susah yang sangat

B. kesusahan yang amat tersangat

C. susah yang tersangat

D. kesusahan yang teramat sangat

 

20 Murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum akan diberi biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

A. di dalam bidang akademik dan kokurikulum

B. di bidang akademik dan kokurikulum

C. pada bidang akademik dan kokurikulum

D. dalam bidang akademik dan kokurikulum

 

21 Pelancong itu bertanyakan kepada saya jalan ke Menara Kuala Lumpur.

A. bertanya saya

B. tertanya-tanya kepada saya

C. bertanya kepada saya

D. bertanyakan kepada saya

 

Soalan 22 - 24

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

 

22 “Tukar pakaian kamu dan berbaris di padang dalam masa sepuluh minit, “kata Cikgu Sahar kepada murid-muridnya.

A. Dalam masa sepuluh minit, murid-murid perlu menukar pakaian dan berbaris di padang.

B. Murid-murid diarahkan oleh Cikgu Sahar agar menukarkan pakaian dan berbaris di padang dalam masa sepuluh minit.

C. Cikgu Sahar mengarahkan murid-muridnya agar berbaris di padang untuk menukar pakaian dalam masa sepuluh minit.

D. Cikgu Sahar memberikan masa selama sepuluh minit kepada murid-muridnya untuk bertukar pakaian dan berbaris di padang.

 

 

23 Kerajaan memberi tempoh selama dua bulan kepada pendatang tanpa izin untuk keluar dari Malaysia tanpa sebarang tindakan undang-undang.

A. Kerajaan tidak akan mengenakan sebarang tindakan undang-undang kepada pendatang tanpa izin yang keluar dari Malaysia dalam tempoh dua bulan.

B. Sebarang tindakan undang-undang tidak akan dikenakan kepada pendatang tanpa izin yang keluar dari Malaysia selama dua bulan.

C. Pendatang tanpa izin harus memanfaatkan tempoh dua bulan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk keluar dari negara ini.

D. Sekiranya tidak mahu dikenakan sebarang tindakan undang-undang, pendatang tanpa izin yang berada di Malaysia harus segera keluar dari negara ini.

 

24 Pengetua itu menasihati pelajar-pelajarnya agar bersungguh-sungguh supaya dapat menjadi cendekiawan yang berguna kepada bangsa dan negara.

A. Untuk menjadi bangsa yang berguna kepada negara pelajar-pelajar perlu menjadi cendekiawan dengan belajar bersungguh-sungguh sebagaimana amanat pengetua.

B. Pelajar-pelajar dinasihati oleh pengetua supaya belajar dengan tekun untuk

menjadi cendekiawan yang dapat berkhidmat kepada bangsa dan negara.

C. Pelajar-pelajar dinasihati pengetua agar belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi bijak pandai yang ingin berkhidmat kepada bangssa dan negara.

D. Demi bangsa dan negara maka pelajar-pelajar digesa oleh pengetua untuk menjadi cendekiawan yang belajar dengan bersungguh-sungguh.

 

Soalan 25 - 27

Pilih ayat-ayat yang betul

 

25 I Anak sulung Pak Ali diperisterikan dengan gadis sekampungnya.

II Banyak perbezaan antara Ramli dan Razali walaupun mereka kembar.

III Kami sekeluarga akan melancong ke Pulau Pinang dan Kedah pada cuti ini.

IV Saya sama sekali tidak pernah mencacinya, justeru memuji sikap baiknya terhadap saya.

A. I dan II sahaja

B. II dan III sahaja

C. IIIdan IV sahaja

D. I dan IV sahaja

 

26 I Penjenayah itu telah dijatuhi hukuman yang berat oleh hakim

II Tragedi tsunami telah mengorbankan ramai nyawa.

III Hotel bertaraf lima bintang itu menawarkan pakej yang amat menarik kepada para pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia

IV Kepulangan abang disambut dengan tangisan gembira oleh kami sekeluarga.

A. I, dan II sahaja

B. I, dan III sahaja

C. II, dan III sahaja

D. III, dan IV sahaja

 

27 I Air sirap yang dibuat kakak terlalu manis kerana terlebih gula.

II Ibu dan ayah merenjis air mawar kepada pasangan pengantin di atas pelamin.

III Hajar sedang tawar-menawar harga tudung yang hendak dibelinya di pasar malam.

IV Syarikat telekomunikasi itu akan memberikan rebat sebanyak 15% kepada para penggunanya.

 

A. I dan II sahaja

B. II dan IV sahaja

C. I, III dan IV sahaja

D. II, III dan IV sahaja

 

Soalan 28 hingga Soalan 30

 

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

28 “Zakuan, kamu berhak menyelesaikan masalah itu tetapi kamu mestilah berhati-hati agar tidak ada mana-mana pihak yang tersinggung,”kata Encik kepada anaknya. Nasihat di atas sesuai dengan peribahasa…

A. menangguk di air keruh

B. sebelum ajal berpantang mati

C. sudah terantuk baru terngadah

D. menarik rambut di dalam tepung

 

29 Keamanan negara yang kita kecapi hari ini ialah hasil sumbangan anggota-anggota keselamatan tanah air yang tidak pernah takut berkorban di medan perang dalam memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan tanah ibunda yang tercinta. Bagi mereka

A. alang-alang berdakwat biar hitam

B. biar putih tulang jangan putih mata

C. biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

D. buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

 

30 Peribahasa “belum duduk sudah belunjur”bermaksud

A. membuat sesuatu kerja yang sepatutnya sebelum sampai masanya lagi

B. melakukan sesuatu perkara sebelum diarahkan untuk mengerjakannya

C. membuat kerja sambil lewa dan mengambil masa terlalu lama

D. menyiapkan sesuatu kerja secara tergopoh-gapah dan tidak sedar

 

Soalan 31 hingga 35

Baca petikan bukan komsas di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

 

Sebuah kandang agak besar menarik perhatian Mun. Dengan langkah penuh waspada, Mun menghampir kandang itu. Berhati-hati.

Hoi!

Seekor kucing berbulu lebat mengintai dari celah-celah jejaring besi. Mun terpegun seketika. Seumur hidup Mun, inilah kali pertama Mun melihat kucing secantik itu. Bulunya panjang, lebat, dan terurus rapi. Matanya bulat bersinar berwarna jingga. Tubuhnya besar dan gemuk. Berbeza benar dengan tubuh Mun yang kurus dan kotor.

-Siapa kau?

-Namaku Amades Gonzales Johnhem. Tapi tuan aku panggil aku Jonny sahaja. Kau siapa?

-Aku Mun.

Tiba-tiba Johny meledakkan ketawa besar. Nyaring. Mun terpinga-pInga kehairanan.

-Kenapa kau ketawa?

Jonny terkekeh-kekeh memegang perut, menghabiskan sisa tawanya.

-Nama kau tu, buruk betul!

Mun berasa geram mendengar kata-kata Jonny yang berupa penghinaan itu. Pantang bagi Mun namanya dipersenda-sendakan.

-Kau jangan ketawakan aku! Apa nama kau tu bagus sangatkah?

Mun marah-marah. Jonny hanya tersenyum sinis menambahkan lagi sakit hati Mun. Mun marah-marah. Jonny hanya tersenyum sinis menambahkan lagi sakit hati Mun.

-Eh, tentulah ! Aku ini kucing Parsi daripada baka terbaik. Ibu bapaku dulu adalah juara dalam pertandingan anjuran Persatuan Pencinta Kucing Malaysia. Buluku panjang dan lebat, memang berpadanan sekali dengan namaku yang lebat. Tuan aku pun amat sayang kepadaku.

Jonny mencebik, penuh kebanggaan.

Mun terlongo. Perasaan marah dan kagum saling berbaur. Terasa betapa kerdilnya diri mun berbanding Jonny. Mun hidup serba kekurangan. Jonny pula disaluti kemewahan. Alangkah bertuahnya Jonny! Hati Mun berbicara sendiri.

 

 

31 Mun berasa terpegun kerana dia melihat

A. bulu kucing yang panjang

B. kucing yang sangat cantik

C. jejaring kandang yang kukuh

D. sebuah kandang yang begitu besar

 

32 Berdasarkan petikan, perkataan disaluti kemewahan sesuai digantikan dengan

A. dilimpahi kekayaan

B. dilimpahi kepuasan

C. diselubungi kebahagiaan

D. diselubungi keselesaan

 

33 Perlakuan Jonny yang menghina Mun menunjukkan Jonny

A. tidak suka berkawan

B. suka membangga diri

C. mementingkan diri sendiri

D. gemar bertindak mengikut perasaan.

 

34 Nyatakan teknik yang digunakan dalam petikan.

A. Dialog

B. Monolog

C. Imbas kembali

D. Monolog dalaman

 

35 Pernyataan yang berikut merupakan persoalan yang terdapat dalam cerpen “Pertemuan”, kecuali

A. Sikap manusia yang tidak bertimbang rasa.

B. Ketabahan dalam menghadapi cabaran hidup.

C. Rasa kasih sayang terhadap haiwan peliharaan.

D. Haiwan yang menimbulkan masalah kepada manusia.

 

 

 

 

SYAIR MUNGKIR JANJI

 

Tuan berjanji berpegang tangan,

Mengaku bersama menyingsing lengan,

Tidak peduli tegah dan jangan,

Umpama sungai tiada berhalangan.

Tetapi akhirnya apalah sudah,

Beberapa lama tangan menadah,

Rupanya tuan meluahkan ludah,

Umpama biawak bercabang lidah

Tidakkah ingat tuan berkata,

Mahu bersama hina dan leta,

Daripada hidup berputih mata,

Biarlah tulang tercampak ke kota.

Tidak kusangka tuan tak ingat,

Umpama lebah membuang sengat,

Bila terasa api yang hangat,

Lekas benar tuan merengat.

Kalau begitu aku berpesan,

Riwayat kita hapuskan kesan,

Supaya tidak berhati bosan,

Hilang segala resah dan resan.

 

36 Berdasarkan rangkap pertama syair, apakah janji yang termeterai antara penyair

dengan sahabatnya?

A. Tidak mempersoalkan kesusahan hidup yang dihadapi

B. Sentiasa bersama walau di mana-mana sahaja mereka berada

C. Setiap susah dan senang dalam kehidupan diharungi bersama-sama

D. Tidak membiarkan perasaan resah dan gelisah daripada mengganggu kehidupan mereka

 

Bila terasa api yang hangat

Lekas benar tuan merengat

37 Kedua-dua baris dalam rangkap ke-4 syair menjelaskan sikap seseorang yang…

A. mudah hilang tumpuan dalam pekerjaan yang dilakukan.

B. tidak sanggup menghadapi cabaran.

C. tidak mementingkan persahabatan.

D. mudah menyalahkan orang lain.

 

38 “Umpama biawak bercabang lidah” memaparkan penggunaan gaya bahasa

A metafora

B paradoks.

C simile

D anafora

 

39 Yang berikut ialah pengajaran yang terdapat dalam Syaur Mungkir Janji kecuali

A. pilihan kawan yang dapat member kesenangan dalam hidup

B. kita perlu sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan hidup

C. setiap janji yang kita buat hendaklah ditunaikan.

D. kita hendaklah berhati-hati apabila memilih kawan.

 

40 Apakah tema "Syair Mungkir Janji"?

A Perasaan kecewa akibat ditinggalkan kekasih

B Penghinaan terhadap seorang wanita

C Perbuatan mungkir janji merupakan amalan yang buruk

D Sikap mementingkan diri menyusahkan kehidupan

NYATAKAN 3 PERIBAHASA BAGI PETIKAN BERIKUT

Perbuatan Poon Ooi Yee memang tidak dapat dimaafkan. Ayahnya, Encik Poon Tan Chook benar-benar kecewa akan tindakan anak kesayangannya. Encik Poon sentiasa memenuhi kehendak Poon Ooi Yee dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Tindakan Poon Ooi Yee menjual kereta Mercedes milik Encik Poon tanpa pengetahuannya sangat melampau. Hancur luluh hati isteri Encik Poon yang turut menyayangi anak tunggalnya itu. Dia tidak menyangka kebaikan yang telah diberi kepada Poon Ooi Yee selama itu dibalas dengan perbuatan yang tidak baik tersebut. Encik Poon berjanji akan menghukum anaknya yang tidak tahu mengenang budi dan jasa keluarganya itu. Perbuatan Poon Ooi Yee itu sungguh tidak bertanggungjawab.

PERBINCANGAN KARANGAN

BEBERAPA BUAH BADAN SUKARELA DI TEMPAT ANDA INGIN MEMBERI SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA. SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB APAKAH SUMBANGAN YANG DAPAT ANDA CADANGKAN KEPADA NEGARA KITA YANG TERCINTA

Sumbangan badan sukarela kepada negara? 5+0

membantu kerajaan=meringankan beban=malapetaka=memindahkan mangsa/ memberi bantuan  perubatan/menyediakan makanan/tempat tinggal/pakaian dsb=membantu gol miskin menyediakan kelas-kelas akademik atau kemahiran

 

memberi idea=rancangan kerajaan=input berguna=profesional=peguam, akauntan, ahli ekonomi dan doktor =pembinaan projek, these people give ideas=cth sebelum sst kawasan dibangunkan, BS boelh memberi nasihat dari segi landskap, struktur. tekstur tanah dsb enviromentalis=memberi idea kepada orang awam seperti WFLA, Persatuan Pengguna  dsb

 

menjaga  flora dan fauna=pastikan keadaan alam sekitar bersih =

menjaga haiwan tidak diburu =haiwan yg semakin pupus=elakkan kepupusn sesuatu tumbuhan=mujarab penyakit

 

meningkatkan infrastruktur negara=sediakan prasarana spt bangku duduk. Alat-alat gym, tandas, tempat berehat  di taman rekreasi atau di hutan lipur=BS juga bersuara apabila kemudahan awam dirosakkan= membuat kempen untu antivandalisme

 

menjamin keselamatan negara= membantu membasmi jenayah di kawasan=sanggup  membuat rondaan keselamatan-mata dan telinga kepada polis=aktif dalam semangat kejiranan =aktifkan Rukun tetangga