Wednesday, September 15, 2021

ISU KRISIS AKHLAK-KARANGAN

 Isu krisis akhlak dan moral golongan remaja di Malaysia semakin membimbangkan. Statistik menunjukkan peningkatan sebanyak 111 peratus dalam tempoh setahun bagi jumlah kes jenayah membabitkan pesalah juvana. Statistik yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan berlakunya peningkatan kes remaja saban =setiap tahun.Jadi adalah penting untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong kepada peningkatan masalah sosial  ini agar pencegahan awal dapat dilakukan bagi mengelak pelibatan orang muda dalam masalah sosial

 Dasawarsa ini, bahan-bahan dalam media  elektronik  seperti  televisyen,  radio  dan  laman  sesawang  menjadi  faktor  yang menggalakkan golongan remaja terdedah kepada  masalah sosial. Para remaja dikatakan sebagai golongan yang mudah terdorong untuk mencuba aksi-aksi yang ditonton oleh mereka hingga terbabit dalam kancah sosial. Kecanggihan teknologi membolehkan akses yang mudah kepada remaja terhadap capaian dan sebaran bahan menjadi punca peningkatan jumlah remaja terlibat dalam masalah sosial

 Selain itu, sikap sendiri  remaja juga mendorong kepada kegiatan jenayah.Kekurangan jati diri =maruah=harga diri =identiti menyebabkan  seseorang tidak mempunyai kawalan terhadap diri sendiri. Apabila seseorang mudah hilang kawalan terhadap dirinya sendiri maka dengan mudah membolehkan  seseorang  hilang  arah  dan  terlibat  dengan  unsur-unsur  negatif.  Mereka tiada pembinaan personaliti yang positif  seperti ketiadaan  integriti, sikap dan tingkah laku  yang  baik.  Kegagalan  dalam membina  personaliti  yang  baik  menyebabkan  diri  sendiri  memulakan  langkah  ke  arah  pilihan  yang  salah.

 Di samping itu, keadaan keluarga  remaja juga mendorong kepada masalah sosial ini. Ibu bapa dan ahli keluarga lain tidak melindungi dan membimbing remaja agar para remaja tidak terjebak dalam masalah sosial. Insitusi kekeluargaan yang tidak kukuh akan membantu para remaja membentuk personaliti dan tingkah laku yang negatif. Ikatan keluarga yang longgar ini sudah pasti menyebabkan  remaja terlibat dalam  masalah sosial dan jenayah. Kebanyakan remaja berasal daripada keluarga yang pecah belah. 

 Seterusnya rakan sebaya turut menjadi faktor remaja terlibat dalam kancah sosial. Mereka suka menghabiskan banyak masa dengan  rakan sebaya. Pengaruh terbesar rakan telah membentuk personaliti yang negatif. Remaja mudah mempercayai dan selesa dengan rakan-rakan sebaya mereka berbanding ibu bapa mereka sendiri. Mereka hanya berkongsi masalah  dengan  rakan-rakan  mereka dan  tidak  akan  berkongsi  dengan  ibu bapa  mereka. Pemilihan rakan-rakan yang salah menyebabkan remaja terpengaruh dan terikut dengan sikap dan tingkah laku rakan  mereka. 

 Intihanya, pelbagai faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam kancah sosial telah pun dikenal pasti. Kesemua faktor ini saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Oleh itu remaja perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak yang bertanggungjawab bagi menangani pelibatan remaja dalam masalah salah laku atau jenayah.

No comments:

Post a Comment