Wednesday, September 15, 2021

KESALAHAN MORFOLOGI SPM

Petikan perbualan ini mengandungi   tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.

 

Ejaan, kosa kata , imbuhan, struktur ayat= ayat aktif pasif.

 

Buku itu dibaca oleh saya
Buku itu saya baca
 
Salah :Covid-19 hendaklah kerajan tangani dengan segera
Betul :Covid-19 hendaklah ditangani oleh kerajan dengan segera
 
Hui Ling     : Nathan, cuba membaca berita tentang kes kematian akibat penyakit Covid-19 di negara Indonesia=. Baca
Nathan      :Aduh, malangnya banyak mangsa-mangsa  penyakit Covid-19 yang terkorban. Aduhai, mangsa
Hui Ling     : Warganegara-warganegara Malaysia patut bersyukur …

 

 LATIHAN KESALAHAN EJAAN, IMBUHAN DAN TATABAHASA

(i) Kerajaan sudah meluluskan  undang-undang yang membenarkan pegawai
penguat  kuasa menahan individu yang berkelakuan tidak bermoral.
(ii) Kenaikan harga barang sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa agar tidak membebankan golongan  berpendapatan rendah.
(iii) Ketua sindiket pemalsuan kad kredit telah diberkas oleh pihak polis dalam serbuan semalam.
(iv) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah menge syorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.
MENGEBOMKAN  MENGESAHKAN MENGECATKAN MENGELUT LAN MENGELAPKAN MENGEMOPKAN
(v) Penggunaan e-mel memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan  mesej dalam beberapa saat sahaja.
(vi) Kempen antidadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.  prokomunis  antitentera  prademokrasi
PRASEJARAH     PRASEKOLAH   ANTI-RUSIA    PRO-AMERIKA  
SE-MALAYSIA  PRO-MUHIYIDIN     PRAZAMAN   ANTI-JEPUN
(vii) Semasa berada di peringkat prasekolah, kanak-kanak diberikan pendedahan awal tentang alam persekolahan.
AKRONIM
TADIKA==TAMAN DIDIKAN KANAK-KANAK =MENGAJAR
TABIKA=TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK=MENJAGA=MENGAJAR
TASKA=TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK =MENJAGA
TASKI= TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK ISLAM
(viii) Di samping beriadah, kita perlu mengambil makanan seimbang bagi memastikan kesihatan terjamin.
PEDULI=MEMPEDULIKAN   MEMPRAKTIKKAN MEMPLAGIAT=CIPLAK
PERHATI=MEMERHATIKAN  PAMER=MEMPAMERKAN   PUSING=MEMUSING
BERSANTAI=RELAX    ISTIRAHAT=BERSANTAI
(ix) Hasil kajian tentang kualiti alam sekitar itu perlu dianalisis sebelum laporan terperinci dibuat.
(x) Malaysia mampu memajukan bidang ekopelancongan kerana kekayaan  sumber alam semula jadinya.
INTERNASIONAL    ULTRAUNGU     INTRAPERSONAL      TELEFON    JURUJUAL     MULTIVITAMIN     TRIBANGSA    DWIBAHASA  EKASUKUKATA 
(xi) Guru bimbingan itu telah memberikan penerangan  yang jelas tentang profesion=ikhtisas  sebagai pakar bedah.
(xii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengetengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia se-Malaysia.   
 MENGETENGAHKAN   MENGETEPIKAN =MENGETEPIKAN 
(xiii) Syarikat pemaju perumahan akan membayar ganti  rugi kepada pembeli yang rumahnya gagal disiapkan  mengikut jadual.
(xiv) Keterampilan =kecekapan=efisien  berbahasa dalam kalangan penutur jati bahasa Melayu mestilah diperkukuh dari semasa ke semasa.
(xv) Atur cara kejohanan olahraga tahunan yang lengkap dimuatkan  dalam buku program.
(xvi) Nawi selalu menasihati  kawan-kawannya agar tabah dalam menghadapi cabaran hidup tetapi ketika musibah menimpa dirinya, dia tidak dapat menanggongnya.
 (xvii) Kebanyakan pelancong  lebih gemar berkunjung ke pulau-pulau yang cantik di pesisiran pantai Malaysia.
LANCUNG=FAKE/PALSU GETAH LANCUNG=GETAH TIRUAN WANG LANCUNG=WANG PALSU
KAPUR  =MALAY WORD LAPOR  =PERABOT=CALON=INDONESIAN WORDS
(xviii) Kerajaan menggalakkan orang ramai menyertai program kemasyarakatan supaya hubungan antara kaum dapat dipererat.
(xix) Ketika mereka mengadakan latihan silat, langkah sumbang  anak muridnya itu telah dikenal pasti oleh maha guru itu.
MAHA  CANTIK  MAHA  BESAR  MAHA  KECIL  MAHA  LUAS  
MAHA  SEMPIT  MAHA  TINGGI  MAHA  RENDAH  
MAHAGURU    MAHASISWA    MAHARAJA   MAHARANI  
(xx) Kemajuan dan modenisasi dalam  bidang komunikasi telah menghasilkan penciptaan alat perhubungan untuk kemudahan manusia sejagat

No comments:

Post a Comment