Berdasarkan poster PERHIMPUAN RASMI SEKOLAH yang diberikan tuliskan sebuah karangan
Pendahuluan
Sekolah merupakan tempat untuk murid menuntut ilmu – banyak perkara yang
dipelajari melalui aktiviti di dalam mahupun di luar kelas – semua murid perlu
menghadiri perhimpunan rasmi sekolah yang biasanya diadakan secara mingguan –
ada banyak kepentingan perhimpunan rasmi sekolah
Ayat topik
Kepentingan paling utama – mendisiplinkan murid
Ayat huraian
Mematuhi peraturan semasa perhimpunan diadakan – mendengar maklumat yang
disampaikan dengan teliti
Ayat contoh
Beratur dalam barisan yang lurus – berpakaian kemas – menyanyikan lagu
Negaraku, lagu negeri serta lagu sekolah
Ayat kesan
Menjadikan murid lebih berketrampilan dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi
– disiplin dipupuk sejak di bangku sekolah lagi
Ayat
penegasan Perhimpunan rasmi amat penting dalam memupuk nilai disiplin dalam
diri setiap murid – melahirkan insan yang lebih bermutu pada masa hadapan.
Ayat topik=
Memupuk semangat patriotik – masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan
agama Ayat huraian Melalui nyanyian lagu negeri dan juga Negaraku – murid-murid
lebih menghargai diri sebagai rakyat Malaysia – menjaga perpaduan dan
keharmonian kaum
Ayat contoh
Berdiri tegak semasa lagu-lagu patriotik dinyanyikan – menyanyikan lagu dengan
kuat dan penuh semangat – menghayati lirik lagu yang dinyanyikan
Ayat kesan
Lahirkan semangat cinta akan negara dalam diri murid-murid – murid-murid lebih
menghormati kedaulatan negara
Ayat
penegasan Tegasnya, melalui perhimpunan rasmi yang diadakan di sekolah
murid-murid dapat dididik dengan nilai cinta akan negara
Ayat topik
Menyebarkan informasi tentang aktiviti sekolah
Ayat huraian
Maklumat dapat disebarkan dengan mudah – semua murid mendapat maklumat yang
sekata dan tepat daripada guru
Ayat contoh
Makluman tentang aktiviti kurikulum dan kokurikulum – aktiviti-aktiviti sekolah
seperti Hari Kokurikulum, Hari guru dan Hari Kantin
Ayat kesan
Informasi yang diperoleh murid adalah tepat
Ayat
penegasan Sebaran maklumat menjadi lebih mudah – guru dapat menyampaikan
maklumat-maklumat penting dengan mudah dan pantas
Penutup :Tuntasnya,
perhimpunan rasmi sekolah mempunyai pelbagai matlamat yang utama – semua pihak
perlu mengambil cakna =peduli akan pengisian dalam perhimpunan yang diadakan –
melahirkan masyarakat yang lebih berkepimpinan
No comments:
Post a Comment