Huraikan isu akhlak yang dibawakan oleh pengarang dalam sebuah novel yang anda pelajari
Dalam novel Justeru Impian di Jaring ini, pengarang memaparkan akhlak yang terpuji yang ditonjolkan pada diri Syahir serta beberapa watak yang lain. Oleh sebab novel ini berkisar pada kehidupan Syahir, maka pengarangnya banyak menerapkan nilai akhlak vang baik ini pada watak tersebut. Akhlak ini dilahirkan melalui pelbagai cara seperti perbuatan dan percakapan. memaparkan akhlak terpuji yang ditonjolkan pada diri Syahir.
Syahir memperlihatkan contoh akhlak mulia. Tujuannya pengarang ingin mendidik pembacanya. Syahir memiliki sifat-sifat terpuji seperti sabar, menghormati orang yang lebih tua, memohon maaf apabila melakukan kesalahan dan lain-lain lagi. Itulah akhlak yang ditunjukkan oleh Syahir sebagai seorang remaja.
Syahir mempunyai kesabaran yang tinggi dalam perlawanan badminton, antaranya dengan Syed Amiri. Banyak keputuasan pengadil perlawanan yang dirasakan kurang adil dan memihak kepada Syed Amiri dalam perlawanan tersebut.
Syahir seorang yang beriman iaitu dia sentiasa ingat pada Tuhan. Dia sering mengucap seperti “Alhamdulillah”, “Allahuakhbar”, “Masya Allah” dan sebagainya dan ucapan itu dilafazkan mengikut kesesuaian situasi. Ucapan itu lahir secara spontan dari keluhuran hatinya.
Watak yang mempunyai akhlak yang buruk itu diakhiri dengan kekalahan yang memalukan mereka sendiri. Dalam novel ini. beberapa akhlak buruk dipaparkan melalui watak Syed Amini, iaitu rakan sepasukan Syahir dalam pasukan badminton negara. Syed Amiri mempunyai perasaan cemburu dan dendam terhadap kejayaan Syahir. Untuk mengatasi Syahir, Syed Amiri sanggup menggunakan dadah perangsang untuk menguatkan staminanya. Melalui penggunaan steroid, Syed Amiri berjaya mengalahkan Syahir pada peringkat suku akhir dalam satu kejohanan badminton tempatan yang dijadikan platform untuk pemilihan pemain ke Kejohanan Badminton Dunia di Jakarta. Kekalahan Syahir menyebabkan dia tidak layak ke kejohanan utama tersebut kerana hanya empat orang pemain sahaja yang layak ke peringkat separuh akhir akan dipilih mewakil1 negara. Namun, nasib menyebelahi Syahir apabila dia dipilih menggantikan salah seorang pemain yang mengalami kecederaan akibat kemalangan. Sepandai-pandai tupai melompat, akhimya jatuh ke tanah juga. Di Jakarta, Syed Amirin dikesan menggunakan dadah dan disingkir daripada acara tersebut. Perbuatannya itu mendatangkan keaiban bukan sahaja kepada dirinya, bahkan juga kepada maruah negara.
Selain itu, akhlak buruk juga ditonjolkan melalui perwatakan jurulatih mereka, Engku Imran. Beliau dianggap berakhlak buruk apabila bersikap pilih kasih dalam menentukan pemilihan pemain dalam kejohanan tertentu. Engku Imran lebih cenderung memilih Syed Amiri tanpa melihat prestasi dan kedudukan yang dimiliki oleh pemain lain lantaran hubungannya dengan Syed Amiri yang akrab. Itulah sebabnya dia memutuskan untuk memilih Syed Amiri menyertai Kejohanan Dunia.
No comments:
Post a Comment