Sunday, May 30, 2021

ULASAN PT3

 TULISKAN ULASAN MENGENAI LANGKAH  BERLAKUNYA KEMALANGAN DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH

FORMAT PENULISAN: PENDAHULUAN+ ISI TERSURAT +ISI TERSIRAT+KESIMPULAN=80-100 PERKATAAN= 1 perenggan

Belakangan ini banyak kita dengar kejadian kemalangan di kawasan sekolah seperti keruntuhan struktur bangunan, ditimpa kipas siling atau tiang gol serta kemalangan di makmal sekolah dan tandas.Kejadian seumpama ini dapat dielak jika aspek keselamatan dititikberatkan oleh pihak sekolah sendiri. Pihak sekolah harus memberi latihan yang mencukupi kepada semua warga sekolah. Guru yang mengiringi pelajar untuk program di luar sekolah atau mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum khususnya, hendaklah memastikan perjalanan dan program yang disertai selamat. Yang menyedihkan ialah, masih banyak sekolah tidak mempunyai Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Warga Sekolah. Sekolah bukan hanya tempat untuk mendidik dan melahirkan insan yang berguna tetapi juga perlu memastikan sekolah tersebut dalam keadaan selamat, sihat dan sejahtera. Keselamatan boleh dilakukan dengan bantuan agensi lain termasuk NIOSH dan Jabatan Kerja Raya (JKR) selain persatuan yang mewakili pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Langkah itu membolehkan sekolah terbabit dapat mengenal pasti semua bahaya dan risiko di premis mereka sekali gus dapat mencari penyelesaian terbaik bagi menghalang berlakunya kemalangan.

ULASAN CONTOH

Petikan membincangkan langkah-langkah menjaga keselamatan di sekolah. Pihak sekolah harus memberi latihan yang mencukupi kepada semua warga sekolah. Warga sekolah dapat menjaga keselamatan masing-masing apabila berada di sekolah.Selain itu guru yang mengiringi pelajar untuk program di luar sekolah , hendaklah memastikan perjalanan dan program yang disertai selamat. Dalam hal ini guru hendaklah memastikan keadaan kenderaan dan tempat sesuatu pertandingan itu selamat. Di samping itu keselamatan di sekolah boleh dilakukan dengan bantuan agensi lain. Agensi-agensi  dan pihak swasta hendaklah dihubungi oleh pengetua untuk mendapatkan nasihat mengenai keselamatan di sekolah. Kesimpulannya, keselamatan di sekolah sangat penting agar pelajar dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan selamat     104 perkataan


No comments:

Post a Comment