Tempoh PKP telah
melangkaui beberapa hari dan meragut ribuan nyawa. Di negara kita kes semakin
meningkat . Begitu juga kematian turut meningkat. Setiap kita dinasihatkan agar duduk di rumah
sahaja dan melakukan perkara yang membawa impak positif bersama-sama ahli keluarga . Rutin hidup kita
benar-benar berubah dan membawa
keharmonian dalam keluarga. Perhubungan kita hanya dapat dilakukan melalui
pelantar digital sebagai wadah yang
selamat untuk mengelakkan pergerakan fizikal. Ada hikmah di sebalik penjarakan
fizikal ini. Ramai sasterawan, ilmuan, usahawan dan golongan-golongan lain
dapat dihimpunkan secara maya. Kita mendapati sambutan dan penyertaan dalam
sesuatu kegiatan sangat mengagumkan. Banyak audiens menyertai webinar,
persidangan, simposium malah ceramah bercorak akademik juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.Kita
cuma tidak faham mengapakah PdPr tidak begitu berkesan. Kehadiran dan
penyertaan pelajar inkonsisten dan ramai pelajar terus keluar dari Zoom Classroom
atau Google Meet tanpa memberitahu sebab-sebab yang nyata kepada guru mereka.
KPM hendaklah memikirkan satu pendekatan yang lebih menarik agar kehadiran
pelajar penuh dalam setiap sesi PdPr ini.
Sunday, May 30, 2021
PKP 3.0
Labels:
Opinion
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment