Sunday, May 30, 2021

PEMAHAMAN PT3

 PETIKAN PEMAHAMAN UMUM

Dalam mengatasi masalah kewangan keluarga,  kebanyakan penjual menjual barangan mereka di tepi jalan. Cara penjualan seperti ini memang membahayakan. Hal ini kerana tiada langkah keselamatan terhadap pembeli. Persoalannya apakah akan berlaku jika kenderaan yang laju di jalan raya, melanggar penjual dan pembeli. Malah penjual menggunakan kereta yang buruk untuk menjual barangan termasuk barangan jenis makanan. Sudah tentu pembeli tidak ingin membeli jika keadaan dan cara penghidangan makanan tersebut. Makanan tersebut nescaya terdedah kepada asap dan habuk dari jalan raya. Sesetengah penjual pula meletakkan dan mempamerkan barangan mereka di but kereta.

Mengikut pengalaman saya, saya tidak pernah melihat sebarang pembeli yang membeli barangan mereka. Hal ini sudah pasti disebabkan oleh keselamatan dan kebersihan. Si penjual tidak memikirkan risiko kerana bagi mereka apa yang penting ialah mendapat keuntungan. Jadi penulis mencadangkan penjual tersebut menjual di kawasan dalam di sesebuah taman perumahan ataupun di pasar atau di pasar malam. Saya tidak faham mengapa pihak berkuasa seperti MBSP atau pihak polis tidak mengambil tindakan terhadap golongan penjual ini.

Setelah diselidik rata-rata penjual ini telah kehilangan pekerjaan akibat penularan virus Covid-19. Sepatutnya golongan seumpama ini dibantu oleh golongan elit yang kaya-raya. Sayang juga ada antara penjual berharap mereka dapat  menjual di bazar Ramadan tetapi dibatalkan oleh kerajaan secara serta-merta. Ada yang sudah membayar tapak sewa dan ada yang telah menempah dua tapak untuk menjual juadah berbuka puasa. Walaupun sewa tapak itu sekitar RM5 sehari tetapi harapan mereka untuk menjual telah berkecai.Ada peniaga sudah lebih 20 tahun berniaga di bazar Ramadan. Mereka tidak menyangka keputusan drastik kerajaan negeri dengan penutupan bazar Ramadan. Tindakan mendadak kerajaan ini telah menyebabkan beberapa orang peniaga seakan-akan hilang arah. Ada yang berhabis wang sehingga RM4,000 untuk membeli segala bahan dan barang keperluan untuk menyediakan makanan yang akan dijual pada hari pertama Ramadan. Ramai peniaga baharu yang ingin mencuba nasib dalam perniagaan pula terpaksa berhutang dengan rakan dan menggadaikan barang kemas untuk mendapatkan wang pelaburan. Sepatutnya pengumuman penutupan bazar hendaklah dibuat lebih awal sebelum Ramadan kerana kebanyakan peniaga bazar sudah membuat persiapan dan sudah tentu mereka tidak mahu kerugian. (OLEH DR.R.DHANAPAL)

SOALAN PEMAHAMAN

1.Nyatakan maksud frasa, “berhabis wang” =banyak membelanjakan wang dengan sia-sia/membazir

2.Nyatakan maksud frasa, “berhutang dengan rakan” =wang yang dipinjam daripada kenalan

3.Apakah modus operandi penjual-penjual di tepi jalan?

a.penjual menggunakan kereta yang buruk untuk menjual barangan termasuk barangan jenis makanan

b.Sesetengah penjual pula meletakkan dan mempamerkan barangan mereka di but kereta.

4.Pada pandangan penulis, beliau tidak pernah melihat sebarang pelanggan membeli barangan di tepi jalan. Mengapa?

a.Keselamatan- kenderaan yang laju di jalan raya, melanggar penjual dan pembeli

b.Kebersihan- terdedah kepada asap dan habuk dari jalan raya.

5..Apakah masalah yang dihadapi oleh penjual di bazar Ramadan?

a. kehilangan pekerjaan akibat penularan virus Covid-19.

b. bazar Ramdan dibatalkan oleh kerajaan secara serta-merta

c. beberapa orang peniaga seakan-akan hilang arah

d. terpaksa berhutang dengan rakan dan menggadaikan barang kemas untuk mendapatkan wang pelaburan.

 6. Pada pendapat anda mengapakah kerajaan terpaksa membatalkan kebenaran untuk menjual di bazar Ramadan?

a. kerajaan bimbang akan penularan Covid-19 sebab bazar Ramadan itu sesak

b.pembeli dan penjual tidak mematuhi prosedur keselamatan

c.kesesakan kenderaan

d. ketidakcekapan kakitangan awam

 7. Sekiranya anda ialah salah seorang pegawai kerajaan bagaimanakah anda membantu golongan penjual di tepi jalan?

Sekiranya saya ialah salah seorang pegawai kerajaan, saya akan

a.menyediakan sebuah tapak niaga yang baharu

b.berurus dengan pihak bank untuk mendapatkan bantuan kredit

c. mendapatkan bantuan kewangan daripada kerajaan spt Penjana, BPN dsb

d.menyeru badan-badan bukan kerajaan atau swasta tampil membantu golongan peniaga di tepi jalan=bantuan makanan , pakaian dan wang belanja

 

No comments:

Post a Comment