Monday, May 24, 2021

KARANGAN DAN RUMUSAN CONTOH

KARANGAN RESPONS TERBUKA (70 MARKAH)

1. Fenomena tumbuk rusuk atau makan suap dalam kalangan kakitangan kerajaan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Perbuatan yang menjijikkan = meluat/benci ini menjejaskan imej negara dan mengundang implikasi besar terhadap masyarakat. Bincangkan.

KEHENDAK SOALAN

A .PUNCA

KELEMAHAN KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI

• Pembangunan sosiokonomi yang tidak diseimbangkan dengan

pembangunan kerohanian=ukur baju di badan sendiri

• Projek bercambah, pengaliran wang juga meningkat

• Kerajaan tidak mempunyai satu sistem yang telus dalam aspek

pemberian tender dan projek-projek lain.

• Golongan yang terlibat mengambil peluang mengaut keuntungan

akibat ketiadaan sistem pemantauan yang berkesan

• Masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam

dalam sistem pentadbiran awam Negara.

 

2.SIKAP MASYARAKAT YANG TIDAK AMBIL PEDULI

• Masyarakat merasa perkara ini adalah asam garam=kebiasaan/kelaziman  dalam

pentadbiran sesebuah negara

• Menganggap tindakan mengambil rasuah sudah menjadinkebiasaan

• Tindakan mengambil dan memberi rasuah tanpa rasa malu pada

sesiapa.

• Kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah

menjadikan amalan ini berleluasa terutama di bandar-bandar

besar.

 

 

3.SIKAP INDIVIDU

• Rasuah bermula dengan keputusan peribadi yang digerakkan oleh

kemiskinan dan sifat tamak.

• Seseorang mula mengambil kesempatan apabila berpeluang untuk

mendapatkan kesenangan atau kemewahan melalui jalan pintas

• Mendapat didikan awal agama yang baik tetapi mengetepikan

pegangan demi mengejar kebendaan

 

4.PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG YANG LEMAH

• Tindakan mahkamah yang dianggap tidak setimpal dengan

kesalahan perasuah

• Hukuman yang ringan berbanding jumlah rasuah yang diberi

ataupun diambil

• Memberi pandangan negatif masyarakat terhadap usaha kerajaan

membanteras rasuah

• Hukuman yang ringan merangsang rasa ingin melakukan perkara

jijik ini terhadap pihak tertentu kerana masih mampu menikmati

hasil rasuah setelah keluar dari penjara.

 

B. KESAN

5.MENJATUHKAN IMEJ NEGARA

• Amalan rasuah merupakan satu pengkhianatan =betray terhadap amanah yang diberikan

• Pegawai yang mengamalkan rasuah akan menyebabkan kredibiliti=kewibawaan sesuatu kementerian atau jabatan terhakis

• Masyarakat dan pihak luar akan mempersoal akauntabiliti =kebertanggungjawaban serta integriti sesuatu jabatan apabila berurusan

• Pembangunan negara boleh terbantut dan rakyat menilai agensi

kerajaan dengan perspektif yang negatif

 

6. WUJUD KETIDAKADILAN SOSIAL

• Amalan rasuah mampu mempengaruhi pentadbiran sesebuah

organisasi.

• Amalan ini membuka peluang kepada pegawai yang tidak jujur

untuk menafikan kelayakan seseorang untuk mengisi kekosongan

jawatan di sesebuah jabatan.

• Pemberian jawatan tanpa mengira kelayakan akan mengurangkan

produktiviti negara kerana penjawat jawatan yang tidak

berkelayakan tidak berupaya mengembangkan potensi sesebuah

syarikat .

• Hasilnya tahap kecekapan menjadi rendah

 

7.AGIHAN EKONOMI TIDAK SEIMBANG

• Amalan pilih kasih akan menyubur dalam masyarakat.

• Pemberian tender dan kontrak kerajaan hanya bertumpu kepada

pihak yang mampu memberikan laba yang besar sahaja.

• Keupayaan sesuatu syarikat terutamanya dari segi kemahiran dan

pengalaman dalam mengurus dan menyiapkan sesuatu projek

tidak dipentingkan

Akhirnya agihan ekonomi hanya berkisar dalam kelompok yang

sama sahaja.  Golongan elit=

• Kualiti tidak dihiraukan sebaliknya kroni yang diutamakan.

 

8. MENJADI AMALAN DALAM MASYARAKAT

• Masyarakat menerima amalan rasuah sebagai satu cara untuk

berurusan dengan jabatan kerajaan atau swasta.

• Setiap urusan akan menyebabkan individu terjebak dengan rasuah.

• Pemberian kepada seseorang yang telah membantu urusan

seharian kita menjdi biasa sahaja.

• Masyarakat menjadi biasa dan tidak merasa jijik dengan perbuatan

rasuah.

• Tanggung jawab dan amanah dalam melaksanakan amanah tidak

diutamakan lagi.

 

KESIMPULAN:

Kesimpulannya, kemelut =isu /permasalahansosial ini perlu diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan lebih baik dan berkesan. Masyarakat perlu dididik agar membenci rasuah demi membanteras rasuah sehingga ke akar umbinya.

 

JAWAPAN RUMUSAN

Rumusan membincangkan implikasi pandemiK Covid-19 dan usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran  di negara kita

BAHAN 1 FOKUS 1 (IMPLIKASI PANDEMIK)

1.    Kadar pengangguran di dalam negara terus meningkat

2.    Pencari pekerjaan sukar memperoleh pekerjaan

3.    Beberapa jenis perniagaan menanggung kerugian (gulung tikar)

4.    Kawasan pelanconagn tidak dapat beroperasi

BAHAN 1 FOKUS 2 (USAHA MENGURANGKAN PENGANGGURAN)

1.    Kerajaan mengambil inisiatif dengan membantu penduduk tempatan yang kehilangan pekerjaan

2.    Tenaga pekerja tempatan diberi peluang bekerja dalam sektor-sektor tertentu

BAHAN 2 FOKUS 1(IMPLIKASI PANDEMIK)

1.    Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan

2.    Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup

Kesimpulannya, pelbagai pihak mestilah berganding bahu menangani  kesan Covid-19 agar kehidupan masyarakat pulih seperti biasa

 

 

No comments:

Post a Comment