KARANGAN RESPONS TERBUKA (70 MARKAH)
1. Fenomena tumbuk rusuk atau makan suap dalam
kalangan kakitangan kerajaan dipengaruhi oleh beberapa faktor. Perbuatan yang menjijikkan = meluat/benci ini menjejaskan imej negara dan mengundang implikasi besar terhadap
masyarakat. Bincangkan.
KEHENDAK
SOALAN
A
.PUNCA
KELEMAHAN
KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI
•
Pembangunan sosiokonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian=ukur
baju di badan sendiri
•
Projek bercambah, pengaliran wang juga meningkat
•
Kerajaan tidak mempunyai satu sistem yang telus dalam aspek pemberian tender
dan projek-projek lain.
•
Golongan yang terlibat mengambil peluang mengaut keuntungan akibat ketiadaan sistem
pemantauan yang berkesan
•
Masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu ketelusan dalam dalam sistem
pentadbiran awam Negara.
2.SIKAP
MASYARAKAT YANG TIDAK AMBIL PEDULI
•
Masyarakat merasa perkara ini adalah asam garam=kebiasaan/kelaziman dalam pentadbiran sesebuah negara
•
Menganggap tindakan mengambil rasuah sudah menjadinkebiasaan
•
Tindakan mengambil dan memberi rasuah tanpa rasa malu pada sesiapa.
•
Kurangnya pemahaman masyarakat terhadap masalah rasuah menjadikan amalan ini
berleluasa terutama di bandar-bandar besar.
3.SIKAP
INDIVIDU
•
Rasuah bermula dengan keputusan peribadi yang digerakkan oleh kemiskinan dan
sifat tamak.
•
Seseorang mula mengambil kesempatan apabila berpeluang untuk mendapatkan
kesenangan atau kemewahan melalui jalan pintas
•
Mendapat didikan awal agama yang baik tetapi mengetepikan pegangan demi
mengejar kebendaan
4.PENGUATKUASAAN
UNDANG-UNDANG YANG LEMAH
•
Tindakan mahkamah yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan perasuah
•
Hukuman yang ringan berbanding jumlah rasuah yang diberi ataupun diambil
•
Memberi pandangan negatif masyarakat terhadap usaha kerajaan membanteras rasuah
•
Hukuman yang ringan merangsang rasa ingin melakukan perkara jijik ini terhadap
pihak tertentu kerana masih mampu menikmati hasil rasuah setelah keluar dari
penjara.
B.
KESAN
5.MENJATUHKAN
IMEJ NEGARA
•
Amalan rasuah merupakan satu pengkhianatan =betray terhadap amanah yang
diberikan
•
Pegawai yang mengamalkan rasuah akan menyebabkan kredibiliti=kewibawaan sesuatu
kementerian atau jabatan terhakis
•
Masyarakat dan pihak luar akan mempersoal akauntabiliti =kebertanggungjawaban serta
integriti sesuatu jabatan apabila berurusan
•
Pembangunan negara boleh terbantut dan rakyat menilai agensi kerajaan dengan
perspektif yang negatif
6.
WUJUD KETIDAKADILAN SOSIAL
•
Amalan rasuah mampu mempengaruhi pentadbiran sesebuah organisasi.
•
Amalan ini membuka peluang kepada pegawai yang tidak jujur untuk menafikan
kelayakan seseorang untuk mengisi kekosongan jawatan di sesebuah jabatan.
•
Pemberian jawatan tanpa mengira kelayakan akan mengurangkan produktiviti negara
kerana penjawat jawatan yang tidak berkelayakan tidak berupaya mengembangkan
potensi sesebuah
syarikat
.
•
Hasilnya tahap kecekapan menjadi rendah
7.AGIHAN
EKONOMI TIDAK SEIMBANG
•
Amalan pilih kasih akan menyubur dalam masyarakat.
•
Pemberian tender dan kontrak kerajaan hanya bertumpu kepada pihak yang mampu
memberikan laba yang besar sahaja.
•
Keupayaan sesuatu syarikat terutamanya dari segi kemahiran dan pengalaman dalam
mengurus dan menyiapkan sesuatu projek tidak dipentingkan
Akhirnya
agihan ekonomi hanya berkisar dalam kelompok yang sama sahaja. Golongan elit=
•
Kualiti tidak dihiraukan sebaliknya kroni yang diutamakan.
8. MENJADI AMALAN DALAM MASYARAKAT
•
Masyarakat menerima amalan rasuah sebagai satu cara untuk berurusan dengan
jabatan kerajaan atau swasta.
•
Setiap urusan akan menyebabkan individu terjebak dengan rasuah.
•
Pemberian kepada seseorang yang telah membantu urusan eharian kita menjdi biasa
sahaja.
•
Masyarakat menjadi biasa dan tidak merasa jijik dengan perbuatan rasuah.
•
Tanggung jawab dan amanah dalam melaksanakan amanah tidak diutamakan lagi.
KESIMPULAN:
Kesimpulannya, kemelut =isu /permasalahansosial ini
perlu diteliti dan dipantau oleh semua pihak dengan lebih baik dan berkesan.
Masyarakat perlu dididik agar membenci rasuah demi membanteras rasuah sehingga
ke akar umbinya.
No comments:
Post a Comment