Petikan membincangkan keburukan dan kebaikan kemasukan pendatang asing ke negara kita. (idea utama)Salah satu keburukan ialah kerajaan mengalami kesulitan untuk membanteras kemasukan pendatang asing ini. (IS)Selain itu keselamatan sosial kita juga terancam (IS). Selanjutnya, penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas.(IS) Di samping itu, pendatang asing menyebabkan masalah perumahan(IS). Seterusnya hak rakyat kita juga sedikit sebanyak terjejas apabila mereka merampas peluang pekerjaan kita(IS). Kebaikannya pula ialah kemasukan pekerja asing diperlukan dalam pembangunan negara(IS). Malah mereka memudahkan pekerjaan kita khususnya suami isteri yang keluar bekerja(IS).Kesimpulannya kerajaan perlu menangani masalah pendatang asing ini dengan serius agar rakyat dapat hidup aman dan sejahtera. 99 patah perkataan
Dalam ayat pertama wajib ada idea utama dan diikuti oleh 6 IS
iaitu idea sokongan. Kesimpulan buat sendiri (tidak boleh diambil daripada
petikan)
No comments:
Post a Comment