Friday, June 25, 2021

Karangan jenis pendapat

Tulliskan pendapat anda berdasarkan 3 gambar berikut

Pandemik Covid-19 mendatangkan pelbagai kesulitan kepada umat manusia di dunia ini. Rakyat Malaysia tidak terkecuali daripada ditimpa musibah oleh pandemik ini.  Saban hari sama ada media perdana mahupun media sosial sering memaparkan pelbagai isu yang kontroversial berkaitan Covid-19 ini.

Antara terbaharu ialah seorang ibu terpaksa menagih simpati orang ramai untuk mendaptakan bantuan  kewangan agar anak-anak kecilnya mendapat sesuap nasi. Dalam hantaran Whatsapp yang dikirimkan kepada umum, ibu tersebut meminta orang ramai memberikan sebarang sumbangan kepada keluarganya agar keluarganya dapat  menjalani kelangsungan hidup. Berita yang tersiar itu menyayat hati pembaca kerana ibu itu terpaksa memberikan anak kecilnya air bergula. Bagaimanapun anak kecilnya tidak dapat menerima minuman itu dan akhirnya anak tersebut bermuntah dan bercirit-birit.

Selain itu terdapat satu lagi kes yang melibatkan pandemik ini, iaitu seorang pemuda sanggup menyelongkar dan menggeledah sebuah mesin ATM di Pulau Pinang untuk mencuri wang. Setelah disiasat, dia mengaku dia dibuang kerja dan dia tidak berwang untuk menjalani rutin hidupnya. Kita tidak pasti sama ada dia mempunyai niat untuk mencuri ataupun biarkan dirinya ditahan polis. Jika ditahan polis, sudah pasti dia akan mendapat makanan untuk beberapa hari sehingga dia didakwa di mahkamah.

Kes yang terakhir terpampang dalam Facebook ialah seorang lelaki telah membunuh diri dengan terjun dari tingkat sepuluh sebuah bangunan di Kuala Lumpur. Video ini cukup mengerikan, tetapi orang ramai diminta jangan menularkannya dalam media sosial kerana kita harus menghormati arwah. Kita difahamakan punca membunuh diri ialah kehilangan perniagaannya lantaran kecelaruan ekonomi pada masa ini.  Akibat muflis, arwah mengalami kemurungan , menghadapi tekanan dan akhir sekali melucutkan nyawanya sendiri

Sudah terang lagi bersuluh bahawa ketiga-tiga kes tersebut dipertalikan dengan keadaan semasa ekonomi negara. Peningkatan kes-kes bunuh diri perlu diberi perhatian yang serius oleh Jabatan Kesihatan negeri. Jabatan Kebajikan Masyarakat pula hendaklah turun ke padang untuk membuat tinjauan terhadap keluarga-keluarga yang tertekan akibat kecelaruan sosial dan ekonomi .







No comments:

Post a Comment