Tuesday, June 22, 2021

Rumusan

 Baca kedua-dua bahan berikut dan tuliskan satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan

BAHAN 1:

fokus 1 : 6 langkah

fokus 2: 2 kesan

Masalah pelarian di Malaysia semakin menjadi-jadi belakangan ini. Pelarian ke negara kita disebabkan oleh faktor-faktor  peperangan, politik, suaka dan bencana alam. Jika negara kita tidak mengekang masalah ini, besar kemungkinan masalah ini akan mengundang risiko yang lebih besar kepada keselamatan dan ekosistem =persekitaran politik kita.

Kerajaan harus peka dan sedar dengan perubahan rakyat Malaysia yang sudah melonjak kemarahan mereka. Kemarahan rakyat adalah api dalam sekam yang akan mengundang padah. Kerajaan wajar serius dan menangani isu pelarian dengan lebih tegas, berkesan dan efektif. Masa berlembut-lembut sudah berlalu.

Selain itu, kerajaan harus mengarahkan penutupan Pejabat UNHCR di Malaysia. Mereka mengeluarkan kad UNHCR daripada memfokus dan memastikan penempatan pelarian di negara ketiga. UNHCR juga mula berani menyatakan secara terbuka ketidakpuasan tidak dibenarkan meninjau pusat tahanan pendatang asing tanpa izin dan pelarian.

Di samping itu, Malaysia harus memaklumkan kepada UNHCR bahawa mereka tiada kuasa untuk mengeluarkan kad UNHCR dan semua kad tersebut tidak lagi diiktiraf dan terbatal. Jika perlu, sebagai negara berdaulat, adalah hak Malaysia untuk mengeluarkan apa-apa kad dan bukan hak mana-mana organisasi luar.

Sementelahan, kerajaan wajar mengumpulkan dan menempatkan semua pelarian dengan pengasingan lelaki dan perempuan serta kanak-kanak dalam pusat-pusat tahanan dan pada masa sama mencari sebuah pulau sebagai penempatan sementara.

Bukan itu sahaja, kerajaan kita perlu meminda undang-undang sedia ada dan menggubal undang-undang baharu dengan meningkatkan hukuman terhadap tuan punya premis yang tanpa izin dan kebenaran pihak berkuasa menyewakannya kepada pelarian dan juga kepada majikan yang menggajikan atau mengambil pelarian sebagai pekerja.

Yang lebih penting ialah kerajaan perlu menubuhkan sebuah agensi yang khusus untuk menyediakan sebuah pangkalan data yang terperinci dan komprehensif mengenai pelarian yang berada di Malaysia.

Sekiranya Malaysia masih mengambil pendekatan sambalewa dan bersikap bagai melepaskan batuk di tangga terhadap isu ini, maka pelarian ini akan mengundang padah kemudian hari.

BAHAN 2:

fokus 1: 2 kekangan/halangan

fokus 2: 1 langkah

Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bertujuan untuk melindungi pelarian, menghantar pulang, dan menempatkan semula di negara ketiga. Sejarah UNHCR di Malaysia telah bermula susulan Perang Vietnam pada tahun1975. Malaysia telah membenarkan UNHCR membuka pejabat sejak 46 tahun UNHCR di Malaysia. Jadi kini sudah sampai masanya bagi Malaysia mengkaji semula kedudukan UNHCR ataupun menutup sahaja pejabatnya di Malaysia.

Mengikut statistik Januari 2021 seramai 178,710 orang pelarian berdaftar berada di Malaysia. Daripada jumlah itu pelarian Rohingya yang paling ramai iaitu seramai102,350 orang . Daripada 56,000  orang pada tahun 2017 meningkat  kepada 101,584 orang pada tahun 2020.

Sepatutnya UNHCR menempatkan pelarian ke negara ketiga yang lain seperti Vietnam, Singapura dan sebagainya. Kad UNHCR yang ditawarkan kepada mereka setaraf Kad Pemastautin Tetap (MyPR). Setelah menerima kad, pihak UNHCR mengatakan Kad UNHCR tidak akan ditarik balik. Jadi negara kita buntu untuk mengatasi masalah ini. Lagi pun ketika UNHCR memproses kad tersebut, mereka tidak mahu penguat kuasa Malaysia hadir bersama. Oleh hal yang sedemikian, kerajaan kita tidak tahu jumlah sebenar pemegang kad UNHCR.

Malah campur tangan UNHCR dalam urusan dalaman negara kita semakin menjadi-jadi. Mereka berani menyuarakan ketidakpuasan di pusat-pusat pelarian. Sebenarnya Malaysia tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap  pelarian tersebut.

Jadi sudah sampai masanya bagi kita  bersikap tegas dengan UNHCR. Kita hendaklah mendesak kerajaan kita supaya menutup pejabat UNHCR dan minta mereka keluar sahaja dari negara kita ke negara dunia ketiga lain. Selama 46 tahun pelarian tinggal di negara kita secara percuma dan segala kos pembiayaan ditanggung oleh wang kita. Kita mestilah mencontohi Singapura yang enggan menerima pelarian di negara mereka.

Semuanya 8 isi iaitu : Bahan 1 ambil  4 langkah dan  2 kesan       Bahan 2 ambil 1 kekangan  dan 1 langkah

Petikan merumuskan langkah, kesan dan kekangan masalah pelaraian di negara kita

Kesimpulannya, negara-negara dunia ketiga yang lain hendaklah menerima pelarian agar beban Malaysia dapat diringankan

No comments:

Post a Comment