Wednesday, June 23, 2021

Novel STP 1982

SALAH ASUHAN merupakan sebuah novel Indonesia karya Abdoel Moeis. Kehidupan rumah tangga Hanafi-Corrie tidak berjalan mulus atau tidak tenteram dan ikhlas.  Corrie pergi ke Semarang dan meninggal kerana kolera di sana  sementara Hanafi pula sangat menyesal atas perbuatannya pulang ke Solok lalu meninggal dalam penyesalan. SITI NURBAYA pula adalah sebuah novel Indonesia karya Marah Roesli. Nurbaya dipaksa berkahwin dengan Datuk Meringgih yang kaya dan abusif.

Realitinya, pembacaan novel-novel seumpama ini sewaktu mengambil kesusasteraan di peringkat STP tahun 1982, memberi banyak iktibar. Antaranya kita hendaklah berhati-hati dalam memilih jodoh kita. Jodoh kita ini bukan sahaja gerangan yang kita cintai, malah percintaan kita perlu direstui oleh orang tua kita. Jika tiada persefahaman antara kekasih dan kemudian suami isteri, nescaya rumah tangga tidak akan tenteram dan aman. Hal ini jelas dirakamkan dalam novel SALAH ASUHAN.  Ketidakadilan gender dan feminisme konvensional digambarkan dalam novel SITI NURBAYA. Wanita perlu mempunyai pendidikan supaya  mereka dapat memilih pasangan mereka dan menentukan kehidupan mereka sendiri. Hanya melalui pendidikanlah, mereka dapat meningkatkan status quo mereka dalam masyarakat. Pada zaman pascapenjajahan di negara kita, ramai wanita diperisterikan dengan lelaki tua hanya semata-mata untuk melangsaikan hutang ibu bapa wanita tersebut. Fenomena ini dicerminkan dalam novel SITI NURBAYA. Kedua-dua novel ini memang tidak dapat saya lupakan.Saya cuma membaca sinopsis untuk STP, tetapi setelah ditawarkan kursus Pengajian Melayu di UM, saya terus ke Pustaka Antara di KL untuk membeli kedua-dua naskhah ini dan membacanya sebanyak dua atau tiga kali. Sepertimana saya pernah memberitahu kalian, sekotak buku saya telah kecurian di asrama, termasuk kedua-dua khazanah ini

No comments:

Post a Comment