TIADA KEJELASAN, KEPADUAN DAN KESATUAN DALAM KAJIAN KERJA KURSUS PELAJAR TINGKATAN ENAM
Saya cuma bincangkan bahagian DAPATAN KAJIAN sahaja.
Berikut ialah komen saya:
1.Pelajar dinasihatkan buat temubual dan YA atau TIDAK
kerana ini dapat membantu pelajar menulis alasan/sebab dalam perenggan dapatan kajian.
2. Kejanggalannya ialah dalam soal selidik SETUJU terlalu
tinggi peratusnya tetapi keputusan setelah EKSPERIMEN pula menunjukkan
penurunan. Sepatutnya meningkat kerana banyak responden nyatakan jawapan yang
positif dalam soal selidik
3. Perenggan-perenggan dalam dapatan kajian tidak
seimbang. Ada yang 5 baris dan ada yang berbelas-belas baris.
4. Jangan longgokkan sebab/alasan/pandangan
tokoh/pakar dalam sesuatu perenggan.
5. Sepatutnya semua perenggan dapatan kajian perlu dibincangkan sebab/alasan/pandangan
tokoh/pakar.
6.Dalam KK tingkatan enam, tiada satu bab yang asing
untuk SOROTAN KAJIAN. Pelajar dikehendaki gabungnya dalam perenggan PENGENALAN.
Jadi sebab/alasan/pandangan tokoh/pakar yang dibincangkan dalam PENGENALAN hendaklah
diguna pakai sebagai bahan sokongan apabila pelajar membincangkan statistik
dalam dapatan kajian.
7. Nama penulis/pakar/tokoh boleh berulang-ulang dalam
perenggan dapatan kajian tetapi sebab atau alasan atau pandangan yang diberikan
oleh mereka bolehlah pelbagai.
8. Dalam kajian yang sebenar, pendapat/alasan/sebab
yang diberikan oleh penulis/pakar/tokoh
perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam PENGENALAN (bab 1) sebelum menghuraikan pendapat/alasan/sebab tersebut
dalam dapatan kajian.
9. Tiba-tiba sahaja pelajar memasukkan pendapat/alasan/sebab
oleh seseorang penulis/pakar/tokoh dalam dapatan kajian, tetapi nama mereka tidak
disebut sama sekali dalam bahagian PENGENALAN (bab 1)
Harap dapat membantu
No comments:
Post a Comment