Friday, June 25, 2021

Pemahaman Cerpen Umum

 Baca petikan cerpen umum berikut dan jawab soalan-soalan berikutnya

Halim, seorang remaja yang baru berusia 15 tahun, bekerja sebagai pencuci kereta untuk ketua sindiket haram, iaitu Abang Joe. Kesemua wang hasil kerjanya diserahkan kepada lelaki itu. Abang Joe memeras tenaga remaja yang tidak berumah atau yang lari dari rumah. Dia mengugut mereka supaya melakukan kerja-kerja haram seperti mencuci kereta dan menjaga petak letak kereta.

Halim dan rakan-rakan yang senasib dengannya ditempatkan di sebuah pondok usang. Di situlah mereka menghabiskan masa pada waktu malam. Halim merebahkan badannya yang lesu akibat melakukan kerja paksaan. Halim bermimpi bahawa dia bertemu dengan ibunya. Dalam mimpi itu, ibu Halim memberitahu Halim bahawa ayahnya amat marah atas tindakan Halim lari dari rumah. Halim menjerit-jerit. Saleh mengejutkan Halim. Saleh berkongsi kisah hidupnya dengan Halim. Saleh terpaksa berhenti sekolah kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib mereka sekeluarga. Malangnya, Saleh menjadi mangsa Abang Joe. Saleh pernah diugut dan dipukul kerana cuba melarikan diri. Halim bersimpati akan nasib yang menimpa Saleh.

Seterusnya, Halim berkenalan dengan seorang pemuda yang bernama Fariz. Fariz bertanyakan latar belakang Halim. Bagi Fariz, remaja seperti Halim sepatutnya masih bersekolah. Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya. Hal ini demikian kerana Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe. Oleh sebab itu, Halim telah berbohong kepada Fariz. Halim memberitahu Fariz bahawa dia tidak mampu ke sekolah kerana dia orang susah dan terpaksa bekerja untuk membantu ayahnya yang kurang upaya.

 1.Mengapakah Halim tidak berani berterus terang kepada Fariz tentang keadaan dirinya? Halim bimbang kalau-kalau Fariz merupakan orang bawahan Abang Joe

2.Siapakah penghuni pondok usang ? Saleh, Halim dan rakan-rakan yang senasib dengan mereka.

3. Nyatakan perwatakan Abang Joe mengikut petikan di atas tidak berperikemanusiaan, tidak bersimpati terhadap anak buahnya, garang/panas baran  dan tidak penyayang

 4. Mengapakah Saleh terpaksa berhenti sekolah dan ke bandar?

Saleh terpaksa berhenti sekolah dan ke bandar kerana keluarganya hidup susah dan ayahnya tidak mampu menanggung belanja persekolahannya. Oleh itu Saleh ke bandar dengan niat untuk mencari pekerjaan bagi membela nasib keluarganya

 5. Pada pendapat anda siapakah agaknya Fariz dalam cerpen ini?

Pada pendapat saya Fariz dalam cerpen ini ialah seorang polis yang menyamar . Saya berpendapat demikiana kerana Faris ingin tahu latar belakang keluarga Halim.

No comments:

Post a Comment