Thursday, June 10, 2021

PUJIAN KEPADA GURU KITA

 OECD dan Unicef pernah melaporkan standard pendidikan tahun 2020 menurun akibat penularan pandemik Covid-19. Malah KPM kita juga pernah mengaku bahawa pelajar yang mengikuti PdPr tidak begitu serius malah capaian Internet di rumah mereka juga kurang menggalakkan. Namun dalam keadaan yang serba kekurangan ini, pelajar kita telah mencapai keputusan yang cemerlang malah jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dapat dikurangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya.  Hal ini menunjukkan komitmen dan iltizam guru-guru kita yang banyak mengorbankan wang, tenaga dan masa untuk melatih dan membimbing pelajar kita sehingga mereka cemerlang. Walaupun bilangan hari persekolahan amat kurang , tetapi banyak warga guru kita mengadakan kelas bimbingan tambahan selain PdPr . Segala pujian dan junjungan hendaklah menjadi milik guru-guru kita. Saya tidak faham mengapa ada segelintir mempolitikkan isu ini. Jika mereka masih mempolitikkan isu ini,  bermaksud kita memperlekeh usaha dan kesungguhan warga guru kita dan mempersoalkan masa depan pelajar kita yang rajin berusaha sehingga mencapai kecemerlangan dalam SPM mereka. Bagi saya tidak sesiapa pun boleh dipinggirkan daripada arus pendidikan. Sama ada pelajar kita  cemerlang ataupun  tidak, mereka patut mendapat tempat yang sewajarnya  dalam jurusan yang ingin diceburi oleh mereka mengikut kelayakan dan kewibawaan mereka.

 

No comments:

Post a Comment