SISTEM APLIKASI BAHASA
MORFOLOGI
Baca petikan berikut dan kesani 3 kata kerja berimbuhan apitan dan 3 frasa
nama, Kemudian bina ayat menggunakan kata-kata tersebut.
Dalam peruntukan tambahan yang diumumkan di dewan rakyat
baru-baru ini, kerajaan berhasrat untuk
memperluas jalan-jalan raya di negara ini. Malah terdapat banyak
kemudahan asas yang pincang sepanjang jalan raya. Jadi kerajaan juga ingin memperelok kualiti kemudahan asas ini supaya
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh orang awam. Bagaimanapun masih terdapat
beberapa orang ahli pembangkang
memperkecil usaha kerajaan kita ini. Mereka sepatutnya memberi sinergi
kepada kerajaan bukan sekadar hentam kremo kerajaan sahaja.
IMBUHAN 4 AWALAN ber me
pe ter AKHIRAN
an i kan APITAN
diper memper keter
Frasa nama ialah gabungan kata nama dan penerang buku teks
kedai makan destinasi pelancongan
KATA KERJA BERIMBUHAN APITAN
1.Memperluas=
Bapa saya bercadang untuk memperluas ruang tamu.
2.Memperelok=Pelajar
itu cuba memperelok tulisannya supaya lebih kemas dan mudah dibaca.
3.Memperkecil=Pelajar-pelajar
hari ini memperkecil usaha guru mereka.
FRASA NAMA
1.peruntukan
tambahan= Kerajaan mengumumkan peruntukan tambahan untuk membendung pandemik
Covid-19.
2.dewan
rakyat= Yang di-Pertuan Agong menitahkan agar dewan rakyat bersidang dengan segera.
3.kemudahan
asas= Beberapa orang pemuda yang nakal merosakkan kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan tempatan.
4.orang awam=PM mengingatkan orang awam supaya mematuhi penjarakan fizikal di tempat-tempat awam.
No comments:
Post a Comment