PENULISAN RASIONAL BAGI KAJIAN. BERIKUT ADALAH
CONTOH:
Rasional bermaksud alasan yang munasabah sesuatu
tindakan. Jadi pelajar SMK Pasir Gudang 2, PG. Johor memilih Foodpanda sebagai
pilihan mereka kerana:
1.Cara pengendalian makanan boleh dipercayai. Kebanyakan restoran
yang menyediakan makanan melalui tempahan adalah bersih, selamat dan boleh
diyakini berbanding pelajar makan di
kedai makanan yang belum tentu terjamin kebersihannya. Hal ini juga dapat
mengelakkan pelajar daripada masalah kesihatan
2. Pelajar tidak perlu membuang tenaga hendak
membeli barang basah dan kemudian
menyediakannya. Jika pelajar memasak,
mereka terpaksa membeli bahan mentah.
3. Kos yang ditanggung oleh pelajar lebih tinggi
daripada kos menempah makanan. Lagipun jika terdapat lebihan bahan mentah,
pelajar terpaksa membuang kerana tidak boleh disimpan begitu lama
4. Pelajar dapat memilih makanan kesukaan mereka
mengikut menu yang disediakan oleh restoran . Malah terdapat juga rating yang
boleh membantu pelajar membuat pilihan makanan
5. Pelajar juga akan mendapat diskaun kerana
Foodpanda juga memberi diskaun dari semasa ke semasa . Adakalanya pelajar boleh
mendapat 30% potongan harga dengan minimum pembelian RM20 . Dengan yang
demikian pelajar dapat menjimatkan wang
No comments:
Post a Comment