Wednesday, June 9, 2021

ULASAN CERPEN

 

Saya bukan seorang pembaca cerpen yang tegar ataupun konsisten . Bila-bila ada masa lapang saya membaca cerpen yang tersiar dalam Mingguan Malaysia, Berita Minggu atau Dewan Sastera. Perspektif ini saya tulis berdasarkan beberapa cerpen yang dibaca tetapi tidak dapat dinyatakan secara khusus contoh-contohnyanya keran tidak teringat bila dan di mana membacanya. Tetapi apa sekalipun, hasil daripada pembacaan secara rambang dan umum, saya mendapati banyak penulis tanah air kita berjaya mengupas pelbagai spektrum persoalan hidup masyarakat kini. Pengalaman hidup manusia kontemporari yang khusus dengan motif dan konkrit terserlah dalam karya-karya mereka. Kehidupan dan permasalahan golongan marhaen di negara kita khususnya golongan B40 sering mendapat tempat di hati penulis-penulis kita. Golongan yang daif dan naïf sering dibiarkan oleh masyarakat sekeliling. Pandemik Covid-19 yang menyulitkan golongan yang tidak terdaya digambarkan secara hidup dan real, seolah-olah peristiwa-peristiwa tersebut berlaku di hadapan mata kita. Bagaimanapun penulis kita harus dipuji juga kerana mereka turut menyarankan penyelesaian untuk menangani kemelut yang dialami oleh sosial kini. Ada yang mencadangkan wakil rakyat kawasan atau pihak menteri hendaklah turun ke padang bersama golongan yang menderita ini untuk menghulurkan bantuan mereka. Selain itu, penulis-penulis juga berjaya menghidupan watak yang terlibat dan melalui dialog watak-watak tersebut, falsafah dan pemikiran khusus berjaya disajikan kepada pembaca

No comments:

Post a Comment